13

51 9 0
                                    

"Tak berbaik lagi ke dengan mak kau?"

"Hmm..."

Sebenarnya y/n marah dan berkecil hati dengan emaknya kerana tidak izinkan dia sertai perkhemahan Pandu Puteri.

"Selepas ayah kau meninggal, mak kau cuma ada kau je. Mestilah dia risau pasal kau. Kau janganlah marah dia.".

"Kau tak payah nak sibuk pasal kitorang."

"Kau ni sebiji macam mak kau."

"Apa kau cakap?"

"Maksud aku sikap panas baran... sebiji."

Memang benar cakap Chan. Y/n tidak menafikannya.

"Aku rindukan ayah aku. Kalaulah dia masih hidup..."

"Aku rasa dia pasti akan nasihatkan kau supaya lebih sayang dan tak gaduh dengan mak kau. Satu lagi mesti dia harap korang tabah mengharungi segala cabaran hidup."

"Kau rasa dia cakap macam tu?"

Chan mengangguk.

'Kalaulah aku boleh jumpa ayah kau, aku nak bagitahu kaulah gadis yang tabah, jiwa kental dan penuh semangat. Sesuai sangat dengan nama kau, Y/n.' desis hati Chan.

[C] Bersaksikan Bulan Where stories live. Discover now