Bab 17

198 3 0
                                    

Arman membuka pintu rumah. Salam diberi namun tiada yang menyahutnya,juga tiada yang menyambut kepulangannya seperti yang dia harapkan. Dia melirik jam di tangannya. Sudahpun mencecah jam 7 malam. Mungkin isterinya itu sedang mandi untuk menunaikan solat Maghrib tidak lama lagi. Dia duduk di bangku lalu membuka kasut dan stokinnya sebelum menyimpannya di dalam almari kasut di luar pintu utama. Arman berlalu ke ruang tonton,juga tiada sesiapa di situ. Namun,keadaan di ruang itu cukup untuk mengejutkannya. Arman mendengus perlahan. Matanya menjalar dari satu sudut ke sudut yang lain. Majalah bersepah di atas lantai dan di atas sofa. Beberapa balang yang berisi buahan kering dan kekacang tidak berada di tempat sepatutnya. Ianya berada di atas meja dan di lantai,malah ada yang tidak bertutup. Dibiarkan terbuka begitu sahaja. 2 biji mug juga ada di atas meja yang sama. Salah satunya masih lagi berbaki dengan air oren di dalamnya. Arman menyinsing kedua-dua lengan bajunya dan mula mengemas. Majalah disusun dan diletakkan di atas raknya. Bantal disusun semula di atas sofa. Balang-balang kaca itu diletakkan semula di atas raknya dan 2 biji mug itu dibawa ke dapur untuk dicuci.

Arman kaku berdiri di sinki. Dia mengeluh sendiri dan beristighfar berkali-kali. Sinki itu dipenuhi dengan pinggan mangkuk dan periuk kuali. Semuanya dibiarkan tidak bercuci. Dapur juga kelihatan kotor dengan sisa minyak dan percikan bahan masakan. Arman meniup nafasnya dan meletakkan mug di tangannya ke atas kaunter. Dia memakai apron dan mula mencuci semua isi di dalam sinki itu. Kemudian dia membersihkan dapur yang kotor itu pula. Siap semuanya, dia mengeluarkan bahan mentah dari peti ais untuk dinyahbekukan. Matanya melirik kepada jam di dinding. Sudahpun pukul 7.30 malam. Dia naik ke bilik untuk mandi dan bersolat Maghrib. Alia tiada di bilik mereka. Arman tidak mahu mengganggunya. Biarlah. Itu lebih baik. Setelah menunaikan solat Maghrib,Arman turun ke dapur dan mula memasak makan malam mereka berdua. Meja makan tidak dibersihkan. Masih ada gelas kosong dan pinggan nasi yang Alia makan siangnya dan ianya tidak bercuci. Dibiarkan begitu sahaja. Arman ambil dan mencucinya. Setelah makanan siap dihidangkan,Arman naik ke tingkat atas semula. Da mengetuk pintu bilik Alia. Tidak lama,muncul Alia di muka pintu dengan wajah seriusnya. Tiada senyuman untuk Arman. Lelaki itu senyum.

“Dah tidur?” soal Arman lembut.

“Tidur? Time macam ni? Awak ingat saya ni budak-budak ke tidur awal?” soal Alia dengan nada yang lebih kuat di hujungnya. Arman tersenyum kecil.

“Bukan ya? Rasanya hari ni memang Lia jadi ‘budak-budak’ pun. Kan?” Soalbalas Arman buat Alia terdiam. Dia tahu apa yang Arman maksudkan. Memang dia sengaja melakukan itu semua untuk buat Arman marah dengannya. Sayangnya lelaki ini tidak marah malah kelihatan tenang sahaja.

“Awak nak apa” soal Alia serius. Arman senyum.

“Abang dah masak. Mari kita makan?”

“Saya tak lapar.” jawab Alia serius.

“Jangan macam tu. Penat abang masak tau. At least jamahlah sikit.” balas Arman lembut.

“Saya dah cakap saya tak lapar. Jangan paksa-paksa boleh tak?” jawab Alia keras.

“Okey,abang tak paksa. Tapi boleh tak Lia temankan abang makan? Masak sorang-sorang tak apa lagi. Ni kalau makan pun sorang-sorang,tak kenyang la abang.” Alia menjeling marah pada Arman. Dia tidak suka pada nada lembut yang selalu Arman gunakan semasa bercakap dengannya. Dia tidak suka Arman baik dengannya.

“Awak nak apa sebenarnya ni? Jangan mengada-ngada boleh tak?” soal Alia sedikit kuat.

“Please…” kata Arman bersama tangkupan kedua-dua tangannya seperti sedang merayu. Alia tenung wajah Arman dengan pandangan mata yang penuh kemarahan. Akhirnya dia mendengus keras lalu menutup pintu biliknya dengan kuat. Dia berjalan mendahului Arman dengan menghentak kakinya tanda protes. Arman mengambil tuala kecil yang tersangkut di atas bahunya,lalu mengibaskannya ke kaki Alia. Alia terkejut dan menoleh.

DIA ADA CINTAOnde as histórias ganham vida. Descobre agora