Bab 11

210 3 0
                                    

Alia turun mendapatkan ibu mertuanya di meja makan. Kelihatannya wanita berkulit putih itu sedang meletakkan semangkuk lauk di atas meja. Sekejapan muncul pembantu rumah mereka,Kak Bib dari ruang dapur membawa sepinggan sayur dan diletakkan di atas meja yang sama. Seorang lagi pembantu rumah iaitu Kak Ton datang bersama dulang berisi air minuman. Alia terpaku di situ.

“Ada apa-apa yang Lia boleh tolong,mama?” sapanya perlahan sahaja. Puan Mastura menoleh memandang menantu sulungnya itu.

“Lia tolong susun pinggan-pinggan tu semua. Untuk Abang Man,Lia letak di kepala meja tu. Mama kat sebelah kiri ni dan Lia di depan mama.” Alia hanya menurut.

“Err,mama. Lia minta maaf sebab tak sempat nak tolong mama masak makan malam.” Puan Mastura mendongak memandangnya. Sepi.

“Dah tahu macam tu,kenapa tak balik awal!?” soal wanita itu dengan suara yang meninggi bersama riak wajah marahnya. Matanya tepat ke wajah Alia. Alia? Sumpah,dia terkejut. Lidahnya terkunci. Dia tidak tahu apa yang harus dijawabnya untuk membela diri. Benar,dia keluar bersama Arman sejak jam 12 tengah hari tadi dan pulangnya mereka sudahpun pukul 7 petang. Pulang di saat semuanya sudah hampir siap dimasak. Sepi. Alia tunduk. Wanita itu melangkah menghampiri Alia dan berdiri di hadapannya. Alia menelan liur. Tiba-tiba wanita cantik itu melepas tawanya. Sekali lagi Alia terkejut. Hanya mampu memandang ibu mertuanya dengan mulut yang ternganga.

“Kenapa? Terkejut ya? Sama tak macam Nyonya Mansor dalam Ibu Mertuaku? Real tak?” soal Puan Mastura bersama tawa kecilnya. Alia masih lagi diam. Sedikit terpinga.

“Ala la la kesiannya anak mama ni. Mama gurau jelah.” sambung wanita itu lagi sambil mencubit pipi Alia. Terasa baru saja tersedar dari mimpi ngeri,perlahan-lahan Alia mengukir senyum paksanya. Sumpah,dia masih terkejut.

“Hai,sayang..” Tiba-tiba suara Arman bergema hampir ke telinganya bersama sentuhan lembut di bahunya. Alia yang terkejut terus melarikan tubuhnya dari sentuhan Arman. Dia memandang Arman seperti sebuah ketakutan bersama nafasnya yang seperti si lelah. Berkerut Puan Mastura melihat reaksi menantunya itu.

“Sorry abang,Lia terkejut. Ingatkan siapa tadi.” ucapnya perlahan sambil melirik Puan Mastura di hujungnya. Arman senyum.

“Ingatkan siapa? Mana ada orang lain lagi. Abang je lelaki teragung kat rumah ni tau? Kalau ada pun Abang Sop,driver mama. Itupun dia tak tidur sini. Sayang fikir apa sebenarnya ni?” soal Arman lembut di hujungnya bersama wajah yang disua hampir kepada Alia. Alia menggeleng perlahan dan tunduk. Arman senyum.

“Kalau Abang Sop sekalipun, takkanlah dia nak panggil isteri abang ni,sayang. Dia takkan berani punya. Hilang lidah dia nanti.” usik Arman lembut bersama senyumannya dan di hujungnya dia mengenyit mata kepada Alia. Alia tersenyum sekilas.

“Come,duduk makan.” kata Arman sambil memegang tangan Alia. Sekali lagi segera Alia menarik tangannya bagaikan orang yang terkejut. Arman? Juga terkejut.

“Err,sorry.” Itu sahaja yang Alia mampu ucapkan. Sesungguhnya dia tidak betah disentuh Arman seperti itu. Seperti apapun jua,dia tetap tidak suka Arman menyentuhnya. Arman senyum lagi. Ya,lelaki itu akan sentiasa menghadapi sebarang kemungkinan dari Alia dengan senyuman tenangnya. Itu yang buat Alia panas. Dia tidak suka Arman setenang itu. Dia mahu Arman marah.

Mereka duduk menjamu selera bersama bicara yang perlahan sahaja. Alia hanya menyepi. Tidak memberi sebarang reaksi untuk setiap perbualan suaminya bersama ibu mertuanya. Tambah lagi isu itu tiada kaitan dengannya.

“Sayang,kenapa senyap je ni?” soal Arman setelah mendapati Alia membisu sahaja. Alia mendongak memandangnya dan menggeleng perlahan.

“Mama,don’t tell me yang mama dah buli Lia. Mama buat lagi ya?” Tiba-tiba Arman menyoal mamanya dengan nada tegas. Alia menoleh memandang Puan Mastura beralih kepada Arman. Lidahnya terkunci. Tanda soal sebesar lori terapung-apung di atas kepalanya. Adakah Arman akan memarahi mamanya hanya kerana dia? Adakah keadaan akan menjadi tegang kerana perkara kecil tadi? Sepi. Kesepian itu dirasakan cukup tegang buat Alia. Renungan Arman tepat ke wajah mamanya. Suspen. Itu sahaja yang menghimpit dada Alia ketika ini. Namun,tiba-tiba sahaja renungan Arman bertukar kepada gelak tawa mereka berdua. Sekali lagi pasangan anak dan ibu itu telah membuat Alia terpinga-pinga.

“Sayang jangan ambil hati dengan mama ni. Dia memang suka bergurau. Ni mesti dia marah Lia tadi kan?” Alia diam tanpa reaksi. Arman ketawa kecil.

“Konon nak kenakan Lia la tu ya,mama? Konon hebat sangatlah tu boleh jadi Nyonya Mansor? Tak baik tau. Kasihan dia.” kata Arman kepada mamanya. Wanita itu ketawa.

“Mama saja nak test bakat. Sorry la dah buat Lia terkejut. Mama janji tak buat lagi.” Arman menoleh memandang Alia yang berada di sebelah kanannya.

“Hmm,yang tu Lia jangan percaya. Itu tahyul aje tu. So,hati-hati.” gurau Arman lagi. Puan Mastura ketawa. Alia memaksa senyum dan mengangguk. Sukar untuk dia mempercayainya namun begitulah hakikatnya. Itulah keluarga barunya ini. Dia harus membiasakan diri dengan setiap seorang penghuni di rumah mewah ini. Mungkin kerana sikap mereka yang suka bergurau itulah yang menerbitkan keceriaan dan mengeratkan kasih sayang antara mereka. Begitu juga Alia dengan abahnya,cuma cara mereka yang berbeza. Abahnya menerapkan cara yang berbeza agar ada ruang untuk Alia menghormatinya sebagai ayah,bukannya sebagai kawan. Alia mengerti,mungkin kerana abah seorang lelaki,maka caranya berbeza dalam memupuk sebuah kemesraan. Harus ada batas susilanya juga.

Usai makan malam,Alia ke dapur semula untuk menyediakan minuman panas buat mereka sekeluarga. Seteko teh panas dan kek kukus dibawa ke ruang tamu. Arman tiada di situ, namun tidak Alia pedulikan. Rasanya lebih baik andai Arman tiada di mana dia berada. Usai menuang teh panas ke dalam cawan,Alia mengambil tempatnya di sofa berseorangan.

“Jemput minum,mama.” kata Alia bersopan. Ibu mertuanya hanya senyum dan terus membaca buku di tangannya. Begitulah wanita itu setiap hari. Alia hanya diam sambil menonton televisyen di hadapannya. Terasa sepi kerana tiada perbualan di ruang tonton itu walaupun suara dari kaca televisyen sedang riuh menghiburkannya. Tiba-tiba satu pelukan lembut membaluti bahu Alia bersama kucupan di kepalanya dari arah belakang. Alia yang terkejut terus bingkas bangun mengadap ke arah Arman.

“Apa hal awak ni nak peluk-peluk cium saya ni? Saya tak suka tau tak? Berapa kali nak cakap? Tak faham bahasa ke apa?!” Arman terdiam. Puan Mastura juga terkejut dengan nada suara Alia yang tiba-tiba meninggi itu. Panggilan hormat untuk Arman juga tiada di situ.

“Awak ingat awak tu siapa nak pegang-pegang saya? Jangan kerana awak tu suami saya, awak boleh pegang saya sesuka hati awak aje!” sambung Alia lagi bersama riak wajahnya yang menyinga. Sepi. Arman hanya mampu menatap wajah marah Alia. Dada Alia naik turun menahan marahnya. Di matanya hanya ada kemarahan dan kebencian. Alia melihat mata Arman melirik mamanya dari ekor matanya. Alia mula tersedar kesilapannya. Perlahan-lahan Alia senyum. Begitu juga Arman dan senyuman mereka bertukar kepada gelak tawa yang rancak. Puan Mastura berkerut tidak mengerti.

“We got you,mama!” kata Alia mesra. Arman mengangguk-angguk mengiyakan.

“Both of you! Terkejut mama tau. Nakal la Lia ni.” kata Puan Mastura sedikit kuat.

“Yeah,I learn from the best.” jawab Alia meleret manja.

“Hati-hati mama.” sambut Arman mengusik. Puan Mastura menggeleng-geleng lalu meneguk air di cawannya. Alia dan Arman saling berpandangan bersama senyuman yang tiada lagi di situ. Ya,Arman tahu itu bukan gurauan dan dia cukup terkejut dengan reaksi Alia tadi, terutama di hadapan mamanya. Arman takut Alia ‘terlupa’ lagi selepas ini.

   -cnc-
28 Jan 21
HB to me

DIA ADA CINTAWhere stories live. Discover now