EP 18

77 14 7
                                    

Mongi:Bye!Mongi pergi dulu!

Pintu rumah ditutup dan Mongi pun ingin memulakan perjalanannya untuk ke sekolah.

Tetapi langkahnya terhenti di saat Jake berada di hadapannya.

Mongi:Oh!Jake...oppa?Buat apa kat sini?Jaeyin mana?

Tengkuk dielus,senyuman kekok terukir.

Jake:Err...Jaeyin tak dapat datang,dia sakit.Lagi satu....saya datang sini sebab nak pergi sekolah sama sama dengan awak.Boleh?

Ayat itu membuatkan Mongi terkejut.Jake ingin pergi bersama samanya.Lambat lambat Mongi mengangguk.

Jake juga menayangkan senyuman bahagia.Tangan kanan gadis itu dicapai membuatkan Mongi tersentak.

Mongi melihat wajah kacak Jake.Jake senyum manis ke arahnya.

Jake:Jom jalan seperti ni.

Mongi hampir sahaja terngannga.Muka kini merona merah.

Mongi:O-okay...

Dan mereka pun melangkah pergi ke sekolah bersama sama sambil berpegangan tangan.

Tanpa mereka sedar,ternyata Niki dan Hyerin memerhati mereka dari jauh.

Hyerin menghembus nafas berat.

Hyerin:Dah lah jom Niki.

Hyerin terhenti di saat dia sedar bahawa Niki tidak mengikutinya.Segera dia menoleh.

Hyerin:Eh Niki?

Hyerin berlari anak ke arah Niki yang sudah terduduk sambil menangis.Hyerin duduk mencangkung di hadapan Niki.

Dapat dia mendengar esakannya dan bahu yang terhinjut hinjut.

Hyerin:Niki....janganlah nangis.Niki kan kuat...Kakak tau kamu pun sakit hati kan.Kakak pun sebenarnya sakit tapi...kakak cuba kawal.Dah jomlah kita cari cara lain okay?

Niki melihat tepat ke arah anak mata Hyerin.Sisa air mata dihapus.Perlahan lahan Niki mengangguk.

Hyerin:Dah,jom jalan.

Niki akhirnya berdiri dan mereka juga berlalu pergi.

-

Sekarang ini Mongi di perpustakaan untuk membaca buku.Memang lah baca buku takkan nak makan lak hadeh...

Dicarinya buku yang seronok akhirnya Mongi terjumpa juga.Tetapi malangnya buku itu berada di rak yang tinggi.Dia pendek macam mana mau ambil?

Mongi:Ala tinggi la pula...

Bisik Mongi.Dia menjengketkan kakinya dan cuba untuk mencapai buku tersebut.Namun tidak berhasil.

Sekali lagi Mongi cuba untuk mencapai buku tersebut tetapi tetap tidak berhasil.

Sekali lagi,gagal.

Gagal.

Gagal.

Dan gagal.

Akhirnya Mongi berputus asa.Dia bercekak pinggang.

Mongi:Macam mana ni?Kerusi dah lah takde.Haih...

Bibir bawah digigit.Dia melihat ke buku itu.

Mongi:Takpe Mongi,kau try lagi.

Buat kali ke seribu Mongi mencuba.Dahi berkerut,bibir di bawah digigit.

Mongi:Sikit lagi....sikit la---Ahhh!

Hampir Mongi ingin terjatuh kerana kakinya terseliuh tetapi dia pelik kenapa tidak sakit.

Mata yang dipejam rapat itu dibuka secara perlahan.Alangkah terkejutnya bahawa seseorang lelaki yang menyambutnya daripada jatuh.

Ternyata orang itu Niki.Tangan kanannya menyentuh pinggang Mongi manakala tangan kirinya menahan tangan milik Mongi.

Mongi:N-Niki..?

Niki:Kau okay?

Mongi perlahan lahan mengangguk.Niki memperbetulkan posisi berdiri Mongi.

Niki:Kau buat apa sampai nak terjatuh tadi?

Mongi:Aku....nak ambil buku tu,tapi tak sampai lepastu aku jengketlah tiba tiba terseliuh lak kaki ni.Sakit...

Niki memasukkan tangannya di dalam poket.

Niki:Lain kali,hati hati.Dah tahu diri tu pendek mintalah orang lain tolong ambilkan.Ni tak,nak juga buat sendiri.Kan dah terseliuh,nasib baik aku sempat tangkap tadi.

Mongi ketawa sinis sambil memeluk tubuh.

Mongi:Kau berani ya panggil aku pendek?Tau lah kau tu tinggi.Humph!

Niki tersengih kecil melihat Mongi yang tengah marah itu.

Niki melihat buku yang berada di rak atas itu.

Niki:Kau nak ambil buku yang mana?Aku tolong ambilkan.

Mongi menundingkan jarinya di salah satu buku yang ingin dibaca.Niki segera mengambil dan melihat tajuk buku tersebut.

Niki:Apa itu cinta?

Mongi mengangguk.Niki menatap wajah Mongi yang tersenyum itu.Dia cepat cepat melihat buku itu kembali di saat Mongi memandang wajahnya sambil tersenyum.

Mongi:Dah bak sini.Aku nak baca.

Mongi merampas buku itu dari Niki dan ingin melangkah pergi.

Mongi:Aduh!

Niki:Eh Mongi,kaki kau sakit tu.Mari aku tolong.

Mongi:Ish tak payah lah!Aku boleh ni...aduh...

Niki menyahut tangan Mongi yang hampir terjatuh.

Niki:Kaki kau terseliuh tu.

Mongi:Ish tak payahlah tolong aku.Aku boleh jalan sendi---Eh Niki!

Niki tidak menghiraukan bebelan Mongi itu lalu mendukungnya.

Mongi memukul kuat bahu Niki.

Mongi:Woi lepaslah!Nanti orang nampak macam mana?

Niki:Kalau kau tak nak aku jatuhkan kau,baik kau diam.Biar aku yang angkat kau,kaki kau sakit tu.

Mongi akhirnya mengalah.Malas ingin bertengkar dengan Niki.Dia pun membiarkan lelaki itu mendukungnya.

Bersambung...

BUAYA DARAT - SIM JAEYUNWhere stories live. Discover now