24

145 36 42
                                    

Daeun senyum memandang polaroid dia bersama Haruto

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daeun senyum memandang polaroid dia bersama Haruto. Ini semua sebab Jiyeol yang paksa mereka berdua mengambil gambar bersama.

"Daeun-ah!" panggil Yemin lalu memeluk gadis itu erat. "Mian, aku tak boleh nak tolong kemas sekali." ucapnya kesal.

"Gwenchana, kesihatan di utamakan!" sampuk penolong kelas mereka, Na Jaeni. "Dengar tu, kaki kau belum sembuh lagi. Nanti kalau lagi teruk, Haruto marah dekat kami pulak." kata Yoonha.

Yoonha memandang Yemin yang sedari tadi memeluk Daeun. "Kau dah kenapa peluk Daeun dari tadi? Mana boleh! Aku pun nak peluk jugak!" Yoonha turut memeluk Daeun.

"Amboi amboi amboi! Daeun tu sakit, takpelah. Kau berdua pula? Kalau nak sakit bebetul, aku boleh buatkan tau." Jiyeol sengih. Dia meletakkan penyapu di tepi.

"Kami tengah caj untuk kumpulkan kekuatan. Penat hikks" ujar Yemin lalu mengeratkan pelukannya. Daeun mengusap rambut kedua rakannya itu.

"Mana adil! Aku pun nak!" Haruto mencebik. "Kau dah siap kemas ke?" tanya Daeun, lelaki itu mengangguk lalu matanya mula bersinar. "Kau nak bagi hadiah ke?" Haruto mendepakan kedua belah tangannya.

Yoonha dan Yemin melepaskan Daeun. Gadis itu bangun lalu menghampiri Haruto. "Pejam mata," ujarnya.

Jiyeol memandang Yoonha dan Yemin, "takkan lah Daeun nak cium Haruto dekat sini?" bisiknya perlahan. Yoonha dan Yemin mengangkat bahu.

Selepas Haruto menutup matanya, tangan Daeun naik menjentik dahi anak Watanabe itu. "Bayaran sebab kau cium pipi aku tadi." bisik Daeun perlahan pada Haruto.

Haruto mencebik. "Annyeonghaseyo, sunbaenim." tegur seorang junior di pintu kelas mereka. "Wae?" tanya Yoonha.

"Ada sorang senior nak jumpa dengan Daeun sunbae, dekat laman belakang sekolah. Daeun sunbae sorang. Saya pergi dulu," ujarnya lalu pergi dari situ.

"Daeun, aku ikut kau." kata Jiyeol. "Takpelah. Aku pergi sorang." Daeun menolak perlahan tangan Jiyeol.

"Kalau ada apa-apa, call kami tau?" pesan Yoonha. "Jerit je nama kami, kami datang." pesan Yemin pula. Daeun mengangguk lalu keluar kelas.

"Haruto, aku rasa kau patut ikut Daeun—"

Haruto berlari mengejar Daeun, mengabaikan Jiyeol yang baru saja nak habiskan ayatnya. Jeongwoo yang baru masuk ke kelas, mencari Haruto.

"Haruto mana?" tanya Jeongwoo. "Pergi kejar Daeun." jawab Jiyeol. "Guys, ingat tak lagi senior yang cari pasal dengan Daeun tu? Dia ada dekat laman belakang sekolah. Entah kenapa aku tengok ramai pelajar dekat situ."

Serentak tiga gadis itu memandang satu sama lain. Perasaan tidak sedap hati mula menyelubungi mereka. "Jom!" ajak Yoonha lalu berlari bersama Yemin menuju ke laman belakang sekolah.

"Kenapa ni?" Jeongwoo menahan Jiyeol. "Ada sorang junior ni tadi dia suruh Daeun pergi laman belakang sekolah sebab ada senior suruh. Bila kau kata macam tu tadi, kami rasa ada sesuatu akan berlaku. A—aku tak nak Daeun rasa perkara yang sama dua kali.. tsk"

Jeongwoo menarik Jiyeol masuk ke dalam dakapannya, bunyi esakan kedengaran. "Jom, kita pergi." ujar Jeongwoo. Kedua-dua anak Park itu berlari bersama ke sana.

watanabae.Where stories live. Discover now