Part 10

30 4 0
                                    

Inspektor Chanyeol bersama kumpulan polisnya terus berdiri terpaku apabila melihat makmal yang digunakan oleh prof Alex telah hancur seperti debu.

"Periksa kawasan ini. Tengok jika ada mangsa tersembunyi". Arah Chanyeol

Pasukannya terus bergerak sambil melihat setiap rempuhan makmal itu.


"Tuan Chanyeol. Mangsa hilang dijumpai". Jerit seorang anggota polis yang bernama Hyunjin

Chanyeol terus berlari datang kearah Hyunjin lalu melihat 5 manusia yang tidak sedarkan diri.Dia perlahan-lahan memeriksa nadi di leher mereka berlima lalu terkejut dengan hasilnya.

"Mereka masih hidup. Panggil medik suruh angkat mereka". Arah Chanyeol


Dia juga turut terkejut apabila melihat 5 manusia yang telah hilang selama 4 tahun kembali ditemui tanpa kesan luka. Muka mereka bersih seperti tiada apa-apa berlaku dalam diri mereka. Kepala mereka juga tidak hancur dari hasil rempuhan bumbung makmal itu.

5 mangsa itu terus diangkat oleh para medik lalu dihantar ke hospital Seoul.

Walau bagaimanapun, misteri yang terjadi terhadap mereka berlima sangat sulit untuk dirungkaikan.












(NCT MANSION)

Rumah mereka seperti biasa. Sunyi tanpa riuh-rendah para adik-adiknya. Selepas kejadian yang menimpa rakan mereka. Mereka seperti tidak dapat terima kenyataan.


"KORANG TURUN.......ADA BERITA TERGEMPAR!!!!!!!!!!". Jerit Doyoung dan Haechan.

Semua ahli di dalam rumah itu terus keluar dari bilik lalu pergi ke ruang tamu.Volume TV dikuatkan lalu mereka semua tekun melihatnya.



"Berita Terkini. Punca gegaran yang berlaku sebentar sahaja tadi adalah hasil dari makmal profesor Alex. Dia telah meletup tanpa tau puncanya. 5 mangsa yang hilang selama 4 tahun telah berjaya dijumpai. Mangsa masih hidup tanpa luka diwajah mahupun badan. Berikut adalah wajah mangsa yang berjaya diselamatkan". Kata pembaca berita itu

Video dimana 5 mangsa itu terus ditunjukkan dalam TV. Mereka telah bergegas masuk kedalam hospital tanpa sedarkan diri.

"Itu sahaja berita tengahari. Sekian daripada kami". Kata pembaca berita itu.


"Itu bukan hospital hyung ke?"Tanya Haechan

"Diorang masih hidup. Tak mungkin. Korang bersiap, kita pergi jumpa mereka". Kata Taeyong

Semua orang di dalam rumah itu terus bersiap lalu menaiki kereta. Dengan sepantas kilat, mereka terus pergi ke hospital Taeyong.





〚C〛[𝕊𝟙] 𝕊𝔸𝕍𝔼 𝔻ℝ𝔼𝔸𝕄 : 𝕃𝔸𝔹 𝕋𝔼𝕊𝕋 || 𝕆𝕋𝟝Where stories live. Discover now