BAB 23

103 5 0
                                    

"kau jumpa kereta ni dekat sini? "tanya Wan. Kereta Porsche putih milik Evie di temukan di sebuah mall tempat parking kereta.

"Levi cakap ya, "kata Jeff selepas memandang Levi yang berada di sebelahnya. Aku tahu suara kau boleh memukau orang sekeliling! Tapi kalau orang tanya jawab je lah!!!

"dah tu mana diorang? Takkan tidur dalam mall ni? "kata Wan. Satu malam tak balik rumah. Takkan tak puas beli barang? Sampai nak tidur dalam ni? Are you kidding me? Dapat dua ekor tu memang aku tendang ii! Hantuk ii kepala diorang dekat dinding!

"mengikut kefahaman aku, Levi cakap diorang tak ada dekat dalam. Tak ada dekat area sini, "kata Jeff. Woahhh aku dah boleh baca fikiran manusia! Heheh!

"dah tu apahal kereta ni dekat sini? Takkan diorang jalan kaki? "kata Wan. Haishh! Mentang ii banyak kereta. Ni nak tinggal je macam ni. Ini lah perangai budak zaman sekarang. Tak reti nak bersyukur!

"kau bodoh ke? Diorang dah kena culik dah, "kata Jeff. Tak faham lagi ke dia ni? Haishhh!

Wan memandang tajam. Kau siapa nak kata aku bodoh? Tak ada aku yang bodoh ni gaji korang pun tak ada.

"dah ii. Cuba buka kunci. Mana tahu ada apa ii yang boleh tolong kita, "kata Zack. Biasanya mesti ada apa ii yang ditinggalkan.

Levi menekan nekan keybord laptop beberapa kali. Pintu kereta terbuka dengan sendirinya.

"tak ada apa ii, "kata Raff selepas memeriksa kereta itu. Tiada apa ii yang di jumpai. Manalah korang pergi. Mesti kena tarik telinga nanti.

"siapalah yang culik diorang ni. Menyusahkan betul. Berapa banyak kali nak kena culik ni, "kata Haziq. Macam tak ada kerja lain je selain menculik. Apalah!

"entahnya. Baik dia culik kau. Aman damai je nanti, "kata Zack. Kenapa diorang tak pernah culik kitorang? Tak pernah rasa kena culik! Huhuhu. Sian...

"culik kau lah. Kau yang nak sangat, "kata Haziq. Kalau aku kena culik betul ii semua salah dia! Huh! Tak nak kawan! Jahat nak mati!!

°°°°°
"lambat nya Levi ni buat kerja, "kata Ryan. Ingatkan sekejap je boleh dapat.

"biasanya dia tunggu tiga hari. Sebab dalam masa tiga hari aku akan mula cari jalan keluar, "kata Evie. Kalau dia nak buat kerja cepat je. Tapi aku yang lambat sampai tiga hari. Haishh.

"dah tu tunggu tiga hari? "tanya Mike. Aku bosan lah duduk pulau ni. Asyik tengok laut je.

"nak buat apa sekarang? "tanya Ariana. Bosan...

"aku pun tak ada idea nak buat apa, "kata Zafril. Dia berbaring di sofa. Memandang ke arah televisyen. Bosan.

"kita naik kapal nak!? "tanya Ryan.

"kau mabuk laut kan. Nak muntah ii? "kata Zafril. Apa lah budak ni.

"ye lah! Aku sendiri boleh lupa! Apalah, "kata Ryan. Hurmm... Tapi best.

"huhuhu! Bosan! "kata Evie.

"kau tak panas ke pakai hoodie siang ii dengan matahari yang terik macam ni. Aku pula yang panas tengok kau, "kata Zafril. Jadi cacing kepanasan jap! Haish!

"entahnya! Bukan main besar lagi baju tu. Baju siapa kau pakai, "kata Mike.

"hahha. Dia pun tak tahu baju siapa dia pakai, "kata Ariana. Baju yang waktu dekat markas tu. Bilik siapa lah yang dia masuk. Haihhhh.... Masih tak dapat nak meneka. Hahhahah!

"kau pakai baju siapa, "tanya Evie. Eleh! Baju dia pun besar!

"baju dia, "kata Ariana sambil menunjuk Ryan. Aku tahu aku comel. Korang tak boleh nak menafikan kenyataan yang aku ni terlampau comel.

The Mafia's GirlWhere stories live. Discover now