☆彡彡 07 ミミ☆

12.6K 204 12
                                    

Bella melangkah masuk ke dalam rumah suaminya tanpa bunyi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bella melangkah masuk ke dalam rumah suaminya tanpa bunyi. Dia suruh Elijah pulang sahaja dulu walaupun lelaki itu beria-ria ingin temankannya pulang. Dia harap Elijah takkan sesekali jatuh cinta kepadanya.

Kerana dia tahu betapa sakitnya cinta yang tidak bertepuk.

Dia menangkap satu susuk tubuh yang sedang terbaring lesu di atas sofa. Louis, suaminya dengan lengan di atas dahi. Beberapa butang kemeja putih Louis juga terbuka dari atas. Tali leher sudah dirungkai hingga longgar. Dia terkebil-kebil melihat wajah penat Louis. Perlahan-lahan, kakinya menghampiri suaminya itu.

Dapat dia lihat beberapa botol wain merah di atas meja. Louis... minum?

Dada suaminya yang berombak tenang buatkan dia teringatkan Louis yang dulu. Dia mula bersipuh di atas lantai. Dagu ditongkat ke lengan untuk memerhati wajah suaminya dengan lebih dekat. "You selalu suka kerja kuat... Sebab tu you mudah jadi pucat macam ni." Bisiknya sambil jari menyentuh bibir pucat Louis.

"I nak move on daripada you. Tapi, hati I tetap masih lagi memanggil nama you. Kenapa you benci sangat dengan I selepas kita kahwin? You tak pernah jawab soalan I yang satu tu. Sebab tu, I tunggu you." Jari Bella yang hampir menyentuh pipi Louis, terhenti saat lelaki itu membuka mata. Untuk seketika mata mereka saling bertatapan di antara satu sama lain.

Mata grey milik Louis begitu memukau.

"Sweetie..." Mamai bunyinya dengan mata Louis yang kuyu.

Bella yang baru ingin bangun terpana apabila Louis menarik lengannya yang menyebabkan dia terjatuh ke atas tubuh Louis. Tubuhnya kini dirangkul erat oleh Louis. Mereka berdua berhimpit di atas sofa yang memang hanya mampu memuatkan satu orang sahaja. Kaki mereka saling berselirat.

"Louis...?" Bella ingin melihat wajah itu. Tapi Louis buatkan wajahnya terbenam di leher lelaki itu. Hati Bella sudah mulai berdegup laju. "Louis... I bukan girlfr-"

"My sweet Bella..." Begitu perlahan bunyinya hingga telinga Bella hampir saja tidak dapat menangkapnya. Bella menggigit bibir bawahnya dengan jari-jemari di dada Louis menarik-narik baju suaminya itu. Betulkah suaminya memanggil namanya? Bukan sekadar ilusi?

Bella sudah tidak dapat bicara bila Louis menarik dagunya ke atas. Mata grey itu menikam lembut seluruh wajah Bella. Di saat itulah Bella tersedar sesuatu yang amat jelas. Louis tengah mabuk. Mana mungkin Louis akan menyentuhnya saat berada di minda sedar.

Harapannya jatuh merundum dengan begitu saja. Tapi, ini kali pertama Louis minum setelah mereka berkahwin. Walaupun Louis memang kaki perempuan, tapi dia belum pernah melihat Louis minum atau pulang ke rumah di dalam keadaan mabuk.

"I tahu you akan marahkan I kalau you dah dapatkan minda sihat you... tapi, I tetap nak gunakan peluang ini untuk peluk you puas-puas." Bella tahu dia kedengaran begitu terdesak, tapi dia begitu rindukan kehangatan Louis. Dia mula lingkarkan satu lengannya ke pinggang Louis tanpa memutuskan kontak mata di antara mereka. Lututnya pula dibiarkan di atas paha Louis. Air matanya menitis. Begitu hiba dirasakan.

HER GIGOLO [18+]Where stories live. Discover now