"Itu kalau nyamuk kecil, macam mana kalau ada nyamuk besar?"

Aku terdiam. Mataku berkedip-kedip memandangnya yang tersenyum nakal. Nyamuk besar? Wujudkah nyamuk bersaiz besar? Berpuluh tahun aku hidup, tak pernah lagi jumpa nyamuk bersaiz besar. Pasti mengerikan!

Dia mara selangkah mendekatiku yang berdiri kaku. Tubuhnya ditundukkan sedikit menyamai ketinggiannya denganku. Kedua belah tangannya menyeluk ke dalam kocek seluar. Kemudian, dia mendekatkan bibirnya di cuping telinga sebelah kanan.  Gaya seperti ingin berbisik.

"Let me tell you...  it's so big and looks very scary.  Always wandering in silence and you never know of its presence. Then, when it bites, you may not even realize it  because it's too cunning. And you know what would happen if you just let it treat you that way?"

Aku telan air liur. Automatik sepasang keningku terangkat. Ternanti-nanti sambungan darinya. Namun, dia hanya tersenyum sinis sebagai jawapan. Tubuh kembali ditegakkan sebelum dia menjauhkan semula bibirnya dari cuping telingaku.

Aku masih memandang dia dengan penuh tanda tanya.

"Jadi... aku harap kau boleh jaga diri. Jangan bagi muka sangat dengan 'dia'. Atau kau sendiri yang merana. Faham?"

Aku hanya mengangguk kepala. Entah apa yang aku anggukan pun tak tahu. Sungguh, aku masih tertanya-tanya tentang apa yang akan terjadi jika aku membiarkan si nyamuk besar itu terus menganggu. Akan menyebabkan kematiankah? Atau... penyakit yang berbahaya?

Kalau macam itu, aku kena lebih berhati-hati.

Lelaki itu tersenyum kecil. "Good girl." Dia memujiku sambil kepala ditepuk beberapa kali dengan perlahan. Macam budak lima tahun pula cara dia memuji aku. Siap tepuk-tepuk kepala. Terasa diri ini kerdil pula. Mentang-mentanglah dia tinggi!

Tanpa sebarang bicara lagi, dia terus beredar pergi meninggalkan aku sendirian.

"Cik Nayra tak apa-apa?" Pak Mat menegur saat melihat Nayra yang berdiri di luar pintu kereta. Lama juga aku tercegat di situ. Tak sedar yang aku sudah jauh mengelamun.

"Sa... Saya okay, Pak Mat. Jomlah, kita balik. Saya nak sambung buat kerja."

"Baik, Cik Nayra." Dia akur. Lantas, aku terus masuk ke dalam perut kereta. Tak sampai beberapa minit, pacuan empat roda itu bergerak selaras meninggal kawasan kedai runcit serbaneka itu.







 







                          KEMAS dan terus mengemas. Dari tingkat tiga hingga ke tingkat satu, akhirnya selesai juga. Tanpa sedar masa berlalu dengan pantas. Langit pun dah berubah gelap. Kini masa untuk merehatkan diri pula. Habis sahaja tugas mengemas, aku terus mencuci diri. Tak selesa apabila badan terasa melekit-lekit. Lepas mandi terasa lebih segar.

Aku melangkah ke arah ruang tamu. Bosan. Tak tahu ingin buat apa. Nak hubungi Mel dan Elly pun rasa macam menganggu mereka pula. Baik aku layan rancangan tv ajelah.

Kemudian, aku melabuh punggung di atas sofa panjang. Alat kawalan jauh yang berada di atas meja kaca yang berada ditengah-tengah ruang aku capai lalu membuka siaran di tv. Setiap Chanel aku buka, tak sampai lima minit aku tukar ke siaran lain pula. Mencari cerita yang lebih menarik untuk di tonton.

Ting! Tong!

Aku sedikit tersendak apabila mendengar loceng bergema di seluruh ruang. Macam filem hantu!

"Haih, Madam ke?" Aku menyoal pada sendiri. Kenapa Puan Nora Elena nak datang malam-malam buta pula? Atau orang lain?

"Sekejap!" Jeritku. Seraya bangun dari sofa, berlari terhegeh-hegeh menuju ke arah pintu utama. Lantas, tombol pintu dipulas lalu ditarik perlahan-lahan. Tak buka luas. Separuh sahaja. Aku mengintai sedikit ke luar dari celahan pintu. Tiada orang?

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now