Chapter 21: Everthing Will Be Proved... With Love... (Part 3)

Start from the beginning
                                    

"So, awak betul-betul nak jauhkan diri daripada sayalah ni?" Soal Sehun. Suaranya pun macam nak tak nak je keluar. Kepala Alexa terangkat jadinya merenung wajah Sehun. Dia tidak tahu mahu memberikan kata apa kerana dia tidak mahu menjauhkan diri daripada Sehun tetapi dia segan untuk jujur. Bimbang Sehun akan tahu rahsianya.

"Terpaksa, Hun. Bukannya suka-suka. Sensei suruh kita control perasaan sebab sensei dengan Nenek Xian dah tahu, yang kita akan terjatuh cinta. Mereka dapat baca perasaan kita, sebelum kita tahu dan rasa dulu," terang Alexa setelah mereka mendiamkan diri agak lama kerana masing-masing tidak tahu mahu bercakap apa. Masing-masing menghayati perasaan sebdiri yang berbelah-bahagi.

"Kita... akan jatuh cinta?" Soal Sehun, tidak percaya. Alexa mengangguk tetapi lambat-lambat.

Sehun menegakkan badan sebelum mengkalihkn mata tepat pada anak mata Alexa. Alexa menjadi tidak selesa. Disebabkan tidak berapa aman Sehun memandangnya begitu, Alexa mengambil keputusan untuk pergi. Baru sahaja sua tapak bergerak,

"Alexa," Sehun menarik lengan Alexa dari belakang membuatkan gadis itu terhenti. Dia menunggu kata-kata Sehun seterusnya.

"Alexa, saya tak habis cakap lagi. Tolong pandang saya," pinta Sehun dengan suaranya yang benar-benar serius. Alexa tergamam dengan arahan Sehun yang tegas itu. Lantas dengan kiraan tiga, tubuhnya berpusing ke belakang memandang Sehun yang tinggi di hadapan matanya.

Sehun menarik nafasnya dalam-dalam. Tangannya yang masih melekat pada lengan Alexa dilepaskan. Fikir Alexa, Sehun mahu meneruskan ayatnya tetapi dia silap. Tiba-tiba, Sehun menarik kedua-dua belah tangannya dan digenggam dengan erat.

"Apa yang awak mengarut ni, Sehun?" Soal Alexa. Suaranya seakan-akan tidak terkeluar. Sayup-sayup sahaja suara lembut itu meniti pada telinga Sehun.

"Alexa, mungkin bagi awak, saya ni pelik. Banyak sangat merepek, mencarut dan mengarut. Tapi saya dah tak boleh nak selindung perasaan saya ni daripada awak. Alexa, sebelum Nenek Xian tahu yang kita akan jatuh cinta, saya dah rasa dulu sebelum tu. Saya dah rasa tanda-tanda yang saya aka jatuh cinta dengan... dengan yeoja yang ada dekat depan mata saya sekarang ni."

Pannggg!!!

Satu tamparan kuat kena pada hati Alexa. Serta-merta darah lancar mengalir ke seluruh badan. Tubuh badannya berpeluh-peluh dan menggeletar. Menggigil dia dibuatnya apabila bibir Sehun mengeluarkan ayat luahan isi hatinya itu. Ya ampun! Kenapa dia semakin mahu mengelak, semakin jadi begini pula?

"Sehun, jangan nak merep..."

"Shut... jangan cakap apa-apa melainkan kalau saya yang soal awak." Halangnya lantas menekup mulut Alexa dengan tangan dan secara tidak langsung, belakang tubuh Alexa tersentuh permukaan dinding. Dia tidak mahu Alexa bercakap-cakap. Biarlah hanya dia yang bercakap.

Alexa tergamam buat kali yang kedua. Matanya benar-benar membulat. Kelakuan Sehun, sifat, perangai dan sikapnya membuatkan hati Alexa benar-benar tidak keruan. Risau, takut dan gementar. Macam-macam perasaan bercampur aduk menjadi satu.

"Alexa kita ke tokong." Ujar Sehun sambil melepaskan tangannya pada mulut Alexa. Alexa terkulat-kulat. Dia menunduk.

"Buat apa nak ke sana?"

"Saya nak kita couple."

"Ha?!" Mata Alexa menbulat. Dia mengundurkan dirinya walaupun tiada ruang lagi untuk dia bergerak. Kata-kata Sehun sangat-sangatlah mengejutkan dirinya. Bagai nak pengsan mendengarnya.

"Alexa, kalau orang boleh, kenapa kita tak? Saya tahu, saya tak bertepuk sebelah tangan sebab tu saya berani mati cakap macam tu. Alexa, please, be honest to me and your self. Are you love me too, Alexa?" Soal Sehun. Serius benar wajahnya dan kata-katanya juga serius juga. Dia tidak main-main. Sungguh dia tidak bermain-main dengan kata-katanya. Takkanlah soal hati dan perasaan nak dibuat main-main? Kejam sangat kut?

"A... erk... sa... saya..." Alexa benar-benar bingung. Sakit kepalanya memikirkan hal ini.

"Awak ajak saya ke tokong untuk buat Pedang Kuasa Cinta tu ke?" Soal Alexa. Minta kepastian dan Sehun mengangguk. Matanya bersinar-sinar memandang Alexa supaya gadis itu dapat memberikan respon yang boleh melegakan hatinya.

Alexa menghembuskan nafasnya. Adakah dia perlu memberitahu terus perasaannya yang sebenar? Atau... membiarkan sahaja Sehun begitu dan tertanya-tanya? Ah! Mana satu yang betul ni?

"Sehunnie," nama manja Sehun diseru. Dengan berani, dia mengangkat wajahnya dan mata dilazerkan ke dalam anak mata Sehun. Dia berharap sangat, yang jawapannya ini tidak akan mengejutkan Sehun.

"Saya dah fikir masak-masak. Walaupun kita tak boleh bersama, tapi tak salahkan kalau kita mencuba? Sa... saya tak nak awak bertepuk sebelah tangan. Sehun, saya suka awak," akhirnya, segala apa yang terbuku di dalam hati terlerai juga. Walaupun wajahnya terpaksa ditebalkan berinci-inci sewaktu menuturkan ayat tadi, namun tetapi disebabkan dia tidak mahu sesiapa rasa tertanya-tanya pasal perasaannya, dia tetap bagitahu juga.

Sehun mengukir senyuman lebar setelah mendengar kata-kata daripada bibir Alexa tadi. Kan betul apa yang dia duga. Alexa turut berperasaan sama dengannya. Mereka saling suka sama suka cuma yang menghalangnya itu adalah satu syarat yang agak berat untuk dilanggarnya. Tetapi setelah adanya satu kaedah Pedang Kuasa Tiga, mereka berasa lega sedikit. Tetapi, ada satu benda yang Alexa risau sekarang ini.

"Tapikan, Sehun. Kalau kita tak berjaya macam mana buat Pedang Kuasa Cinta tu?" Soal Alexa. Wajah Sehun berubah menjadi lain. Bukan kelat, bukan kecewa dan bukan yang negatif. Tetapi wajahnya berubah menjadi tenang.

"Jagiya, kita akan berjaya kalau cinta kita kuat dan ikhlas. Trust me. Kita akan berjaya."

Bersambung...

Saya rasa nak buat bab ni agak bengong sikit sebab saya tengah sakit kepala. So, hope faham ya? Sekian.

[COMPLETED] 10 Wolves With 4 Angels 4 천사 와 함께 10 늑대.Where stories live. Discover now