Bab 32

848 93 3
                                    

AYRA tidak dapat menahan diri dari mengalirkan air mata sebaik sahaja Farhan melangkah masuk ke dalam kereta. Wajah disembunyikan di sebalik lebihan bawah kain tudung.

"Ayra"

"Tskk.."

"Sayang, awak nangis ke?!"

Farhan panik melihat wajah kemerahan isterinya. Dahi sendiri di tepuk. Di sangkakan hanya hendak bergurau untuk tidak membelikan jajan kegemaran gadis itu, tak tahu pula sampai menangis.

Perempuan...

"Awak jahat..."

Tali keledar dibuka semula. Badan berpusing menghadap Ayra yang terhinjut-hinjut mengalirkan air mata. Serba salah mula menghurung diri.

"Okay, okay. Saya gurau aje, jajan potato awak ada kat belakang lah sayang. Dua plastik saya beli, jangan nangis. It's hurting me. Right here" Farhan cebir bibir dengan tangan Ayra di tarik melekap pada dadanya, hati.

Ayra mengesat air mata mendengarkan itu. Bahu Farhan dicubit kuat lalu ditampar-tampar. Rayuan lelaki itu dibiarkan. Jeritannya pecah tatkala merasakan jemarinya di gigit. Merah dibuatnya.

"Awak ni, Vampire ke apa?"

"I can do more than what vampire usually did. Blood" mata dibawa mengimbas isterinya itu atas dan bawah. Sengihan nakal meniti dibibir.

"Tak nak layan orang pervert" Ayra berpaling membuka pintu kereta. Boot kereta di buka, senyumannya melebar apabila mata tertancap pada dua plastik besar keropok kentang Mr. Potatoes kegemarannya. Tangan laju mencapai sebungkus keropok dan sekotak jus oren kecil. Berjalan semula memasuki kereta.

"Ish ish ish, terus sambar makanan eh. Nak sikit" tangan naik mencuit sedikit keropok kentang di tangan isterinya. Ayra membawa keropoknya jauh dari capaian Farhan.

Food is not for sharing. K

"Kedekut. Suap saya, dapat pahala"

"Tolak pahala sekali ni boleh? Food is life..."

"Memang awak mati dengan makanan pun, nanti. Baik saya faham" Ayra tergamam. Terus mata mencerlung ke arah Farhan yang fokus memandu. Dia sedang membayangkan dia menarik bibir itu, memulasnya lalu dilepaskan begitu sahaja.

"Pap! Elastic lips" dia mengomel sendiri. Farhan menggeleng kepala melayan karenah pelik-pelik isterinya.

"Ayra, ingat tak poster katil yang saya pernah tunjuk dekat awak dulu tu?" Soal Farhan bersama sengihan yang tidak kurang lebarnya. Berkobar-kobar ingin memberitahu satu rahsia yang hebat!

"Oh, ha. Ingat kenapa?"

"Lepas je awak terima lamaran saya, saya terus call interior designer. Design rumah terus. Lepastu, katil ...katil yang kita tidur tu dari kedai pemilik poster tu. Kira katil tu katil murahlah" Farhan melepaskan tawanya. Satu, mata terbelalak Ayra sungguh mencuit hati. Dua, terkenang perangai sendiri. Tidak hairan lagi macam mana Ayra boleh rimas dengan dirinya. Kalau dia di tempat gadis itu, dia bakal turut rimas dengan diri sendiri.

"For real? Patutlah katil tu nampak familiar somewhere" tangan masih sambung menyuap keropok. sebelah tangan membelek skrin telefon.

"Farhan tengok depan"

"Hmm" terliur tengok Ayra makan. Haih...sabarlah Farhan. Tak lama kemudian satu tangan comel, putih, kurus dan runcing menghalang pandangannya. Mata mengerling sekilas pada isterinya itu.

"Tadi kedekut sangat. 'food is life' konon" huluran keropok kentang itu disambut jua. Penuh mulutnya, hanya dengan makanan.

"Dah bagi banyak cekadak pula"

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now