5🦋

149 6 1
                                    

"Esya!!bangun!!dah pukul berapa ni anak dara sayang oi"kejut Pn.Amalina sambil buka langsir bagi cahaya masuk dalam bilik aku yang gelap ini.

"Erm,awal lagilah, ma"kata aku dengan suara serak yelah baru bangun tidur kan.

"Takde-takde, bangun lah Esya dah nak dekat tengah hari ni"kejut Pn.Amalina sambil tarik selimut yang membaluti tubuhku.

"Hari ni kan cuti bagilah Esya tidur dengan panjang,ma"kata aku sambil sandar dekat kepala katil.

"Cuti ke tak cuti ke mama tak kira,kalau Esya taknak bangun mama panggil abah untuk kejutkan Esya, nak?"ugut Pn.Amalina.

"Eh jangan-jangan, okay Esya bangun sekarang "kata aku dengan laju apabila terdengar nama abah untuk kejutkan aku.

"Haa tahu pun takut,dah pergi mandi lepastu turun makan"Pn.Amalina terus keluar dari bilik

"Okey,mama"kata aku dan baru nak sambung tidur balik

"Jangan sambung tidur balik Aleesya Qaisara!!"jerit Pn.Amalina di depan pintu bilik aku.

"Ye ma!!"jerit aku juga dan terus bangun dari godaan katil aku untuk teruskan ke alam mimpi.

"Hmph,jangan harap kau nak suruh aku baring balik atas kau,wahai katilku"kata aku pada katil dan terus masuk ke dalam tandas sambil bawa tuala yang sempat aku ambil di penyangkut tuala.

Selepas sudah bersiap,aku turun ke bawah untuk makan pagi walaupun dah nak tengah hari. Di meja makan hanya ada Amir dan Ammar sahaja berkemungkinan diorang sama macam aku bangun lambat.

"Ha,baru bangun cik kak? Ingat kan takkan bangun sampai matahari tegak"perli Amir dengan mata ke telifon.

"Eh,taklah aku baru je nak tidur ni ha"balas aku dengan bersahaja. Aku pun duduk dan terus makan bihun goreng masakan mama tercintahku. Hm sedap macam selalu.

"Kak,kau ada keluar pergi mana-mana tak harini?"tanya Ammar kepada aku.

"Tak kut,kenapa?"tanya aku balik kepada Ammar.

"Ouh,aku dengan Amir nak keluar pergi jumpa kawan kejap. Kau nak ikut tak?"tanya Ammar dan sambung makan.

"Tak naklah, nanti dekat sana korang abaikan aku sama macam haritu"kata aku dan jeling diorang satu-persatu. Diorang kalau jumpa member je mesti main game lepastu abaikan aku yang tengah kebosanan.

"Hehe, takpalah kalau kau taknak ikut tapi takkan kau nak duduk sorang-sorang pulak dekat rumah ni?
Mama dengan abah takde tau sebab beli barang untuk ke Melaka minggu depan."kata Amir dengan panjang.

"Takpe,aku dah besarlah pandailah aku jaga diri ni. Korang anggap aku ni macam budak kecik pulak"kata aku dan pandang si kembar itu.

"Hm yelah"jawab si kembar serentak.

"Dah jomlah gerak,kau jaga diri elok-elok tau"kata Amir dan tunjuk aku dengan muka acah risau dia tu.

"Ish aku tahulah,dah pergilah keluar tu"halau aku dengan muka marah.

"Alolo, marah-marah ni kenapa?nak cendol?"usik Ammar dan buatkan aku lagi rasa nak cincangkan satu badan diorang dengan pengisar dapur.

"Cendol kepala bapak kaulah"kata aku dengan lagi marah.

"HAHAHAHA"gelak diorang serentak sambil menuju ke pintu rumah. Aku pun sambung makan dengan tenang dan aman.

"Hm, sekarang kita nak buat apa?takkan nak terperap je dalam rumah ni?"tanya aku sorang-sorang.

"Eh aku lupa ada satu misi aku kena settlekan hari ini"kata aku lagi dan terus berlari ke bilik untuk ambil telifon. Apabila dah sampai dalam bilik, aku terus buka telifon dan buka chat aku dan Dahlia semalam. Setelah dah jumpa no lelaki itu aku terus chat lelaki itu dengan penuh sopan.

Forced To Fall In Love [Og]Where stories live. Discover now