"What? But why?"

"There's no reason." Dato Daruz terus berlalu meninggalkan Zharil yang kebingungan.

Tok! Tok! Tok!

"Come in." Suraya masuk ke bilik pejabat Zharil.

"Ini file yang Dr Zharil minta. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu."

"Yes. Thank you." Zharil hanya memandang laptop.

Ting!

Notifikasi masuk.

- +60146628394 -
"Bie i dah sampai kat Malaysia ni."
"Bie, where are you?"
"You nak jauhkan diri dari i ke?"
"You busy ke bie? Tak apa lah nanti i jumpa you. Bye."

Zharil mengerutkan dahinya. Dia mengecilkan matanya untuk fokus. "Dia ni tak faham ke yang aku tak suka dia. Aku dah block pun tak faham lagi ke?" Katanya sendiri sebelum block number baru Marissa. Dia menekan punat 'power off' supaya tidak diganggu.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Universiti

"Okay class, next month kita akan adakan program kemahiran berkumpulan. Tempat, kami para pensyarah yang terlibat akan bincangkan. Untuk sesiapa yang mahu join, kamu diminta untuk melaporkan diri kepada saya. Thank you class."

"Thank you, Sir." Sir Firdaus melangkah keluar meninggalkan kelas.

"Aish, jom join. Kita dah lama tak join apa-apa program." Zahra menggoncang lengan Aish.

"Okay cun. Aku pun dah rindu nak main game lasak ni." Balas Aish.

"Kau daftarkan aku lah Ra." Cadang Aish. Zahra hanya mengangguk kepalanya.

~~~~~~~~~~~~

     Selepas Zahra mendaftar nama mereka, dia kembali semula ke kelas dan mendapatkan Aish. "Weh Aish. Tadi masa aku pergi bilik pejabat en, aku nampak sorang perempuan cantik." Zahra membuka cerita.

"Pensyarah baru ke?"

"Maybe. Sebab tadi dia jumpa dengan pihak atasan."

"Zahra. Jom kita pergi shopping. Hari ni mood aku baik nak belanja kau makan." Ajak Aish menukar topik.

"Cun. Memang patut pun kau belanja aku. Cepat lah aku dah lapar ni." Zahra meninggalkan Aish dibelakang.

~~~~~~~~~~~~~

      Mereka berjalan keluar kelas menuju ke tempat parking kereta. Aish mengeluarkan kunci dari beg tangannya.

"Aish, itu lah perempuan yang aku cakap tu." Aish melihat ke arah yang Zahra tunjuk.

"Nampak macam rapat je dorang dua tu. Bagai pinang dibelah dua." Terlihat perempuan itu sedang bercakap dengan Zharil.

"Kalau Dr Zharil dengan kau, bagai longkang dibelah dua." Sindir Aish. Geli dia melihat Zharil dengan perempuan itu.

~~~~~~~~~~~~

    Zharil yang ingin pulang tiba-tiba terasa tangannya ditarik perlahan. "Hi bie." Zharil memusingkan badannya. Jelas riak terkejut pada wajah Zharil tapi cuba ditutup. Dia menarik tangannya dari genggaman Marissa.

"Kau buat apa kat sini?" Soalnya kosong.

"I apply kerja kat sini. At the same time, kita boleh lah spend time macam dulu."

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now