"Please don't make him suffer. He hated me because of you!"

"Then?" selamba makhluk aneh itu menjawab.

"Nawwar won't have the chance to feel his freedom," Tuan Ibrahim pula mencelah.

"Ergh," masa tak kena pula. Kepala terasa sakit, pandangan jadi samar-samar. Nawwar memeluk tubuhnya sendiri. Tersandar lemah pada dinding lalu terduduk. Dia lupa ada sepasang mata yang sedang melihatnya.

"Awak... okey?"

Nawwar angguk perlahan.

"Serius? Awak nampak... pucat,"

"It's okay, Emara. I-I'm... Fine," hakikatnya tidak.

Sungguh Emara risau terhadap Nawwar. Tadi elok aje aktif semacam. Ini dah jatuh terduduk peluk tubuh sampai pucat muka, pasti ada masalah. Emara curiga. Perasaan ingin tahunya membuak-buak. Dia masih positif, mungkin kesan mereka berdua pengsan akibat hentakan kuat tetapi kesannya lagi mendalam kepada Nawwar.

Apa dia boleh buat? Kali kedua dia bertembung dengan anak Tuan Asnawi. Rapat pun tidak. Kenal lagi lah. Dia cuma pernah dengar isu anak Tuan Asnawi menyebabkan kekecohan satu akademi. Itu pun Hadeena sendiri cerita padanya.

Malu juga nak bersua muka dengan lelaki random kiriman Allah. Entah datang dari mana jadi superhero of the day. Bersyukurlah. Kalau bukan sebab jejaka yang berada di hadapannya sekarang ini, mungkin nyawa sudah melayang untuk kembali ke Sang Pencipta.

"Engkau, kalau nak sakitkan anak aku, hadap aku dulu. Bunuh aku pun aku rela,"

"Dan tengok anak kau murung sebab pemergian kau?"

"Itu yang kau nak kan? Janji kita dua puluh dua tahun yang lepas. Apabila tiba masanya, aku akan pergi dan dia kena jaga diri untuk teruskan hidup,"

"Kau pasti dia boleh hidup lama? Cursed yang aku tanam tu tak lama lagi akan tersebar ke seluruh tubuhnya,"

"Aku yakin. Zachary ada dengan dia. Boleh jaga dia,"

Perbualan antara ayah dengan seseorang yang tidak diketahui identitinya membuatkan Nawwar tersentap. Mulut terkunci. Lidah kelu berbicara. Banyak lagi benda yang dirahsiakan oleh ayah. Dia kecewa. Ayah masih tidak percaya kepadanya. Sukar untuk dia maafkan ayah dalam beberapa tempoh hari yang lalu.

Is he a second choice? Or last choice?

"Awak... Kenapa ni?" suara Emara seakan memujuk.

"Enough for today. I'm sick for all of these untold secrets!"

Pancaran kilat yang dikeluarkan oleh Nawwar merentasi makmal uji kaji. Seruan tadi mengalihkan perhatian mereka bertiga ke pintu masuk. Ternyata mereka sudah lama diperhatikan. Termasuk perbualan antara Tuan Asnawi dengan makhluk bertopeng. Nampak suspicious.

"Emara! Apa kamu buat sini dengan Nawwar?" soal Tuan Ibrahim dengan nada suara yang risau.

"Anuar?" Emara memandang lelaki di sebelahnya.

"Eh no, no, no. Don't ruin my name that was given by my late mother. Nawwar Inas Bin Asnawi is my real name. Not Anuar,"

"Ouh. Err... Sorry. Tadi, Emara ikut Nawwar pergi sini. Sebab... dia nak jumpa Tuan Asnawi,"

Terasa nama diseru, kepala Tuan Asnawi diteleng.

"Me? Aren't you guys supposed to be at the new academy right now?" riak wajah bengis terpancar pada wajah Tuan Asnawi.

"Nawwar, kenapa kamu sini?"

"Saya tak boleh pergi sana tanpa ayah. Dan juga Tuan Ibrahim,"

Terkedu Tuan Asnawi. Dendam mana pun seorang anak kepadanya, Nawwar tetap mencarinya dalam situasi tegang sebegini. Dia dapat merasakan kasih sayang antara mereka berdua masih ada, cuma tidak seutuh yang dulu.

"Kau nak bawa ayah kau pergi? Ceh, silap-silap dia yang pergi tinggalkan kau dulu buat selamanya," tertawa besar makhluk aneh itu.

"Azazel!"

Azazel. Macam pernah dengar. Adakah makhluk yang berdiri gah dihadapan mereka bernama Azazel?

"Oh, lupa. Anak kau belum kenal aku lagi kan? Maklum lah dah lapan tahun aku menghilang. Baru hari ini nak berjumpa balik. Dan izinkan aku perkenalkan diri, Anuar. I'm Azazel, the Master of Revenge,"

"Nawwar Inas nama aku! Jangan ikut kepala kau ubah nama aku!"

"Eh tahu marah budak ni rupanya. Bukan dulu penakut? Pengecut?"

Nawwar menjeling tajam ke arah Azazel yang tersenyum herot. Emara keliru. Anak matanya sering berpindah fokus ke orang lain. Tidak tahu nak fokus kepada siapa.

"I've grown up," tegas suaranya. Sebolehnya Nawwar tidak mahu dirinya dipandang rendah sebegitu. Sudah pun masuk alam dewasa.

"Good. Aku rasa mental kau pun kuat sama? Ke masih lemah?" sehunus pedang dibawa keluar dari belakang. Azazel halakan mata pedang ke arah Tuan Asnawi. Badan ayah mengeras. Terpaku.

"W-what the hell are you doing? Did my father do something wrong to you?" suara seraknya kedengaran.

Tuan Asnawi menjeling Azazel dari anak mata. Pedang tadi masih dihalakan ke arahnya sebelum berpindah pula ke Tuan Ibrahim.

"Ayah!!" jerit Emara. Sempat dihalang oleh Nawwar yang hampir sahaja berlari ke arah Tuan Ibrahim.

"Nawwar, ayah saya... Takut..."

Nawwar memandang ke arah sepasang anak mata gadis di sebelahnya. Jelas terpancar ketakutan pada iris matanya yang berwarna amber.

Pandangan itu... sama seperti arwah adiknya, Ammara Anasya sewaktu berada di Afwah dulu.

He can sense the fear through the iris of hers.















ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.
Takdir You're My Healer [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora