Bab 23

952 109 3
                                    

Klak!

Terhinjut bahunya tatkala mendengar pintu dibuka. Khusyuk tengok tv agaknya sampai bunyi kereta Farhan pun dia tak dengar. Kepala dikalihkan kebelakang. Wajah sugul suaminya menyapa ruang mata. Lelaki itu mengurut ngurut belakang tengkuknya dengan kerutan didahi.

"Assalamualaikum" Farhan menghempas tubuhnya disebelah Ayra.

"Waalaikumsalam, uhuk!" Senak perutnya apabila Farhan merebahkan kepala diatas pehanya. Pinggangnya pula, dipeluk tanpa segan silu. Bahu Lelaki itu ditampar tampar.

"Emergency hug...hehehe" Farhan ketawa diperut Ayra. Ya Allah, dia fikir comel ke?

"Saya ni underage tau, baik awak stop buat macam ni sekarang" hujung rambut Farhan dimain main dengan jarinya. Sekejap ditarik dan di lilit dijarinya. Fluffy!

"Underage apanya? Awak cuma ada lagi enam bulan sebelum hari jadi awak. You're unofficially 24, sayang" Farhan membalas dengan mata terpejam. Lenguh satu badan selepas bawa bapa saudaranya pusing satu bangunan syarikat.

"Still"

"Whatever"

Suasana hening seketika. Perut yang terasa geli dan ngilu dibiarkan seketika. Sungguh, dia tidak peka langsung dengan apa yang disiarkan dikaca tv. Otak ligat memikirkan cara melepaskan diri dari pelukan Farhan.

Ah, dia sudah mati akal!

"Awak, nak maghriblah. Pergi naik atas" pipi lelaki itu dicucuk dengan jarinya. Tiada tanda tanda yang lelaki itu hendak bangun.

"Farhan..."

"Errrh, fine" badan ditegakkan semula. Dia berpaling dan merenung lama wajah cantik itu.

Cup!

'oh shoot!' Ayra menyumpah di dalam hati. Dahi yang dikucup tadi dipegang dan menjeling tajam Farhan yang tersengih melihat wajah kelatnya.

"Haih... astaghfirullahalazim. Pergi!" Ditolak tolak badan lelaki itu menjauhinya. Farhan ketawa seraya bangun dari duduknya.

"Pak Ngah saya, ada bagi buah tangan dari Itali. Ada kat atas meja tu, nanti tengoklah dia bagi apa" sempat menitip pesanan kemudian berlalu meninggalkan gadis itu sendirian.

•••

Mata tidak lepas dari memandang Ayra yang teruja membuka kotak berjenama Prada pemberian bapa saudaranya tadi. Tergeleng geleng kepalanya melihat perangai comel isterinya. Dalam diam, dia turut tersenyum.

"Prada local brand itali?" Ayra yang masih khusyuk membelek princiam beg putih itu menyoal.

(Media; beg putih)

"Yup, suka ke?"

"Suka tapi saya rasa bahaya duduk dengan family awak ni" Ujar Ayra perlahan.

"Apa? Bahaya? Kenapa pula?"

"Sebab...saya boleh digelar kaki kikis kalau setiap seorang ahli keluarga awak bagi saya hadiah macam ni" Ayra membalas sayu.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now