PART 15

620 68 8
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

BEBERAPA staff yang bekerja di bawah company Rosa' Global  menunggu kehadiran tetamu mereka di bahagian lobby. Iris dan ahli TheRose yang lain lebih memilih untuk menunggu kedatangan mereka di bilik meeting sahaja.

Dua buah toyota vellfire berwarna putih itu membuatkan semua orang menjerit teruja. Bukan kerana kereta, tetapi kerana enam orang jejaka kacak yang baru sahaja keluar dari perut kereta dengan penuh bergaya. Hanya Harith dan Dian sahaja yang membalas sapaan dari orang yang menegur. Yang lain hanya memilih untuk berdiam diri.

Siapa je yang tak kenal Cammora? Jutawan kacak dari Itali dan agak terkenal. Riak wajah mereka bertukar dingin. Depan orang ramai kena serious, tak boleh main-main.

Pintu utama dibuka oleh salah seorang staff Iris. Semua yang berada disitu menunduk hormat ke arah tetamu CEO mereka. Dhiya berjalan ke arah Aaryan dengan muka yang mengukir senyuman manis.

"Sila ikut kami tuan Aaryan. Cik Iris dengan yang lain dah tunggu dalam bilik meeting," ujarnya sopan.

Aaryan mengangguk perlahan. Mereka bergerak ke arah bilik meeting dengan gah sekali. Sesiapa pun yang mengenali mereka pasti akan berasa kagum. Dahlah handsome, kaya pula tu.

Dhiya mengetuk pintu bilik itu perlahan sebelum dibuka luas. Dhiya beranjak ke tepi bagi memberi ruang untuk ahli Cammora masuk ke dalam.

Ahli TheRose bingkas bangun dari duduk untuk menyambut tetamu mereka.

"Selamat datang ke- "

Terhenti percakapan Aryana bila terpandang tetamu mereka yang turut rasa terkejut. Berkerut dahi Iris memandang muka ahli TheRose yang macam orang baru nampak hantu.

Iris menoleh kebelakangan. Terbuntang sepasang mata milik Iris bila nampak bakal suaminya disitu. Aaryan CEO Cammora Global?

"Ehem! Silakan duduk."

Hayden sudah tersengih teruja. Kakinya bergerak kearah tempat duduk disebelah Hailey. Baru sahaja dia ingin melabuh punggung disitu, suara tegas Iris mencelah.

"Bukan dekat situ encik Hayden Qayyum. Tempat duduk awak dekat bahagian kanan, bahagian kiri semua tempat staff saya."

Hayden mencebik. Kaki dihentak geram. Kerusi disebelah Dian ditarik kasar. Iris memberi sebuah jelingan tajam kepada Hayden yang menayang riak wajah tak berpuas hati. Suara dibetulkan sebelum dia berdiri memberi ucapan.                     

"So first of all, saya wakil dari Rosa' Global nak ucapkan terima kasih kepada encik Aaryan dan yang lain sebab dah setuju untuk bekerjasama dengan pihak kami. Saya harap projek ini akan berjalan dengan lancar. Jika ada sebarang masalah all of you boleh tanya salah seorang dari kami berlima. Ataupun you boleh cari my personal assistant, Dhiya Humaira," sambung Iris seraya tersenyum kecil.

Jelas ciri-ciri seorang CEO yang berjaya dalam diri Iris. Ramai yang kagum dengannya, dia boleh handle company besar milik Tuan Ishan dengan sangat profesional.

Aaryan tersenyum kecil. Gadis itu pandai memainkan peranan sebagai seorang CEO walaupun tetamu dia ialah Aaryan, bakal suami dia sendiri. Langsung tiada sifat malu bila berdepan dengan Aaryan ketika memberi ucapan sebentar tadi.

Ini salah satu sebab Aaryan tertarik dengan gadis itu. Yakin, berani, dan tak campurkan hal peribadi ketika bekerja. Tengoklah, Iris dari tadi gunakan panggilan 'encik Aaryan' dan nada suaranya agak tegas ketika memberi penerangan. Lain dengan Iris yang dia kenal ketika berada di rumah. Manja, keras kepala, degil, kuat melawan dan agak menggoda.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now