80

29 1 0
                                    

"ABC satu, uncle." Order y/n.

Ini kali kedua dia ke sini. Sudah lama dia tidak berani menjejak kaki di tempat yang dulunya hanya gerai, kini menjadi restoran.

Sebelum ni y/n takut jika dia terkenang semula kenangan bersama Chan di sini. Namun kini dia tidak takut lagi dan memilih untuk mengingati saat-saat bahagia bersama lelaki itu.

"Eh, macam kenal kamu ni!" Kata tauke restoran sambil cuba mengingati kembali gadis di depannya.

Meskipun lelaki itu kelihatan berusia dan rambut beruban, y/n masih ingat wajahnya.

"Hah... Dah ingat. Kamu ni, y/n kan? Yang pernah datang dengan Chan dulu-dulu. Lama tak jumpa kan? Mesti kamu dah pindah ke bandar, kan?" Tanya lelaki separuh abad itu.

Y/n tidak sangka ingatan tauke restoran begitu Kaur hingga dapat mengingati dia dan Chan meskipun sudah 10 tahun berlalu.

"Haah uncle. Dah lama saya pindah ke bandar. Ni saja jalan-jalan kat sini sebab rindu." Kata y/n mesra.

"Oh, patutlah. Hah, ni kamu sorang je ke? Mana Chan? Apa khabar dia?" Tanya tauke lagi.

Y/n serba salah. Namun dia tahu lelaki itu sememangnya agak peramah dan jujur bertanya khabar.

"Dia... Dah meninggal." Jawab y/n tenang.

Ternyata tauke itu kelihatan terkejut. Dia meraup wajahnya seketika lalu tarik kerusi dan duduk di sebelah y/n.

"Bila dia meninggal? Accident ke?" Tanya tauke serius.

"Bukan. Dia hidap kanser limfoma. Meninggal awal tahun ni." Jelas y/n mengawal rasa sebak.

Tauke mengangguk-angguk. Dia turut bersedih dengan berita baru didengar.

"Oh, tak sangka juga umur dia tak panjang. Dulu Chan selalu makan ABC dan ais kacang merah kat sini. Boleh dikatakan setiap minggu lah dia datang. Sebab tu uncle ingat sangat pasal dia. Kamu pun uncle ingat sebab kamu sorang je dia pernah bawa ke sini.

"Memanglah dia pendiam sikit. Sebab tulah uncle jarang borak dengan dia. Tapi uncle suka budak Chan ni. Sangat beradab dan sopan orangnya." Panjang lebar tauke restoran bercerita.

Y/n begitu asyik mendengar cerita kenangan tentang Chan. Jika boleh, dia mahu dengar lebih banyak lagi berkenaan lelaki itu.

'aku nak Chan sentiasa hidup di hati ni.' bisik hati kecil y/n.

[C] Bersaksikan Bulan Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin