Bab 18

226 3 0
                                    

"Lia nak pergi mana? Dah nak masuk tidur ke?” soal Arman sebaik melihat Alia sedang melangkah menuju ke arah pintu bilik. Langkah Alia terhenti di tengah ruang. Dia menoleh sedikit,melihat Arman dari ekor matanya.

“What else? Awak nak saya duduk sini dengan awak?” soalnya bersama nada sinisnya. Arman senyum. Dia bangun dari sofa dan mendekati isterinya itu.

“Kenapa tidak? Kita bukan orang asing. Kita suami isteri.” jawab Arman dengan soalan lembutnya. Hidungnya menangkap bauan lembut dari minyak wangi yang Alia kenakan dan itu mendekatkan lagi jaraknya dengan Alia. Alia yang sedikit terkejut,mengalih langkahnya ke tepi. Wajahnya berkerut tidak suka.

“Itu bagi awak,bukan saya.” jawab Alia tegas. Arman merenungnya dari arah sisi,namun itu cukup untuk menyerikan matanya melalui seraut wajah polos yang bersih itu.

“Bagi Lia,kita ni apa?” soalnya lembut perlahan. Alia mendengus dan berpaling mengadap Arman. Pandangan matanya ditajamkan untuk lelaki itu.

“Awak Arman,saya Alia. That’s all.” jawabnya diiringi nada tegasnya. Arman diam sesaat dua sambil terus merenung sepasang mata isterinya itu. Ada satu perasaan kurang senang terhadap apa yang Alia katakan. Arman menarik nafasnya perlahan dan dilepas juga perlahan. Ditatapnya wajah Alia sesaat dua sebelum terhenti pada sepasang mata itu semula.

“Tak baik cakap macam tu. Nikah kahwin dalam Islam,bukannya sesuatu yang boleh dipertikaikan. Ia bukannya sesuatu yang haram untuk kita keji. Nikah adalah sesuatu yang baik,halal dan suci di sisi agama. Ia adalah satu status hubungan yang Allah suka. Yang mampu menjanjikan sebuah syurga untuk kita. Yang akan menjauhkan kita dari sebarang perbuatan nista. Jadi kenapa nak menidakkannya? Mm?” Arman memulakannya dengan tona yang lembut,selembut pandangan matanya untuk Alia saat ini. Alia terdiam.

“Abang tak suka Lia cakap macam tu.” sambung Arman lagi namun kali ini terselit sedikit ketegasan di dalam kelembutan. Sepasang matanya juga menghantar isyarat yang sama. Alia terus diam,namun kali ini dia mengalihkan pandangan matanya dari terus ditatap oleh Arman.

“Sebelum kita kahwin,abang dah cakap dengan Lia,kaji dan fahami apa itu perkahwinan dalam Islam. Apa fungsi suami dan isteri. Apa tugas dan tanggungjawab masing-masing. Apa yang halal dan apa yang haram. Abang dah cakap,kita kena ikut cara yang betul dalam perkahwinan sebab ianya bukan main-main. Abang dah minta Lia fahami bahawa suami isteri itu harus saling menghormati dan memahami,saling memberi dan menerima,saling menegur dan memaafkan,saling susah dan senang bersama. Ianya sebuah perkongsian dari setiap aspek kehidupan berumahtangga. Berkongsi segalanya. Bukan dari konteks seksual sahaja. Abang rasa Lia pun tahu itu.” sambung Arman lagi diiringi nada seperti sebelumnya. Alia berpeluk tubuh. Akalnya menyangkal apa yang Arman katakan kali ini.

“Itu rumah tangga dan perkahwinan orang lain,bukan kita.” jawabnya perlahan namun bersama nada yang tegas.

“Apa bezanya kita dengan orang lain? Abang berkahwin dengan seorang perempuan dan Lia berkahwin dengan seorang lelaki. Kita berdua normal dan berakal. Datang dari keluarga yang jelas nasabnya. Dari akad dan nikah yang sah tarafnya. Yang…”

“Awak tahu apa bezanya,Arman. Tak payah nak pura-pura polos la. Benci tau tak?” pintas Alia keras. Arman terdiam. Diam bukannya dia mengalah namun memberi ruang kepada Alia melepaskan rasa hati. Alia kembali memandangnya bersama redup mata yang terselit kemarahan di dalamnya.

“Hari tu awak pukul kaki saya dengan kain dan awak tampar tangan saya ni bila saya membentak. Sekarang ni saya sedang tinggikan suara dengan awak. Apa yang awak nak buat? Tampar saya? Hah?” sambung Alia lagi namun kali ini dengan tona yang meninggi. Arman tetap diam merenungnya. Membiarkan.

“Kenapa tak tampar mulut saya ni? Saya biadab dengan awak kan? Tampar la. Tampar!” katanya lagi lebih tinggi bersama wajah yang disua lebih hampir kepada Arman. Tangannya menepuk-nepuk pipinya sendiri bagai mencabar Arman menampar mukanya. Arman merenungnya seketika lalu menjentik perlahan mulut Alia dengan jari telunjuknya. Alia yang terkejut terus menutup mulutnya dengan jari-jarinya.

