☆彡彡 08 ミミ☆

12.9K 218 26
                                    

Aku membuka pintu utama rumahku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku membuka pintu utama rumahku. Tidaklah begitu besar tapi agak selesa. Memandangkan aku bekerja keras siang dan malam maka aku dapat menyewa rumah yang agak bagus.

Aku membuka suis lampu. Tiada kelibat isteriku di ruang tamu. Kaki diorak ke arah bilik tidur. Tombol dipulas. Satu tubuh sedang tidur nyenyak di atas katil empuk itu.

Isteriku. Alice.

Aku jalan merapatinya. Alice tidak membenarkanku masuk ke dalam bilik ini. Malah, tempat tidurku hanya di atas sofa di ruang tamu. Kerana apa? Sebab aku begitu busuk dan tidak terurus. Ada bini saja tapi langsung tidak membantuku sama sekali.

Aku menatap mukanya untuk seketika. Cuba merasakan debaran di hati. Tapi tiada. Debaran yang aku rasakan saat bersama Bella tiada apabila aku melihat Alice. Kosong.

Aku senyum sinis. Dapat kesan lovebites di leher Alice. Yang semestinya bukan dariku. Aku tahu segala perbuatannya tapi aku diamkan diri saja.

Aku raup mukaku berkali-kali. Kaki mula melangkah keluar. Tubuh aku rebahkan di atas sofa. Beberapa butang baju dari atas aku buka. Barulah terasa sedap sikit nak berehat.

Aku baringkan tubuh. Telefon dari poket seluar aku keluarkan. Telefon baru. Hadiah daripada Bella. Awalnya aku ingin menolak tapi wanita itu mendesak. Katanya lebih mudah guna telefon keluaran baru daripada telefonku yang agak... menyayat hati itu.

"Bella..." Nama itu meniti di bibirku. Mata hijauku menjadi redup melihat satu gambar yang aku ambil secara curi-curi. Gambar Bella yang sedang menyelitkan rambut di celah telinga.

Mataku menjadi kuyu. Rasa penat mula bertandang. Langsung tidak sedar aku ketiduran di situ. Namun, setelah beberapa jam, aku dapat rasakan tubuhku ditindih seseorang.

"Mmm..." Aku cuba keluarkan suara. Aku buka mata secara perlahan-lahan. Ingin tahu apa yang menindihku. Satu kali kerdipan mata, aku nampak Bella. Aku senyum sendiri. Mimpi?

Aku kerdipkan lagi mataku. Berkali-kali. Aku angkat kepalaku sedikit.

"Morning, baby..." Mendayu-dayu suara itu. Lagak seperti ingin menggodaku. That's not my darling...

Aku yang rasa mengantuk tadi terus menjadi segar. Aku lantas menolak tubuh itu ke tepi dan berdiri tegak. "Alice?" Aku bercekak pinggang.

Alice masih tersenyum-senyum walaupun ditolak begitu. Dia turut bangun. Dia hampiri tubuhku. Jarinya ingin membelai dadaku yang terdedah tapi aku tepis dengan pantas.

"What are you doing?" Soalku, senada.

"I missed you baby!" Alice ingin memelukku. Tapi aku undurkan langkah ke belakang.

HER GIGOLO [18+]Where stories live. Discover now