Bab 53

690 64 11
                                    

"Ayra tengok ni"

Ayra terjaga tatkala bahunya ditepuk seseorang. Mata bundar Tiara menjadi sapaan pertama saat mata terbuka.

"Apa?" Serak suaranya menyoal.

"Ni, Ada bilik" Ayra terlopong saat mendengarkan itu. Badan digagahkan juga untuk bangun dari duduknya. Mereka akhirnya terlelap di dalam bilik kecil itu. Harapan untuk keluar dari 'penjara' ini, bagaikan tiada. Semua sudut dikawal ketat.

Kaki diatur mendekati Tiara yang bercekak pinggang meneliti cermin tingkap yang berada dihadapan mereka saat ini. Disebalik cermin tingkap itu, mata disapa dengan dekorasi sebuah bilik mewah yang lengkap dengan perabot-perabot yang tidak kurang aras teknologinya.

"Kau rasa yang ni bilik siapa?"

"Tak tahu. Tapi, yang aku ingat ini bukan rumah Zahrin. Ada lagi yang aku tak ingat Tiara..." Rintihnya lemah. Tiara menepuk perlahan bahu Ayra, cuba menenangkan ibu mengandung yang seorang itu.

"Don't push yourself"

"Macam mana kita keluar? Any idea?"

Tiara menggeleng perlahan. Tiada apa yang lalu dikotak fikirannya. Sudah tiga hari mereka terperangkap di sini, bagaimana agaknya untuk menahan lapar dan dahaga di dalam tempat yang gelap lagi sempit ini.

•••

Sut hitam yang tersarung ditubuh diperkemaskan. Nak 'melawat' orang kena pakai kemas-kemas. Baru sejuk sikit mata dan hati memandang. Tak begitu? Puas dia memujuk Firhad untuk meminjamkan dia beberapa senjata tembak untuk langkah berjaga-jaga namun lelaki itu menolak. Tapi setelah meyakinkan kemahirannya menggunakan senjata itu, Firhad bersetuju untuk membenarkan dia memegang satu glock 17 disisinya.

"Benda ni, jangan nampak obvious sangat . Haih, macam mana abang nak percayakan kamu?" Glock itu dibetulkan kedudukannya disekitar pinggang seluar adiknya. Kalau ketua dia tahu ni, mahu dia kena pecat.

Agaknya.

"Hyung, trust me. Your cute little brother, okay? I'll be fine. The glock will be fine too" Farhan tarik sengih memandang wajah tidak puas hati Firhad. Gelak tawa dibuat-buat menghilangkan debar. Firhad versi polis amat menyeramkan. 

Firhad jeling sahaja. Dalam hati, dia berdebar. Dia tahu Zahrin liciknya bagaimana, banyak perkara diluar jangkaan boleh berlaku andai saja mereka tersilap satu langkah. Benar dia percayakan Farhan, namun hatinya tetap berbelah bahagi. Sebahagian menetapkan keyakinan bahawa adiknya itu bakal baik-baik sahaja. Tetapi sebahagian lagi, dia risau dengan keselamatan adiknya yang bagaikan terancam tiap kali mendekati musuh dalam selimut itu. 

Kalau ikutkan kehendak hatinya, memang dia sudah serang dan tangkap sahaja Zahrin itu. Namun, pihak atasan tidak mempercayainya. Mati-matian dia cuba meyakinkan adik iparnya diculik lelaki itu, mereka malah menafikan dan tidak mahu mengambil tempat dalam kes yang melibatkan lelaki berpengaruh tinggi itu. Akhirnya, kes dia ditolak. Bersama persetujuan dia dan anak-anak buahnya, mereka bergerak secara sendiri. Sebagai ketua inspektor, dia tidak boleh bagai lembu cucuk hidung. Mengikut sahaja arahan tak masuk akal ketua-ketua atasannya. 

Tambahan pula ini, melibatkan ahli keluarganya sendiri. Tanggungjawab jatuh kepada dia juga. 

"Tariq, kau rapat dengan Theo. Aku dengan Uncle aku kena cakap beberapa perkara dengan Zahrin sebelum kita serahkan surat ni pada dia" Dokumen penting berkaitan harta yang dimahukan Zahrin digenggam. Haji Anuar juga bakal mengikuti mereka ke sana nanti, memandangkan ini juga bakal melibatkan sejarah gelap bapa mentuanya itu. 

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now