Farhan diam menghadam cerita rakannya itu. Dada berombak kencang. Terbit rasa kasihan pada lelaki itu walau sedikit.

"Kau seorang?"

"Tak. Aku berdua"

...

Ding!

Ding!

Tariq angkat kepala tatkala bunyi jam loceng bergema kuat ke segenap rumah agam itu. Dia bingkas dari duduknya menghampiri Theo yang tak tentu arah mencari 'pintu' yang mereka sebut-sebutkan tadi. Bahu lelaki itu ditepuk. Theo menoleh apabila Tariq memanggilnya.

"Kau dengar bunyi tu?"

Krak!

Bum!

"Rumah ni akan bertukar lagi! Fokus dekat semua sudut bilik, cari something pelik dan ganjil" tatkala pandangan dikalihkan semula ke sekeliling bilik. Kedua mereka terlopong. Perabot-perabot mula bergerak hilang radar mata digantikan pula barangan lain yang menampakkan senario sebuah bilik usang. Dinding juga mula beralih bagaikan sebuah pintu gelangsar tepi tetapi kemudian dinding yang lusuh berhabuk pula masuk perlahan-lahan menggantikan tempat dinding mewah tadi.

"Tolong!"

Theo terkaku apabila menangkap suara halus itu. Terpusing-pusing kepalanya mencari sumber tempat suara itu. Mata terpandangkan dinding yang bergerak berganti tempat di sudut cermin tadi. Ada tangan yang sedang berpaut di situ. Kaki berlari mendapatkan gerangan manusia yang sedang mengerang kesakitan di sana.

"Tolong! Arghh!"

"Tiara?!"

Theo lekas menyambut lengan isterinya. Tiara sudah jatuh terlepok dilantai bersama Ayra dalam genggaman. Tariq dipanggil, buat membantu Ayra yang sudah lemah bersama wajah pucat lesi persis mayat hidup. Tinggal beberapa meter saja sebelum laluan 'pintu' tersebut ditutup. Tiara sudah ditarik oleh Theo ke dalam  dakapan manakala, Ayra dipapah oleh Tariq kemudian, mereka bersama keluar dari bilik itu menerusi pintu utama yang terbuka dan hampir bertukar.

Sebaik keluar dari bilik tersebut, langkah masing-masing kaku. Semua memandang ke arah sebuah gambar besar yang hampir memenuhi siling dinding. Mulut terkunci, kepala mula menoleh ke arah Ayra yang masih terkaku bersama mata yang sudah digenangi air mata.

Gambar jelas menggambarkan ahli keluarga besarnya. Ayah ibu, dia, Aniq dan Aiman yang masih bayi, arwah atok dan neneknya juga satu-satu pakcik saudaranya, Dato'Mahmud.

"Kita kena keluar dari sini cepat"

Ayra mengangguk lambat-lambat. Belum sempat berpaling, satu suara menyergah.

"Not so fast"

Pandangan mereka gelap.

...

"Finally, most waited scene"

"Apa kau nak daripada kitorang hah?!" Farhan menjerit lantang. Amarahnya naik memuncak apabila sekali lagi dia ditahan, namun kali ini mereka semua ditahan serentak diruangan besar itu. Diikat tangan dan kaki.

"Aku tak suka nak buat macam ni. Tapi, kau yang paksa. Sesiapa saja waris sah harta pusaka Dato' Omar turunkan tanda tangan sekarang"

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now