Part 9

29 5 0
                                    

"Passwordnya sama kot. 1999". Kata Renjun

Jaemin mengangguk setuju lalu memasukkan password nombor itu.

Terbuka terus mangga nombor itu. Mereka terus bersorak dengan lebih gembira apabila melihat botol kecil penawar sudah berada di tangan mereka.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

How to use this potion:-

pertama ambil picagari yang khas di dalam plastik merah itu lalu cucuk di botol kecil itu. Tarik hujung picagari supaya airnya disedut.Cucuk di bahagian leher dan tolak hujung picagari itu.

Amaran:-

Pastikan tidak bercampur jarum dengan orang lain.

sapukan kertas air dileher dahulu sebelum mencucuknya.

Tunggu 1 jam.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Memang kat leher kan. Kenapa tak kat tangan je." Kata Renjun

"Dah kalau caranya gitu. ikut jelah". Kata Jaemin

Mereka terus ikut cara penggunaannya dengan berhati-hati dan cermat.


Selesai sahaja, mereka terus menyandarkan diri dekat dinding dan terasa mengantuk selepas proses tadi.

Ting!!!

Bunyi notification dari tablet berbunyi dengan cukup nyaring. Jaemin terus mencapai tablet itu lalu terbeliak matanya apabila membaca notification itu.


"Kita kena selamatkan diri kita, Sekarang!!!!" Jerit Jaemin

"Kenapa?" Tanya mereka dengan lemah. Mungkin ini kesan sampingan dari penawar itu.

Jaemin terus menunjukkan tablet itu kepada kawan-kawannya.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AMARAN!!!!


Hasil ujian gagal. Makmal akan meletup dalam 10 saat. 

1

2

3

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Terbeliak biji mata mereka. Rupanya Prof Alex sudah kekalkan status ujian mereka. Jika mereka telah mengambil penawar itu, secara automatik status mereka akan berubah kepada gagal. Dan langkah terakhir adalah makmal akan meletup dan menghasilkan gelombang yang cukup kuat terhadap bumi korea.


"Kita kena lari....cepat!!!!" Kata Jaemin dengan cemas

Mereka terus berdiri lalu berlari keluar dari bilik itu. Walapun mereka sudah kesuntukkan masa,tetapi mereka tetap berlari ke pintu keluar.

Jeno menggenggam tombol pintu lalu memulas dengan laju.


"Kunci". Kata Jeno sambil meraup mukanya kasar.

Mereka yang mendengar hanya terpaku sebelum seorang demi seorang pengsan.

Kesan ubat itu sangat kuat sehingga badan mereka tidak kuat menampung. Mereka pasrah jika hidup mereka berakhir disini.


BOMMM!!!!!!!!!!!!




Bunyi letupan bom itu benar-benar kuat sehingga mengakibatkan gempa bumi di seluruh bumi korea.



(Pusat kawalan Korea)

"Pergi ke hujung pulau seoul. Letupan terhasil di situ". Kata lelaki yang mengawal keadaan di seoul.

Mereka terus menelefon pihak polis,bomba dan ambulans supaya terus bergerak pergi kesana.








〚C〛[𝕊𝟙] 𝕊𝔸𝕍𝔼 𝔻ℝ𝔼𝔸𝕄 : 𝕃𝔸𝔹 𝕋𝔼𝕊𝕋 || 𝕆𝕋𝟝जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें