Nak cari Aryan, mesti sibuk dating dengan tunang dia si Hadeena. Bagaimana rasa jatuh cinta pada perempuan? Ada peluang ke untuk Nawwar merasai dunia percintaan seperti Aryan?

Benda takkan terjadi. Perempuan mana akan terima dia sebagai boyfriend pilihan? Atau lebih baik, sebagai seorang suami. Dengan dahi berparut membawa kisah silam, siapa nak kutip? Teruskan bermimpi lah.

"Siapa lah jodoh aku dekat akademi ni? Nak juga tau." Nawwar mula terbayang bagaimana rasanya leka bercinta.

"Kalau boleh... Nak yang cantik, comel, soft spoken. Macam..." Dia jeda.

"Err... Perempuan yang aku langgar tadi. Apa entah nama dia."

Tergelak sendiri. Dah macam tak waras gelak sendiri. Nasib baik waktu begini agak lenggang. Kurang ahli berkeliaran. Kalau tak, ada juga yang tuduh dia makin gila lepas cuba keluar dari zon selesanya.

"I'm going to call you... Gadis Flame. Tapi... tengok dia macam dah berpunya. Cantik sangat. Tak apa lah, biar Allah sendiri hantar jodoh lain dekat aku. Tak nak milik orang. Rela aku tunggu. Huh."

Tak ada kerja asyik nak cari perempuan. Kalau confess sekalipun, belum tentu diterima. Lain lah Aryan dengan Hadeena dari kecil dah berjodoh. Lahir sama-sama. Main sama-sama. Membesar pun sama-sama. Tahu-tahu dah bertunang. Umur dua puluh satu pun jodoh dah sampai. Yang umur dua puluh dua ni jodoh masih berkeliaran.

Kaki hampir menapak ke tiang balkoni. Angin segar bertiup menampar wajahnya. Sejuk. Sini lah tempat dia mencari ketenangan. Apabila fikiran tak keruan, balkoni ini menjadi rumah singgahnya.

Nawwar mengusap perlahan dahinya. Tiada rasa timbul pada parut ini. Halus sahaja. Bila diperhatikan rupa bentuk parut ini, memang macam urat atau akar pokok. Cantik mana pun rupa, tetap dilindung rambutnya.

Dia kembali mengenangkan perbualan dia dengan ayahnya. Young Master. Selama ini Tuan Asnawi tak pernah paksa untuk ikut kehendaknya sekiranya dia bantah. Tuan Asnawi akan terima pandangan dengan hati terbuka. Kali ini, beza. Raut wajah kelihatan sedikit kecewa. Nawwar enggan mencapai impian yang diimpikan sejak kecil. Berubah tiga ratus enam puluh darjah.



Young master, can I be one of them?

Can I gain my strength after this?

Will it affect my mental?

Can I protect someone that I loved?



Serabut dia memikirkannya. Bukankah dia akan dibenci kelak? Orang yang membawa masalah tiba-tiba diberi gelaran pangkat tinggi. Bukan makin diagungkan, dihormati atau seangkatan. Dihina seperti dulu ada lah. Atau lagi teruk, nanti ada yang tuduh Nawwar pakai orang dalam.

Kenapa rasa macam dipergunakan? Lahir di dunia banyak membawa malang. Ada sesuatu tak kena dalam hidup Nawwar. Takkan disebabkan sumpahan? Atau ada misteri yang belum dirungkai?

Nak tanya Tuan Zachary sesuatu, ayah pergi buat jumpscare. Nasib tak ada pegang lembing tadi. Kalau ada, silap-silap ada yang melayang nyawa nanti.

"Nanti-nanti aje lah aku tanya. Hm."

Hati dia mula merasakan ada sesuatu tak kena. Firasat aneh. Setiap sudut balkoni dia lihat. Tak ada benda mencurigakan. Namun Nawwar masih tak sedap hati.

"Use your instinct, Nawwar. What is this feeling."

Kelopak mata dipejam rapat. Nawwar cuba mengesan perasaan yang tidak dapat diungkap ini. Dia cuba membaca sesuatu. Ahli Thunder diberi satu kelebihan dimana mereka dapat mengesan sesuatu buruk yang bakal berlaku tidak lama lagi. Bahaya yang berlaku disekeliling mereka juga dapat dirasakan lebih awal. Sebab itu mereka antara ahli paling peka dan berhati-hati ketika misi dijalankan.

"No way... Takkan lah akademi ni-"

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumsalam..." salam pun dijawab.

Pantas Nawwar berpaling kebelakang. Dua susuk tubuh yang sangat dikenali mula menghampiri. Diikuti dengan seorang jejaka cina dengan blazer yang dilekatkan pada bahu sepertimana Aryan memakainya. Diiringi coretan putih pada rambutnya.

"Kau okey? Kenapa pucat muka?" Zhansheng atau panggilan Zhan menegurnya.

"Aku pucat?" Pantas Nawwar memegang dahi sendiri. Suhu tidak terasa panas.

"Ye. Kau tak sakit kan? Dan asal kau dekat sini? Kami dah pergi kafetaria tadi. Aryan risau kau menghilang,"

"Lah, pandai risaukan orang rupanya." Nawwar pandang sekilas wajah Aryan.

Semua tergelak melihat reaksi Aryan. Cermin matanya yang sedikit menggelongsor dinaikkan biar terletak elok pada batang hidungnya.

"Diam lah. Ish. Ha kenapa kau ni? Kau sihat tak? You looked different."

"Okey je. Maybe..."

Lama Nawwar mendiamkan diri sehinggalah dia baru teringat Tuan Zachary bersama ayahnya ada di pejabat Profesor Afzhan. Kalau dia pergi sana, mesti persoalannya terjawab. Pasti mereka ada merasakan perkara yang sama. Dia harus cepat sebelum semuanya terlambat.

Ahli Thunder sememangnya berkongsi naluri yang sama. Apa-apa saja perasaan tidak enak timbul dalam diri, mereka bertukar pendapat. Ibarat bermain teka-teki. Apabila semua petunjuk disatukan sekali, maka jawapan terhasil untuk menjawab persoalan tersebut.

"Hm... aku rasa kita kena pergi pejabat ayah kau, Aryan. Sekarang," ajak Nawwar tegas.

"Err... Bu-"

"Sekarang. Ni, kau nak ikut tak Zhan?"

Pantas Zhan angguk.

"But before that, are you really okay... Right now? You haven't eat anything this morning." Niat Zhan ingin memujuk Nawwar, tetapi sedikit pun dia tidak hiraukan.

"Cepatlah, aku tak nak melengahkan masa."

Jelingan tajam Nawwar membuatkan mereka pantas beredar dari balkoni untuk menuju ke pejabat Profesor Afzhan dengan segera.

Tampak serius wajah dingin Nawwar. Seperti ada sesuatu tidak enak bermain di layar mindanya.














Edited: 7.4.24

24

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now