09

175 48 105
                                    

Selepas beberapa minit, Haruto tiba di kelasnya

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

Selepas beberapa minit, Haruto tiba di kelasnya. "Lambat kau pergi beli air. Pergi beli ke pergi buat?" tanya Jeongwoo.

Haruto memberikan sekotak air susu coklat kepada Jeongwoo. Terus diam Jeongwoo selepas dapat air. Dia memandang ke hadapan semula.

Haruto kembali buka air kotaknya, sebelum sempat dia menghirup air kotaknya, gadis di sebelahnya terlebih dahulu merampas. "Thanks." Daeun mula menghirup.

Haruto hanya mampu mengeluh. Daeun kembali melentokkan kepalanya menghadap ke luar tingkap. Lelaki itu memandang Daeun, dia mengeluarkan alat tulisnya lalu tulis sesuatu di kertas.

"Ah! Kau yang baling? Nak main perang baling kertas ke apa—"

"Bukalah. Lepastu jawab." Haruto kembali buka bukunya lalu mengabaikan Daeun yang kelihatan bingung.

Gadis itu buka kertas yang diberikan Haruto,

Jiyeol, nak aku jadi boyfriend dia. Aku saja.. nak tahu apa yang kau rasa. Kau okey dengan tu?

Lambat-lambat Daeun memandang Haruto. "Kelas seterusnya pergi makmal kan? Semua boleh pergi sekarang." kata saem Oh.

Haruto dan Jeongwoo bergerak bersama. Gadis itu hanya mampu memandang saja.

Waktu demi waktu berjalan dan Daeun masih tidak ada peluang mahu bercakap dengan Haruto. Sekarang sudah waktu untuk balik dan lelaki Jepun itu masih tidak muncul di kelas selepas balik dari bengkel.

Gadis itu memutuskan untuk menulis jawapannya di kertas lalu di masukkan ke dalam buku Haruto.

"Jeongwoo, Haruto ada dekat mana?" tanya Daeun yang melihat Jeongwoo masuk ke kelas berseorangan.

"Jiyeol kata dia ada hal nak bincang dengan Haruto. Jadi mereka berdua tengah—"

"Oh. Okey, thanks." Daeun berjalan balik keluar kelas. Haruto yang melihat kelibat Daeun dari rooftop bangunan, memandang Jiyeol sekilas.

"Dah siapkan? Aku nak balik."

"Jadi kau setuju?"

"Ya, aku setuju." Haruto berlari ke kelasnya meninggalkan Jiyeol di rooftop. Sedang dia mengemas buku serta alat tulis, satu kertas terjatuh dari buku miliknya.

Jangan.

"Jangan? Apa maksud dia 'jangan?' Atau maksud dia 'jangan' jadi boyfriend Jiyeol?" buat seketika sel-sel otak Haruto sedang berhubung. Tanpa sedar dia mengukir senyuman.

"Daeun sunbaenim— eah? Daeun sunbaenim dah balik ke?" Junghwan muncul di kelas bersama dua roti kegemaran Daeun serta dua air susu strawberi.

Haruto memandang Junghwan. "Haah. Daeun dah balik. Kau buat apa dekat sini?"

"Saya ingat nak ajak berbual dengan Daeun sunbae. Aish ini semua salah saem Kang bagi kelas kami keluar lambat. Habis tak sempat nak jumpa Daeun sunbae." Junghwan mengeluh.

"Daeun pernah keluar dengan kau ke?" tanya Haruto. Junghwan sengih. "Nak cakap keluar, tak kot. Macam ajak berbual sikit tapi dengan syarat Daeun sunbae kata kena ada makanan. Baru dia layan."

"Ah hyung, saya ada roti dan susu. Nak kongsi?" tawar Junghwan. Haruto mengangguk. Mereka makan di bangku berdekatan padang.

"Junghwan, macam mana kau boleh kenal Daeun? Atau lain kata, rapat?"

Junghwan ketawa mendengarkan ayat Haruto. "Kalau orang lain tengok mesti ingat kami rapat kan? Padahalnya tak." Junghwan mengunyah rotinya sebelum sambung bercerita.

"Dulu dia pernah tolong saya. Waktu hari pertama masuk sekolah, saya datang lewat dan sunbae yang tolong alihkan perhatian saem dan guard." Junghwan senyum.

"Saya ingat lagi dia kata dekat saya, 'nampak aku buat tanda ok, terus berlari masuk kelas.' Sebab tulah bila saya dengar yang Daeun sunbae pelajar bermasalah, saya tak percaya."

Haruto mendengar sambil terangguk-angguk. "Okeylah hyung, saya balik dulu. Bye!" Haruto melambai tangan ke arah Junghwan. "Bye!"

watanabae.Où les histoires vivent. Découvrez maintenant