H|H Special 2

Começar do início
                                    

Perempuan tu pandang aku lama sebelum tolak pinggan bihun yang masih belum disentuh tu ke arah aku.

"Ambik lah tu"

"Eh? Bukan orang lain punya ke?" aku bertanya sebab ingatkan dia tolong bawak mak or kakak dia punya tadi.

"Tak. Saya punya. Ambik siap siap. Saya pun malas nak ulang alik keluar masuk. Karang ada orang ambik tempat duduk pulak"

Wadehel minah ni? Dua dua pinggan ni dia punya? Dah la bertimbun!

"Makan je. Tak cukup ambik lagi kat luar" dia kemudiannya sambung menyuap tanpa menghiraukan aku yang pandang dia tak percaya ni.

Pinggan bihun tu aku pandang lama sebelum diambil. Banyak pilihan makanan lain sebenarnya, tapi entah kenapa aku tertarik bila tengok perempuan tu makan penuh berselera.

Memang sedap sangat lah kot. Try jela.

Sudu plastik aku ambil dan mula menyuap bihun ke dalam mulut la takkan lubang hidung kot? Eh dah lah tak ada mood la nak buat lawak bodoh sekarang.

"Sedak ork?"

Aku letak kembali sudu dan perhati bihun tu lama.

Aku tak percaya.

Rasanya ni bihun paling sedap yang aku pernah makan sepanjang 20+ tahun aku hidup kat bumi. Kak Liana punya bihun pun tak sesedap ni siel. Rasa dia sempurna sangat. Pedas, manis, masin dia memang balanced.

Aku taktau nak cakap apa. Aku terkedu.

"Hah?"

"Boleh la" aku menjawab tanpa riak. Takkan nak mengaku lebih lebih pulak kan? Kang dia ingat aku jakun tak pernah makan bihun pulak.

"Sama sama" perempuan tu angkat kening dengan senyum berlagak dan teruskan makan.

Jap, apa maksud dia?

"Jangan cakap-"

"Saya yang masak. Puan Syarifah order kat mak saya tapi dia demam harini so saya la yang ganti dia masak. Banyak gila woo penat saya goreng pagi tadi. Nasib baik sedap"

.

.

.

"Nama kau apa?"

"Erissa. Kenapa?"

"Ma" aku panggil mama yang baru masuk ke dalam rumah. Terus melangkah ke arah aku dengan senyuman.

"Kenapa Ad?"

"Ad nak kawin"

🐾🐾🐾🐾🐾🐾

"FUYOOO SIYES AH??"

"Diam ah kambing"

Fir melentikkan tangannya dan tutup mulut dengan gaya pondan belakang lorong. Entah dari celah mana dia tiba-tiba datang menyampuk hal aku tadi.

"Uwahh abang Ad nak tawennn. Uuuwahh"

Aku bersandar pada sofa. Perempuan bihun tu dipandang. Sejak tadi dia diam je sambil buat muka tak percaya. Mata dah membulat macam baru tertengok abs laki orang.

"Kau dah kenapa?"

"PUAN SYARIFAH TU MAK AWAK KE? OMG AUNTIE SAYA GURAU JE PAGI TADI AUNTIE!" dia terus tekup mulut dan gelabah macam cicak masuk dalam baju.

"Ehh tak apa lah, Rissa. Auntie tak kisah pun" mama cuma senyum dan menggeleng kepala.

"Oh eh? Kalau camtu, anggap jela saya serius tadi. Hensem gak anak auntie. Untung keturunan saya nanti"

Eh eh?

"Kau cakap apa dengan mama pagi tadi?"

"Saya saja la cakap dekat auntie, kalau auntie ada anak yang single lagi, bagi la dekat saya. Penat saya dengar mak membebel hari hari suruh kawin. Tak sangka pulak awak ni anak dia" dia garu hujung kening sebelum pandang aku dengan sengihan.

"Awak nak kawin ke? Kawin dengan saya nak?"

Ehh pompuan ni series la?? Bapak gatal!

"Ehh bolehh. Apa yang tak bolehnya? Abang saya ni pun single lagi. Ambik la dia cepat cepat. Kesian dia sorang je single lagi" Fir menepuk bahu aku sebelum berlalu dengan riangnya menuju ke arah tunang dia yang tengah bersembang tu.

"Haa bagus la camtu. Auntie, boleh ke?"

Mama terdiam memandang aku dan perempuan tu bersilih ganti.

"Kamu series ke, Arissa?"

"Haah"

"Kamu, Ad? Sudi ke?"

Aku tunduk memandang lantai sambil memikirkan sesuatu. Aku sebenarnya cakap nak kawin tadi bukannya fikir betul-betul pun. Tapi...

"Umur kau berapa?"

"25. Dah tua kan? Ha jom kawin la cepat cepat"

"Ehh boleh sangat tu. Kejap mama call mak kamu" mama tersenyum dan terus berlalu ke arah dapur meninggalkan aku dan perempuan tu.

Dude.

Macam tu je ke? Tiba-tiba je dah panggil mama?

Nani dafish??

"Eh kau-"

"Nampak sangat kita berjodoh en, awak? Jap saya gi basuh pinggan. Nanti kita kenal kenal" perempuan tu turut berlalu ke dapur sambil menyanyi kecil dan kepala digoyang kekiri kekanan.

Hellah?

10 Januari 2022  [ 10:00  P.M ]

Nanti wa sambung flashback balik. Publish sebab nak promote ni je

Kalau kau rasa pernah baca, sila add to library balik

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Kalau kau rasa pernah baca, sila add to library balik. Kalau kau tak pernah baca pun gi add to library.

Sekian.

Home | HeavenOnde histórias criam vida. Descubra agora