EP 21

72 11 6
                                    

KNOCK KNOCK!

Ni-ki:Ya sabar sabar!

Pintu rumah dibuka.Mata Ni-ki terbeliak melihat orang yang berada di depannya sekarang.

Ni-ki:Mongi?Kenapa?

Mongi:Tak ni...Aku nak bawa kau jalan jalan boleh?

Mata Ni-ki bersinar.Pertama kali Mongi membawanya keluar bersama.Senyuman gembira terukir di wajah kacak Ni-ki.

Mongi:Sebenarnya aku tak nak ajak kau.Aku nak ajak Jake tapi dia cakap dia sibuk so....ajak kau je la.Dah kau je yang aku kenal...Jaeyin lagi...malas nak keluar.

Ni-ki mengangguk tanda faham.Dia bertanya.

Ni-ki:Kau nak pergi mana sebenarnya?

Mongi:Aku nak pergi beli satu barang popular ni.Ramai orang beli,so aku pun nak jugalah beli.

Ni-ki sekali lagi mengangguk dan sekali lagi bertanya.

Ni-ki:Kita berdua je ke pergi?Kau dan aku?

Mongi mengangguk.Dalam hati Ni-ki dia sudah menjerit seperti orang gila,kerana orang yang dia sukai membawanya berjalan bersama sama.

Ni-ki:Okay kau tunggu sini,aku nak tukar baju.

Mongi membuat tangan 'Ok' ke Ni-ki dan Ni-ki pun berlari pantas ke atas.

Pintu bilik ditutup rapat lalu dikunci.Ni-ki melompat kegembiraan.

Ni-ki:Aku dan Mongi.

Ni-ki tersengih sendiri lalu menggeleng gelengkan kepalanya.

-

Ni-ki:Ha Mongi,jo-

Ni-ki terhenti di saat Jake sudah pun berada di muka pintunya sambil memegang tangan Mongi.

Ni-ki yang tadi tersenyum segera berubah air muka.Kelihatan Jake tengah marah.

Ni-ki berdehem kecil.Jaket diperbetulkan.Mongi hanya mendiamkan diri.

Jake:Mongi.

Mongi mendongak untuk melihat Jake.

Mongi:Y-ya?

Jake:Kenapa Mongi suruh Ni-ki temankan.Saya kan ada.

Mongi:T-tadi...awak cakap awak sibuk...jadi saya mintalah Ni-ki yang temankan saya...

Jake berpeluk tubuh.

Jake:Kalau ye pun nak bawa orang lain,jangan bawa dia.Bawalah kawan awak yang awak rapat ke,kenapa nak dia juga?

Mongi mendiamkan diri.Kepala ditunduk ke bawah.Jake melihat Ni-ki sekilas.Jelingan malas diberikan.

Jake:Ni-ki.

Ni-ki yang tadi menunduk ke bawah mendongak.Jake merenung tajam ke Ni-ki.Air liur ditelan kesat.

Ni-ki:Y-ya...

Jake:Aku kan dah cakap...

Kolar baju Ni-ki ditarik lalu digenggam kuat oleh Jake.Mongi juga terkejut melihat tindakan Jake.

Jake:Jangan dekat dengan Mongi.Itu pun tak faham ke?

Ni-ki hanya mendiamkan diri.Mongi ingin menghalang Jake.

Mongi:J-Jake...dah lah.Jangan kasar sangat dengan Ni-ki.Jom lah kita sama sama pergi ya...jom jom...

Tangan Jake digenggam.Ni-ki sekali lagi perbetulkan jaketnya.

Jake:Kau ingat ya.Kalau kau sentuh Mongi,nahas kau oleh aku.

Akhirnya mereka berdua berlalu pergi.Sempat Mongi menoleh ke belakang untuk melihat Ni-ki.

Keluhan berat dilepaskan.Pintu rumah segera ditutup.Ni-ki menyandarkan belakang tubuhnya di pintu.

Wajah diraup kasar.Secara tiba tiba air mata Ni-ki mengalir.Ni-ki terduduk.

Jujur dia sudah tidak bisa buat semuanya lagi.Dia ingin mengalah.

Ni-ki:Patut ke aku...move on?

Air mata dikesat.Ni-ki berdiri lalu naik ke atas.

-

Hyerin yang baru datang ke sekolah terhenti langkah di saat dia melihat Jake.Senyuman nipis diukir.

Lelaki itu nampak gembira sangat bersama Mongi.

Hyerin:Bila la kita akan macam tu lagi...Jake?

Hyerin berlalu pergi ke kelas.

Bersambung...

BUAYA DARAT - SIM JAEYUNWhere stories live. Discover now