Chapter 21: Everthing Will Be Proved... With Love... (Part 3)

1.6K 98 0
                                    

"AWAK bersungguh-sungguh nak jumpa saya, hanya semata-mata nak tanya pasal tu?" Alexa memeluk tubuh menghadap Sehun yang berdiri menyelok poket di hadapannya. Kini mereka berada di bahagian papan kenyataan. Kawasan itu sedikit sunyi dan membolehkan Sehun membawa Alexa ke situ. Walaupun tadi Alexa enggan, tetapi tetap dipaksanya.

"Ya. Awak tahu tak saya risau pasal awak. Kenapa nak larikan diri daripada saya pulak? Salah apa saya pada awak?" Soal Sehun risau. Wajahnya benar-benar tampak risau sekali terhadap Alexa. Bagai nak gila dia cuba untuk menembungkan diri dengan Alexa tapi tak dapat-dapat. Tetapi setelah berpakat-pakat dengan hyungnya, Sehun berjaya juga mendapatkan Alexa. Bukan main payah dia menyuruh Alexa supaya mengikutnya tadi sehingga kena ugut-ugut. Apabila Sehun berkata,

'Kalau awak tak nak ikut saya juga, saya dukung awak je. Senang sikit kerja saya,'

Lepas Sehun melepaskan ayat itu, barulah Alexa akur. Takut kena dukung. Gayat wei! Lagi-lagi bridal style tu. Tolonglah! Sungguh dia takutkan ketinggian walaupun hanya didukung sahaja.

"Bukan awak yang buat salah, Sehun. Kita sebenarnya. Kita berempat buat salah!" Kata Alexa dengan wajah yang sukar untuk ditafsirkan. Entahkan sedih, entahkan tenang atau... risau. Langsung tiada reaksi. Nak kata gembira pun jangan haraplah. Dah terang lagikan bersuluh. Senyum tidak, apa tidak. Macam orang tak ada perasaan.

Sehun mula tidak mengerti. Keningnya berkerut.

"Maksud awak?" Soalnya. Alexa mengeluh penat.

"Awak nak tahu sebab apa?" Soal Alexa kembali dan dijawab dengan anggukan. Dia benar-benar ingin tahu apa yang menyebabkan Alexa begitu.

Alexa menarik nafasnya dalam-dalam. Kepala diangkat dan matanya merenung wajah Sehun dalam-dalam. Kacak. Hatinya mula tidak keruan lantas dia mengalihkan semula pandangannya.

"Kalau awak nak tahu... Nenek Xian bagitahu Mahaguru Wu."

"Bagitahu pasal apa?" Sehun semakin bingung. Alexa memutarkan bola matanya.

"Saya belum habis cerita. Janganlah menyampuk." Marah Alexa. Sehun tidak ketawa mahupun tersenyum tetapi dia hanya memasamkan wajah. Tiada istilah mahu tersenyum tak tentu pasal kerana dia sedang serius sekarang ini.

"Nenek Xian dah lama perhatikan kita. Dia kata, kita ni terlalu rapat. Disebabkan dia takut kita terpesong ke arah lain, dia bagitahu kat Sensei (mahaguru) Wu. Sensei marah. Dia hantar satu amaran kat kitorang berempat. Awak tahu apa bentuk amaran tu?" Alexa menanya dan tentu sekalilah Sehun mengangguk. Langsung tidak bersuara kerana begitu khusyuk melayan cerita daripada Alexa.

"Ingat tak pasal air yang Ayuna minum tu?" Soal Alexa lagi sekali.

"Ingat," kepala Sehun mengangguk.

"Air tu lah benda yang sensei hantar kat kita. Dia tahu yang kita akan minum tapi Xandra unnie terlepas. Dia tak minum. Jadi, side effect minum air tu ialah, sakit. Kepala saya memang sakit-sakit lepas minum air tu tapi tak serta-merta macam Ayuna. Maybe Ayuna minum banyaklah. Sebab tu jadi macam tu." Alexa berhenti bercerita. Matanya ralit membelek wajah Sehun. Dari dia awal bercerita, sampailah ke sekarang, di pertengahan cerita. Asyik betul dia memandang wajah Sehun.

'Sayang betul. Kita tak dapat nak bersama.' Hati Alexa bergema. Ayatnya itu seakan-akan orang baru putus cinta kerana tidak mendapat restu daripada orang tua. Entah kenapa, hatinya sedikit terkilan kerana tidak dapat bersama dengan Sehun. Padahal dia rasa, dia tidak mencintai tetapi dia rasa merindui. Bayangkan, tiga hari tidak bercakap dengan orang yang sudah biasa dengannya tiada bersama? Mahunya tak gila?!

Tetapi, tindakan dia menjauhkan diri daripada Sehun adalah kehendaknya. Tetapi bukan kerana dia rela, tetapi terpaksa. Siapa yang mahu berpisah tiba-tiba? Semua orang tak nak tapi... dah terpaksa. Nak buat macam mana lagi?

[COMPLETED] 10 Wolves With 4 Angels 4 천사 와 함께 10 늑대.Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora