"Syaf"

"Sya'a" tutur kedua-dua mereka kepada receptionist yang menjaga di bahagian pintu masuk tetamu bagi memeriksa kehadiran mereka.

"Here we go again" bisik Aira sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam dewan di mana acara itu dianjurkan. Sejujurnya Aira tidak berapa gemar untuk terlibat tetapi Syaf yang beria-ria mengajaknya jadi dia tidak dapat menolak lagi.

"Finally, tuan puteri mencemar duli tahun ni" muncul Amalin memerli Aira. Tajam mata Aira memandang Amalin.

"Paksa rela" celah Syaf. Jika tidak haram gadis itu mahu menjejakkan kakinya ke situ.

"Betul la tu" balas Aira malas melepaskan lengan Syaf lalu berpeluk tubuh. Dua jari naik membetulkan rambut panjangnya yang dibiarkan lepas tidak berikat.

Adrian mengambil gelas yang sudah siap diisikan air berwarna. Dia berpaling lalu matanya jatuh memandang Aira atau lebih tepat Sya'a.

Pada masa yang sama, Aira mengalihkan pandangannya. Tepat matanya bertembung dengan anak mata Adrian. Namun, segera dia mengalih pandangannya ke tempat lain.

"What are you looking at?" Datang Iqbal menegur lalu mengambil minumannya.

Menyedari apa yang dilihat Adrian, Iqbal mengangguk dalam diam.

"Oh I see" balas Iqbal mengerti.

"Her expression was like someone I knew" ujar Adrian lalu meneguk minumannya.

"Who?" Soal Iqbal tertanya-tanya.

"Aira" balas Adrian memandang kembali ke arah gadis itu.

"Talking about her, apa yang jadi dengan dia lepas dia tarik diri dari pertandingan tu?" Soal Iqbal ingin tahu. Sejujurnya gadis bernama Aira ini memang terlalu misteri baginya.

Music bertukar rentak. Syaf menghulurkan tangannya kepada Aira. Gadis itu memandang Syaf. Tanpa berkata dia menyambut huluran Syaf. Gelas yang dipegang diletakkan di atas meja meninggalkan Hanna dan Asya yang sedang berbual sesama mereka manakala Amalin sudah terlebih dahulu hilang dari radar mereka. 

Tangan kiri naik mendarat pada bahu Syaf manakala sebelah lagi menggenggam erat jari-jemari Syaf. Badan dan kaki mereka bergerak mengikut rentak lagu yang dimainkan. 

"Adrian is looking at you" bisik Syaf rapat ke telinga Aira. Sebaik sahaja Syaf berkata begitu, Aira ingin menoleh tetapi dihalang oleh Syaf. 

"It's too obvious, Sya" tutur Syaf. 

Adrian memandang Aira dari jauh. Walaupun dia sudah mengetahui hubungan sebenar pasangan kembar itu, masih ada satu hal yang mengganggu fikirannya. Persoalan yang masih belum terjawab. 

"Give a try, Ad" tegur Fekry yang dari tadi memerhati pergerakan antara Syaf dan Aira dari jauh. 

"They are twins, Fekry" tutur Adrian perlahan. Cukup hanya mereka berdua sahaja yang dapat mendengarnya. Fekry terkaku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Adrian itu. 

"What?" soal Fekry sekali lagi menginginkan kepastian. 

Adrian meletakkan gelas di meja. 

"That's the real relationship about both of them. They have blood ties" tutur Adrian lagi lalu membuka langkah berjalan menghampiri Syaf dan Aira. 

"Syaf, don't you mind if I want to borrow her?" tegur Adrian. Syaf melepaskan si kakak. Aira memandang Adrian. 

"Yes, sure go ahead" balas Syaf lalu beredar untuk memberikan ruang kepada mereka berdua. 

"Can we have a talk? There?" soal Adrian sambil menunjukkan ke arah pintu balkoni yang terbuka memandangkan acara utama mereka masih belum bermula lagi, dia mahu bertanyakan sesuatu kepada Aira secara peribadi. 

"Sure" balas Aira pendek lalu berjalan ke arah tempat yang ditunjukkan oleh Adrian sebentar tadi. 

"So apa yang you nak cakapkan?" soal Aira sebaik sahaja mereka melangkah keluar. Hanya meraka dan langit yang dihiasi dengan bintang-bintang. 

"More pada pendapat I guess" Adrian membetulkan ayat yang digunakan Aira. 

"Apa dia?" soal Aira.

"Salahkah aku untuk memilih pasangan yang biasa, mungkin jauh berbeza dari kedudukan aku yang sekarang?" luah Adrian menyeluk sebelah tangannya ke dalam poket seluar.

Aira tersentak mendengar soalan tersebut, sepertinya dia tahu siapakah perempuan yang dimaksudkan dengan soalan tersebut.

"You dah cuba bagitahu dia?" soal Aira pura-pura tidak tahu.

Adrian mengangguk kecil.

"Semuanya kerana nama, Sya'a. For her, I am her weakness" tutur Adrian perlahan.

"Adrian maybe you should forget about her. Tak salah kalau you nak cari partner yang biasa tapi kalau macam tu yang dia cakap, mungkin dia sendiri akan terluka dekat keputusan yang dia buat kalau dia terus mencuba untuk berdamping dengan you. You know Adrian, soal hati dan perasaan manusia kita tak boleh paksa. Kalau macam tu dia cakap maknanya you boleh jumpa perempuan yang lebih sesuai dengan you" jelas Aira. Saat ini dia bukan berfikir sebagai Sya'a tetapi Aira tanpa disedari Adrian.

"Adrian, melepaskan lebih mudah dari terus bertahan lebih banyak mendapat luka. Mungkin apa yang I cakap ni senang tapi I juga tak boleh paksa lelaki yang I suka untuk terus berada dengan I kalau dalam diam dia tersakiti disebabkan I. I rela lepaskan dia demi kebahagiaan dia daripada I" tambah Aira lagi.

Adrian terdiam. Dia kehabisan kata-kata. Jika benar apa yang dikatakan gadis itu, dia rela melepaskannya demi kebaikan kedua-dua pihak.

TO BE CONTINUED

The Secret Instafamous✓Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon