Bab 1

708 116 38
                                    

Sedikit terganggu, deringan telefon berkali-kali itu menyebabkan Aaden terjaga dari lena. Terpisat-pisat mata sebelum telefon bimbit yang berada di sebelah kepala dicapai. Skrin diseret kekanan. Melekap pada telinga, mata kembali tutup.

"Hmm nak apa?" Serak. Badannya masih lagi letih akibat kerja semalam. Ini masih lagi pagi buta. Sudah diganggu.

"Aaden, nanti datang balai pakai baju formal tau. Unit Black ada tugasan baru yang nak kena selesaikan" sahut di pemanggil.

Termenung seketika, skrin telefon dilihat dengan mata payah. Sesaat. Membulat luas dua bola itu apabila terperasan nama si pemanggil. Terus badan ditegak laju, berdiri di tepi katil seolah olah si pemanggil berada di hadapannya kini.

"Inspektor Razid! Maaf tuan. Saya tak perasan tuan yang call saya" gelabah Aaden apabila tersedar keterlanjurannya tadi. Agak biadap jika tidak memanggil orang atasan dengan gelaran mereka yang sepatutnya. Kalau dapat ke orang yang cerewet. Boleh dikenakan tindakan tata tertib.

"Hahaha tak apa Aaden saya faham kamu letih. Ini saya cuma nak maklumkan untuk kamu berpakaian formal ke balai nanti. Faham?" Datar sahaja suara itu menutur. Aaden tarik nafas lega.

"Baiklah tuan"

"Orait jumpa di balai nanti" balas si pemanggil. Skrin telefon berubah menjadi gelap. Terus nafas panjang dilepas serentak muka diraup beberapa kali.

Aaden duduk semula di birai katil miliknya. Cadar katil yang sudah berantakkan itu direnung kosong. Badan masih lagi belum hilang letih. Tilam pula seolah-olah memanggil dia untuk melelapkan mata kembali.

Jam telefon dilihat.

8:35 am

Sudah pagi, sekejap lagi dia perlu masuk ke tempat kerja. Sekali lagi nafas keluh dilepas, mematikan niat untuk menyambung tidur. Aaden melangkah kearah peti sejuk yang terletak di sebelah dapur. Air oren jus diteguk dahaga. Badan yang terasa sengal direngangkan sedikit.

Rumah sewanya ini tidaklah terlalu besar. Cukup untuk dia seorang sahaja yang tinggal. Namun sudah 2 tahun ia berbakti kepadanya. Dekat pun dekat dengan tempat kerja. Tidaklah dia tergesa-gesa setiap pagi.

Selesai minum Aaden terus melangkah kearah bilik mandi. Nak kena cepat. Baju formal dia tak bergosok lagi. Ah sibuknya harini.

                 Masuk sahaja ke pintu balai, Aaden sudah terserempak dengan 4 lagi rakan unitnya yang lain. Masing-masing tampak segak memakai pakaian seragam formal mereka. Bukan selalu. Hari biasa memang mereka tidak akan berpakaian sebegini. Mereka akan memakai baju bebas. Pakaian formal hanya kalau ada pemberian kes baharu atau menghadiri upacara kenaikan pangkat dan upacara kematian ahli. Hanya itu sahaja.

"Yow man! Buat apa malam tadi? Letih semacam je aku tengok? Kau, ermmm kau hisap dadah eh?" Tuduh Adryan sambil menepuk lembut bahu Aaden beberapa kali. Sebelah kening dijongket tinggi.

"Kepala otak kau hisap dadah. Tak buat apa pun. Aku buat kerja macam biasa lah. Intip Si Karol tu. Tapi setakat ni dia masih lagi tak balik ke sarang dadah dia" balas Aaden malas. Tangan Adryan yang melingkar atas bahunya ditepis kebawah. Panas panas terik macam ni lah dia nak memeluk segala. Tampar karang. Tak tahu ke bahang matahari Malaysia macam mana? Sudahlah baju formal ni tebal semacam.

"Sama ah aku pun bosan intip Si Olive tu. Entah bila dia nak seludup. Asyik pergi pub je. Pastu mabuk. Kalau tak mabuk, tidur dengan betina. Itu jelah rutin dia. Entah entah operasi kita kantoi dah kut?" Celah Qaisar datar. Adryan dan Qaisar ini sebaya dengan Aaden Zayyn manakala Luth dan Hazel muda setahun darinya. Dan dalam unit mereka hanya Hazel seorang sahaja yang berjantina perempuan.

BOOK 10 | Psycho Madman [EBOOK] Where stories live. Discover now