"What?" tanya Eiyra.

Adrian tersenyum nipis. "Emm kita keluar nak? Kereta saya dah sampai petang tadi. Saya dah minta izin dengan parents awak," katanya.

Eiyra berdiam diri. Dia menggunakan langkah yang kedua iaitu turuti saja permintaan lelaki itu dan perlahan membuka hatinya.

Kepalanya mengangguk saja. "Okey. Asalkan kau tak buat macam-macam je," jawabnya.

Adrian tersenyum lebar. "Ha? Betul ke ni?" tanya nya dengan teruja.

"Ye. Tapi bila?" tanya Eiyra dengan dingin.

  "Lepas ni. Awak kemas lah dulu. Saya tunggu kat ruang tamu sana," jawab Adrian.

Tanpa dibalas, Eiyra terus menutup pintu. Dia tahu mungkin Adrian faham yang dia cuma perlukan masa untuk membuka hatinya perlahan-lahan.

Perlahan senyuman di bibir lelaki itu terukir. Cukuplah tahu bahawa gadis itu sudah mula memberikannya peluang.

   "Oi bang, buat apa tercegat kat depan pintu ni? Akak pungut halau ke?" tanya Eydan sambil membawa satu bakul yang berisi dengan tuala dan pakaian.

"Takdelah. Akak Eydan terima ajakan abang. Tu nak dibawa ke mana?" balas Adrian pula.

Eydan memandang bakul tersebut, kemudian dipandangnya wajah lelaki itu. "Oh, baru angkat jemuran. Apa abang cakap tadi? Akak what?"

Pendengaran Eydan ni masih jelas cuma dia tak yakin dan tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Adrian.

   "Your sister setuju dengan ajakan abang. Kitorang nak dating. Buka hati masing-masing lah katakan. Hahaha sian Eydan tak leh bawa awek keluar." Adrian tergelak sinis.

Eydan mencebik. "Cis. Tunggu Eydan dah besar nanti. Eydan bawa Fatini pergi honeymoon kat negara yang terkaya sekali." Angan-angan kau, dik.

   "Berangan lah kerja kau. Baik pergi belajar sana." Adrian menepuk-nepuk bahu lelaki itu sebelum pergi menuju ke ruang tamu.

Eydan mengaju ayat Adrian tadi sambil menjulingkan matanya ke atas. Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik ayah dan ibunya.

Di bilik Eiyra pula, gadis itu sedang memandang cermin sambil tersenyum janggal. Matanya tertumpu pada badannya sendiri.

Semua lengkap.

   "Okey Ira. Kau tengok cermin sana, kau cantik. Cantik dari Hara hahaha tiber." Eiyra cuba untuk mengukir senyuman manis.

Beg tangan yang berada di atas meja dicapai. Dia berjalan menuju ke pintu. Pintu dibuka lalu kakinya melangkah keluar dari bilik itu.

   "Eh Ira setuju eh ikut Adrian? Sejak bila Ira tiber macam ni?" tanya Puan Naura sebaik saja ternampak anak daranya tiba-tiba saja berdandan.

Eiyra tersengih sambil mengangguk. Dia menghulurkan tangan untuk menyalami ibunya sebelum keluar.

"Ira nak bagi dia peluang lah ni. Mana tahu hati tiba-tiba terbuka sebelum tunang, kan?" Salam tadi disambut oleh ibunya.

   "Iya jelah anakku. Pulang nanti cepat sikit, cakap dengan Adrian tu," pesan Puan Naura.

Eiyra menganggukkan kepalanya. Dia terus melangkah menuju ke ruang tamu untuk berjumpa dengan Adrian.

Adrian yang sedang duduk di sofa itu mengerling sekilas ke arah jamnya. Kemungkinan dia sedang menunggu bidadari dingin ego yang tinggi yang sedang mengemas diri.

  "Adrian." Adrian terus menoleh memandang wajah Eiyra yang memanggilnya.

Adrian terpaku. Pertama kali dia melihat Eiyra berdandan. Selalunya Eiyra orang yang simple saja tapi hari ni, tak sangka Eiyra boleh jadi cantik seperti orang lain juga.

"Oi, cepat lah." Eiyra menjulingkan matanya sambil berpeluk tubuh menghadap Adrian.

Buat peluh kat sini, buat apa?

   "Oh ye. Jom lah." Adrian tersengih-sengih. Dia terus berjalan beriringan dengan Eiyra menuju ke luar rumah.

Eydan yang menjadi pemerhati hanya mencebik. Dia agak cemburu kerana pasangan lain sudah mula mencipta kenangan.

Dia pulak?

Telefonnya berdering. Matanya tertancap pada nama yang tertera di bahagian atas itu. Nama seseorang yang membuatkan hatinya tidak keruan itu tiba-tiba saja call.

Adakah ini pelik bin ajaib?

Bibirnya mengukir senyuman lebar sambil menekan punat hijau itu. Dia berdehem kecil sebelum menjawab salam.

   "Hai sayang." Eydan tergelak kecil.

"Mende ko ni."

"Aip sayang ni. Tak baik cakap camtu, Tini," balas Eydan.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now