"Ceh,nak nafikan lagi,dah terang-terang tengah hari tadi abang Alex mengaku yang dia tu bf kau" kata Amir. Pn.Amalina terkejut dan pandang aku minta penjelasan.

"Er sebenarnya bf tu kan maksud dia 'kawan lelaki' jadi dia maksudkan yang dia tu KAWAN LELAKI Esya lah bukan lebih pun"kata aku dan tekan kan di kawan lelaki itu.

"Hm betul juga apa yang Esya cakap, lagi pun kalau betul Alex tu kekasih Esya,mesti Esya akan mengaku kan?"kata Pn.Amalina seakan faham dengan situasi ini.

"Betul betul betul mama"kata aku dengan senyuman puas hati. Amir pandang aku tidak puas hati.

"Haish yelah,kau menang kak"kata Amir dan terus naik ke atas untuk main game. Aku jelir lidah dekat Amir. Amir hanya beri jelingan kepada aku.

"Okeylah mama,Esya naik atas dulu nak solat asar"kata aku dan bangun dari sofa.

"Ha yelah"jawab Pn.Amalina dan aku terus naik keatas.

Dah sampai di dalam bilik aku terus jerit dengan perlahan agar yang lain tidak dengar jeritan aku ni.

"AAAA"jerit aku dengan perlahan.

"Aku benci kau Alex"aku jerit lagi dan terus lemparkan diri aku di atas katil. Aku pandang siling bilik aku dengan geram seakan itu adalah Alex.

"Kenapalah aku tak ikut je kata Dahlia hari tu. Kalau tak aku takkan kenal mamat baran tu"aku pukul kepala aku dengan bantal atas kebodohan aku sendiri.

"Kau ni pabo Aleesya, ulang aku sambil pukul kepala dengan bantal itu lagi.

"Benda dah jadi Aleesya,nak atau tak nak kau kena hadap juga mamat tu sebab dia tu dah jadi BF kau"kata aku pada diri sendiri.

"Tapi bf atas kertas je kan?jadi lepas je habis kontrak tu aku akan lari dari dia tak kesah lah dia nak cari ke tidak sebab aku dah taknak ada kene mengena dengan dia lagi"kata aku tekad dengan cadangan yang aku fikir tadi. Selepas itu,aku pergi ke bilik air untuk bersihkan diri dan terus solat asar. Skip.










Lepas makan malam

"Esya"

Aku yang tengah termenung terus pandang abah yang tengah duduk disebelah aku. Masa ni kami di luar rumah untuk ambil angin malam.

"Eh sejak bila abah ada dekat sini?"tanya aku sambil pandang abah.

"Sejak kamu mengelamun tadi"balas abah dan minum kopi yang mama buat.

"Ouh hehe,tak perasan pula Esya"kata aku sengih.

"Kamu ada masalah ke Esya?sampai abah dekat sini pun kamu tak perasan"kata abah dengan wajah yang ingin tahu.

"Takdelah bah,cuma fikir pasal results yang akan keluar nanti"kata aku dan senyum kepada abah.

"Oo, kamu jangan fikirkan sangatlah pasal tu,Just think positive and pray that everything goes well, okay?"kata abah dengan senyuman.

"Okey abah"balas aku dengan senyuman yang manis.

"Ouh ya, hampir abah lupa"kata abah sambil tepuk kepala. Aku pelik dengan kelakuan abah. Macam penting je.

"Apa dia,bah?" tanya aku sambil pandang abah.

"Kamu dah ada boyfriend ke?"tanya abah dengan muka serius. Aku terkejut dengan soalan abah dalam masa yang sama aku takut dengan muka serius abah.

"Err"suara aku seakan tersekat di kerongkong aku dan susah untuk keluarkan.

"Takpa abah tak marah kalau Esya dah ada boyfriend ke belum tapi abah nak kamu kahwin dulu baru boleh bercinta sebab lepas kahwin kamu nak buat apa pun dengan suami kamu abah tak kesah sebab kamu dengan dia dah halal untuk berpegang dan sebagainya"jelas abah dengan panjang.

"Okey abah,tapi boleh Esya tanya sesuatu dekat abah?"pinta aku dekat abah.

"Apa dia tu?"

"Kalau ada seseorang tu suka dekat kita tapi kita tak suka dekat dia apa yang patut kita buat abah?"tanya aku tanpa berselindung.

"Hm bagi abah,kalau kamu tak suka dekat dia kamu kena tolak dia dengan cara yang lembut walaupun orang tu akan terasa tapi sekurang-kurangnya dia akan faham dengan perasaan kita"jawab abah dengan lembut.

"Tapi kalau orang tu betul-betul tak dapat terima?macam mana?"tanya aku lagi

"Kalau orang tu tak dapat terima dengan jawapan kamu, kamu kena jauhkan diri dari dia tapi jangan lari pula sebab orang macam tu kita tak tahu apa yang dia akan lakukan kepada kita kan?"jawab abah.

"Hm betul tu"kata aku sambil pandang ke kolam ikan di depan kami itu.

"Kamu tanya soalan-soalan macam ni kenapa?ada orang suka kamu ke?"tanya abah dan pandang ke arah aku.

"Erm sebenarnya ada sorang lelaki ni suka dekat Esya tapi abah jangan risau sebab Esya akan settle kan sendiri"kata aku dengan yakin.

"Iyelah,tapi jangan lambat-lambatkan  hal ni sebab takut jadi makin melarat pula"nasihat abah.

"Baik abah"balas aku dengan senyuman. Kami pun berborak sampai mama panggil kiteorang suruh masuk sebab dah lewat malam.
























-komen
-vote👇
Terima kasih ☺️

Forced To Fall In Love [Og]Onde histórias criam vida. Descubra agora