Part 1

75 7 0
                                    

   ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------     

     ❁Cerita ini hanya rekaan semata. Jalan cerita tidak perlu membawa ke dunia sebenar. ❁

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Prof Alex masuk kedalam sebuah bilik yang berwarna merah sambil membawa fail yang berwarna coklat dan sebuah tablet.

Dia melihat manusia yang berada di dalam peti kaca dan dipenuhi dengan wayar-wayar berselirat di luar kaca. Alex melihat hasil ujiannya buat kali terakhir lalu tersenyum gembira.

"Finally, setelah 100 orang aku cuba. Hanya 3 orang je yang sesuai." Kata Alex dengan bangganya.


Dia membuka fail coklat yang mempunyai butir-butir peribadi mereka dan menulis di bahagian bawah dengan perkataan completed. Hasil ini akan ditunjukkan kepada seluruh dunia bahawa dunia mempunyai makhluk seperti ini.

Selesai sahaja, dia pergi ke bilik sebelah yang berwarna biru campur merah. Alex terus masuk lalu membuat perkara yang sama.

Sangkar yang berisi manusia itu ditilik dengan teliti. Senyuman gembira kembali menghiasi wajahnya.


"Hanya 2 orang saja yang berjaya. Nampaknya ujian aku semuanya berjaya". Kata Alex sambil ketawa dihujungnya.

Dia terus mengambil sebuah kotak lalu membukanya. Kotak itu berisi penawar bagi mengembalikan diri subjek kepada manusia semula.

Baru sahaja menarik picagari itu, dia terdengar bunyi siren yang amat bingit diluar. Alex terus panik lalu menyimpan semua fail-fail dan tablet di tempat rahsianya. Kotak penawar disimpan ke dalam almari berkunci. 


Sangkar yang berisi manusia ditutup dengan kain dan menolak sangkar itu dihujung bilik. Peti kaca yang berisi manusia dimatikan sistemnya dan peti kacanya berubah warna dari biru ke hitam.


"Jangan lari profesor Alex. Anda sudah dikepung oleh pihak polis". Jerit seorang inspektor polis.

Alex dengan beraninya terus keluar dari makmal dengan muka tidak bersalah. Dia terus menyerahkan dirinya tanpa meronta.

"Tangkaplah. Ingat aku takut". Kata Alex sambil memberikan tangannya.


Polis terus menyerbu masuk makmal Alex manakala tangan Alex sudah digari oleh seorang polis dan dibawa masuk kedalam kereta polis.

Alex hanya berlagak biasa sambil memandang polis dengan pandangan yang dia sudah berjaya. Polis yang menyerbu makmal tadi terus keluar sambil membawa beberapa kotak fail. Alex langsung tidak cemas dan hanya melihat dengan tenang.













〚C〛[𝕊𝟙] 𝕊𝔸𝕍𝔼 𝔻ℝ𝔼𝔸𝕄 : 𝕃𝔸𝔹 𝕋𝔼𝕊𝕋 || 𝕆𝕋𝟝Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora