EP 25

73 11 11
                                    

???:Selamat hari jadi Jake!

???:Wahhh ramainya orang!!!Bro mat jadi bro!

???:Makanan mana makanan?

Semua orang yang baharu sahaja datang itu mengucapkan selamat hari jadi kepada Jake.Jake melepaskan tawa dengan gelagat sahabatnya yang datang.

Jaeyin pula tengah hidangkan makanan untuk tetamu tetamu mereka.Manakala,Puan Sim sibuk mengambil gambar bersama kawannya yang lain.

???:Jake!

Jake menoleh ke arah empu punya suara.Betapa,terkejutnya dia melihat orang itu.Mulut hampir tenganga.

Mongi yang memakai gaun paras lutut bersama rambutnya yang ditocangkan membuatkan Jake jatuh hati kepadanya.

Jake:Mongi...awak nampak...cantik..

Mongi tersipu malu apabila dipuji.

Mongi:Ala awak ni,biasa biasa je saya pakai ni.

Jake menggeleng laju lalu menggenggam kedua dua tangan Mongi.Gadis itu tersentak.

Jake:Tak,awak memang nampak cantik malam ni..

Mongi menatap tepar ke dalam anak mata Jake.Senyuman kecil diberi.Mongi menyelitkan rambutnya ke belakang telinga.

Mongi:Terima kasih.

Jake:Aaaa kalau macam tu,jom masuk.Kita makan sama sama.

Mongi mengangguk lalu membiarkan Jake menarik tangannya masuk ke dalam rumah.

Hyerin:Wah ramainya orang!

Mata Hyerin bersinar sinar.Lampu yang kelap kelip itu menarik perhatiannya.

???:Kakak Hyerin?

Hyerin menoleh ke arah seseorang itu.Ni-ki.Dia memakai tuxedo berwarna hitam bersama rambutnya yang disikat tepi.Sungguh segak lelaki itu pada malam ini.

Hyerin:Wah,Ni-ki kacak kacak nak pergi mana?

Hyerin menayangkan muka mengejek.Ni-ki tersengih comel sambil mengelus elus tengkuknya.

Ni-ki:Kakak pun..nampak cantik

Hyerin ketawa kecil.Bahu lelaki itu ditepuk tepuk.Ni-ki yang tersenyum tadi berubah menjadi terkejut.

Perutnya disentuh.Hyerin tertawa setelah mendengar perut Ni-ki yang berbunyi.

Hyerin:Kalau lapar,pergilah makan.

Ni-ki mengelus batang hidungnya.Dia menunduk sedikit ke Hyerin sebelum dia masuk ke dalam rumah Jake.

???:Seperti demam demam demam demam!!!

Ni-ki melihat sekumpulan manusia yang berada di ruang tamu sambil berkaraoke.Dia akhirnya menuju ke ruang makan.

Terdapat ramai orang di situ.Ni-ki mengambil piring serta sudu dan garfu lalu mula mengambil nasi bersama lauk pauknya.

Setelah selesai memilih lauknya dia terus keluar untuk makan di belakang rumah Jake.Tiada orang jadi tenang sikit.

Ni-ki duduk di bangku lalu mula makan makanannya.Tengah dia sibuk menikmati makananny,seseorang menyapanya.

???:Ni-ki?

Ni-ki menoleh lalu berhenti mengunyah.Ayam yang baru dicucuk oleh garfu itu terjatuh di piring.Mongi,dia nampak cantik malam ini.Seperti apa yang dikatakan oleh Jake.

Ni-ki berhenti menatap wajah Mongi lalu membersihkan mulutnya.Mongi mengukir senyuman manis ke arah Ni-ki lalu memajukan dirinya ke dia.

Mongi:Boleh aku...duduk sini?

Ni-ki:Aaa b-boleh boleh,d-duduk lah.

Ni-ki memberikan senyuman kekok.Mongi melabuhkan punggungnya di sebelah Ni-ki.Air liur ditelan kesat.Muka Ni-ki kian membahang.

Dalam hati Ni-ki:Cantiknya Mongi malam ni..

Mongi:Cantikkan pemandangan di sini.

Ni-ki:Ha?Y-ya...cantik sangat sangat.

Ni-ki mengangguk sambil melihat ke bawah.Malu ingin melihat Mongi.Mongi mengeluarkan telefon di dalam beg kecilnya.

Pemandangan malam yang indah itu dia gambar.Setelah beberapa kali dia mengambil gambar,Mongi ingin melihat hasilnya.Ni-ki hanya melihat Mongi tanpa bersuara apa apa.

Mongi:Ni-ki.

Ni-ki tersentak lalu menjawab.

Ni-ki:Hm?Kenapa?

Mongi:Jom ambil gambar sama sama.

Mongi mengesot sedikit untuk dekat dengan Ni-ki.Ni-ki membulatkan matanya.Pertama kali Mongi seperti ini dengannya.

Mongi memperbetulkan dahulu kameranya supaya fokus ke mereka berdua.Kening Mongi berkerut di saat dia melihat sesuatu kat bibir Ni-ki dari kameranya.

Dia menoleh ke arah Ni-ki.Ni-ki yang tadi tersenyum tersentak saat Mongi melihatnya secara tiba tiba.

Ni-ki:K-kenapa?Cakap nak ambil gambar.

Mongi:Makan tu betul betullah.

Sebutir nasi yang melekat di bibir Ni-ki dibuang.Badan lelaki itu kian mengeras setelah dia melihat tindakan Mongi terhadapnya tadi.

Mongi:Okay senyum.

Ni-ki mencuba untuk senyum.

Mongi:Ish senyum betul betullah.

Ni-ki:Ya,aku s-senyum lah ni...

Mongi menggerakkan bebola matanya ke atas dan mula mengambil gambar mereka berdua beberapa kali.

Pelbagai jenis gaya yang mereka lakukan.

Mongi:Ihh kenapa muka kau macam ni!

Mongi tergelak melihat muka Ni-ki.Lelaki itu juga terhibur lalu menyuruhnya untuk memadan gambar tersebut.Tetapi Mongi tidak mahu,dia ingin menyimpannya.

Hyerin yang tengok dari jauh itu tersenyum kecil melihat mereka.Keluhan berat dilepaskan.

Hyerin:Makin lama,rancangan Ni-ki makin berjalan dengan lancar.Aku..macam mana..?

Hyerin memuncungkan bibirnya lalu berlalu pergi.

Bersambung...

BUAYA DARAT - SIM JAEYUNWhere stories live. Discover now