“Inipun dah cukup sebagai hukumannya. Tak perlu tampar Lia. Lia bukan budak-budak. Abang tahu yang Lia tahu itu salah. Meninggikan suara dengan suami,hukumnya…”

“Saya tak peduli la Arman!” Alia memintas lagi malah dengan tona yang jauh lebih tinggi. Dia benar-benar mahu mencabar kesabaran Arman saat ini. Namun dia sendiri tidak tahu kenapa dia melakukannya. Yang dia tahu hanyalah melepas marahnya. Arman terus merenungnya namun bersama pandangan yang serius.

“Abang sedang bersabar. Abang sabar sebab abang tahu ini bukan Lia.” kata Arman tenang. Alia mendengus keras.

“Okey,saya nak tengok sejauh mana awak mampu bersabar dengan saya.” katanya lagi sambil menolak sedikit dada Arman,bagai mahu mencabar lelaki itu. Dia seolah-olah masih tidak berpuas hati dengan ketenangan dan kesabaran yang Arman tunjukkan padanya. Dia mahu Arman marah. Dia mahu Arman memukulnya dan menujukkan sisi garangnya. Arman merenung sepasang mata Alia yang menyinga itu. Sepi sesaat dua.

“Lia tak cabar abang,tapi Lia sedang cabar diri Lia sendiri. Lia cabar diri Lia untuk jadi jahat,sedangkan Lia baik. Lia cabar diri Lia untuk cabar kesabaran abang,sedangkan Lia sendiri seorang yang penyabar. Lia cabar diri Lia untuk jadi pemarah, sedangkan Lia sorang yang tenang. Lia cabar diri Lia untuk jadi seorang yang kasar,sedangkan diri Lia lembut sebenarnya. Bukan abang yang sakit,tapi Lia.” tutur Arman tenang. Alia tersentak dari dalam. Dia jadi keliru dengan diri sendiri. Dia jadi hilang arah tuju. Fikirannya jadi kelabu. Apa yang Arman katakan bagai berlawan dengan tujuan asalnya. Berperang di dalam hatinya. Bukan ini yang dia harapkan dari Arman. Dia mahu Arman melihatnya sebagai dirinya sekarang. Dirinya yang panas baran,celupar,kasar dan berang. Itu yang sedang dipamerkan di hadapan lelaki itu,tetapi lain pula yang Arman lihat dan tafsir. Kenapa sudut baik itu yang Arman lihat pada dirinya?

“Jangan sakiti diri sendiri.” sambung Arman lagi separuh berbisik. Alia terus terdiam. Arah fikirannya jadi semakin celaru. Hati kecilnya jadi terharu. Walau sekuat manapun dia mencuba,hati dan benaknya tidak mampu menidakkan apa yang Arman katakan. Arman berlalu ke hadapan Alia. Menatap wajah isterinya itu.

“Abang yakin abang tak salah membuat pilihan dengan mengahwini Lia. Abang tahu abang dah berkahwin dengan seorang perempuan yang baik budi bahasanya. Yang tinggi akhlak dan didikan agamanya. Yang kaya adab dan santunnya. Abang tak menyesal dan tak pernah rugi apa-apa. Lia memang isteri terbaik yang Allah kurniakan untuk abang.” Arman masih meneruskan dengan apa yang diyakininya. Dia tahu apa yang dikatakannya benar dan lidahnya berkata yang benar. Alia memberanikan diri untuk bertentang mata dengan Arman. Matanya bertaut namun lidahnya terkunci di sebalik tatapan mata suaminya itu. Arman mencuit sedikit bibir Alia bersama senyuman sekilasnya.

“Jangan cuba jadi jahat kalau diri tu sebenarnya baik. Jangan didik hati yang putih tu jadi hitam. Jangan cemarkan iman yang jernih tu menjadi keruh. Yang berdosa bukan abang,tapi Lia. Sebagai suami,abang tak nak isteri abang terus melakukan dosa walaupun ia bukan niat Lia. Jangan lawan diri sendiri,Lia.” kata Arman menyudahkan. Alia terus berdiri di situ bersama kebisuannya. Lidahnya benar-benar tidak mampu membuka sebarang bicara saat ini. Apa yang Arman katakan bagai mencabut segala keberaniannya selama ini. Dia jadi takut dengan diri sendiri. Takut hukum Allah memakan diri sendiri.

“Selamat malam,sayang. Assalamualaikum.” tutur Arman lembut dan terus berlalu ke katilnya. Alia? Berlalu ke biliknya bersama fikiran yang sudahpun kosong,namun hatinya kembali dilimpahi rasa marah terhadap Arman.

DACbyCNC
25 Jan 2022

Follow,vote n support ya dear semua ☺❤

DIA ADA CINTAМесто, где живут истории. Откройте их для себя