67

9 1 0
                                    

"bukan senang nak tengok aurora kat sini."

"Tahu."

"Lagi-lagi sekarang Januari."

"Tulah."

"Jadi kenapa kau pilih waktu ni datang Scotland?"

"Hmm... Memandangkan kau pun tahu fasal Bulan Baru yang aku tulis kat blog tu, baik aku terus terang je, eh? Sebenarnya... Aku memang datang sebab sangka kau ni Bulan Baru. Maaflah, salah aku. Tapi aku okey je jumpa kau. Aku memang suka berkawan dengan sesiapa je." Jelas y/n sedikit kelam-kabut.

"Oh yeke? Maaf buat kau kecewa."

"Ah, bulan salah kau lah. Aku sendiri yang salah." Jawab y/n sambil menggoyangkan tangan tanda menafikan.

"Eh, kejap. Kenapa kau rasa aku ni Bulan Baru eh? Peliklah." Kata Jake selamba.

'ni semua salah Felix! Tak pasal-pasal dia ni pandang aku pelik!'

"Bu-bukan! Adalah ciri-ciri kau sebagai Putera tu yang sama dengan Bulan Baru. Tu yang aku salah anggap."

"Oh, kau betul-betul rindukan dia je?" Tanya Jake penuh minat.

Y/n terdiam. Air hangat mula bertakung di tubir mata. Tiba-tiba dia berasa sedih yang amat. Mungkin kerana terlalu berharap dapat jumpa Chan. Putera yang disangka Chan inilah satu-satu harapan yang tinggal. Telahannya ternyata salah. Jake simpati melihat gadis yang baru dikenalinya bersedih begitu.

"Hei y/n... Relaks lah. Mungkin kau akan jumpa dia juga suatu hari nanti." Jake cuba memujuk.

"Ah, Jake. Maafkan aku. Aku tak dapat kawal diri sebab berharap sangat nak jumpa dia. Aku..." Y/n tidak dapat menghabiskan kata-katanya lalu menunduk dna menangis.

"Dah lah, jangan nangis lagi. Nanti orang dalam kafe ni sangka aku ni jantan tak guna yang tengah mintak putus dengan kau! Eh y/n... Dah dah. Tengok tu lelaki badan besar tu pandang aku semacam!" Kata Jake berpura-pura cemas.

Y/n mengangkat muka dan pandang sekeliling sambil tergelak kecil. Geli hatinya mendengar kata-kata Jake. Pandai buat kelakar rupanya lelaki ni. Y/n mengelap air mata dengan tisu.

"Sorry." Ucap y/n.

"Tak apa. Cuma kau tak bolehlah kecewa macam ni. Lagipun kau dan sampai sini pun. Cuba cipta magis lain dalam penjelajahan kau kali ni. Lupakan seketika fasal Bulan Baru tu. Lagipun dia rugi kot tinggalkan gadis secantik dan sebaik kau ni." Jake memujuk lagi.

"Hei, dia tak salahlah. Aku yang tak reti hargai dia dulu."

"Hmm..." Jake buntu.

"Kau tak kenal pun aku. Macam mana kau boleh kata aku ni baik?" Tanya y/n yang sudah berhenti menangis.

"Sanggup datang sini cari kekasih, selama 10 tahun setia menunggu orang dicintai tu kembali... Tu baiklah maknanya. Kalau perempuan lain dah lama cari pengganti. Lagipun kau bukannya tak cantik. Aku percaya ramai je yang cuba tackle kau."

Y/n tergelak lagi. Kata-kata lelaki itu berjaya buat dia geli hati. Entah kenapa hatinya sedikit terpujuk.

"Terima kasih atas pujian. Kau pun lelaki baik." Giliran y/n pula memuji.

"Ah, kau puji aku sebab nak aku belanja ke? Tak payah risaulah, my treat!"

"Weh mana ada. Aku ikhlaslah kata kau lelaki baik."

"Sebab?" Tanya Jake sambil mengangkat kening.

"Sebab kau pandai memujuk dan buat aku rasa lega sangat!" Kata y/n sebelum meneguk baki coklat panas.

'macam Chan.' getus hatinya.

"Semua lelaki buaya darat pun pandai pujuk perempuan tau!" Sangkal Jake tidak setuju dengan kata-kata y/n.

"Aku tak kata pun kau bukan buaya darat." Tempelak y/n.

Jake menggeleng sambil ketawa kuat. Dia tidak menyangka y/n juga pandai bermain kata.

"Hei, tak payah nak buayakan aku. Aku lelaki baik, okey!"

"Hmm... Yela tu." Y/n menjeling.

"Mood kau dah okey ke ni?" Tanya Jake kembali serius.

"Haah. Dah okey." Jawab y/n setelah pasti hatinya lega.

"Kau kat Edinburgh seminggu kan? Aku boleh je ambil cuti. Biar aku jadi tour guide kau. Aku teman kau jalan-jalan." Pelawa Jake.

"Eh tak apalah. Susahkan kau je. Lagipun aku memang suka jelajah sendirian." Y/n serius menolak.

Sememangnya dia tidak mahu menyusahkan Jake. Lagipun dia pasti rasa bersalah jika bersama orang lain sedangkan fikirannya teringatkan Chan.

"Oh okey! Aku faham. Tapi kalau ada apa-apa masalah, cari aku." Pesan Jake sambil kenyit mata.

"Alright!"

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now