PART 31

441 39 1
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

TEPAT jam 10:15 malam, mereka tiba di The Deer Resort, salah satu resort yang bertarafkan lima bintang di Chiang Mai. Mereka terpegun dengan kecantikkan tempat itu. Aaryan juga begitu. Tidak sangka akan secantik ini resort yang disewanya itu.

"Cantik gila bro!" ujar Isyraf teruja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cantik gila bro!" ujar Isyraf teruja.

Aaryan hanya senyum. Wajah isterinya dijeling sekilas. Terpancar riak bahagia di wajah itu.

"Suka tak?"

Iris mengangguk laju. Siapa je yang tak suka kan?

"Dah jom masuk. Hey anak dara yang dekat depan tu, silalah bawa lugage anda sendiri ya," pesan Ilham sebelum melangkah masuk ke dalam. Bagasi Indah turut diseret sekali. Yang lain pandai-pandailah orang lain tolong.

Ahli TheRose mencebik. Acah je, ingat sweetlah tolong angkat beg Indah sekali? Nak harapkan yang lain? Heh diaorang semua dah terkinja-kinja dekat dalam. Dapat dengar dari luar Hayden dengan Harith menjerit kerana berebutkan bilik.

"Aku nak bilik ni!" jerit Hayden. Tangannya di depa luas di hadapan pintu bilik itu.

"Eee aku pun nak bilik tu! Apa kau ni, tepi-tepi bagi aku yang sakit ni tidur situ," bantah Harith pula. Masing-masing berebutkan bilik itu.

Hayden menjelir lidah sengaja. "Ini aku punya. Kau pergilah cari bilik lain. Jangan menyibuklah!"

"No! Aku nak bilik ni."

"Aku punyalah!"

Yang lain naik pening melihat pertengkaran dua manusia ini. Dian dan Aathif hanya mampu menggeleng kepala.

"Hayden! Harith!"

Sepi.

Keadaan hening buat seketika.

"Apa yang macam budak-budak sangat perangai korang ni ha! Satu bilik kongsi dua orang. Yang duk menjerit-jerit dari tadi dah kenapa?! Kongsi je lah!" maki Ilham. Naik runsing kepalanya dengan perangai mereka. Dah besar panjang pun nak bergaduh lagi.

"Pergi masuk bilik! Aku dengar korang bising lagi macam tadi, tidur luar!"

Dian, Aathif, Isyraf dan Izzreen tersenyum mengejek. Suka melihat anjing dengan kucing itu dimarah. Harith menjeling geram. Hayden yang masih terpacak di hadapan pintu ditolak kasar. Bagasi besar berwarna ungu miliknya itu diheret.

"Kau pergilah tidur sebilik dengan dua beradik tu. Biar aku tidur dengan Am," ujar Dian. Aathif memandang muka mereka bergilir-gilir lalu melepaskan keluhan lemah.

"Yelah. Kau dengan Am ambil bilik atas. Biar kitaorang bertiga ambik bilik bawah," balas Aathif tak rela. Kalau sebilik dengan Isyraf, tak tidurlah dia malam tu jawabnya.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now