Epilog 11 : Yang terindah

Start from the beginning
                                    

Dia juga turut meletakkan straw ke dalam gelas tersebut.

Lantas dia terus membantu isterinya untuk meminum air putih tersebut.

Sementara itu, Danial lah yang menghabiskan nasi kerabu milik isterinya itu yang hanya terusik sedikit oleh isterinya itu.

Lagipun dia tidak mahu melakukan pembaziran.

Jika dibuang akan membazir sahaja.

Satu lagi ada ramai lagi orang yang berlapar dan bekerja keras demi mencari sesuap nasi bagi mengisi perut, jadi Danial tetap bersyukur akan rezeki dan nikmat yang diberikan kepada keluarga kecilnya itu.

Aira hanya memerhati sahaja suaminya makan.

"Sedap ke daddy ?" sakat Aira pendek.

Danial terus senyum sinis.

"Tanya lagi, mummy kan dah makan tadi." respon Danial selamba.

"Hehe. Lebih sedap dari Macdonald eh ?"

"Haa' a. Btw mummy, daddy makan dekat luar je la eh ? Takut mummy terliur je." ucap Danial yang mula bertimbang rasa itu.

"Tak payah. Makan je kat sini. Tengok daddy makan pun dah buat mummy rasa kenyang." sakat Aira yang mula mengelus pipi putih suaminya itu.

Muka Danial terus menjadi kemerah - merahan kerana dia malu saat itu.

Ada - ada isterinya itu. Manja sakan.

Dia layankan sahaja karenah isterinya yang tercinta itu.

Usai itu, dia hanya menemani sahaja isterinya yang sudah mula baring semula di atas katil.

Danial juga hanya membiarkan sahaja tangannya digenggam kasar oleh isterinya itu.

Walaupun kuat sekali genggaman tangan isterinya terhadap tangannya tetapi dia tetap merelakannya sahaja.

Tipulah kalau dia kata dia tidak berasa pedih saat itu. Tangannya memang sudah berasa pedih dek dari genggaman tangan isterinya itu. Tetapi dia sanggup dan rela menanggung rasa pedih di tangannya itu.

Ini kerana dia tahu saat itu isterinya sedang diterkam rasa kesakitan yang tidak dapat dia gambarkan. Pergelangan lengan Danial sudah berubah menjadi kemerah - merahan dek dicengkam oleh isterinya itu.

Satu jam kemudian, Danial saat itu sedari tadi asyik menemani isteri yang sedang bertarung nyawa di dalam bilik bersalin itu. Seperti yang dijanjikannya, Danial setia menemani Aira yang tampaknya sudah menangis saat itu dek kerana rasa sakitnya.

Rasa sakit melahirkan itu amat perit. Perit sekali tidak dapat digambarkan dengan kata - kata.

Dia hanya membiarkan sahaja tangannya dicengkam kuat oleh isterinya itu.

Doktor dan jururawat yang bertugas ketika itu tampaknya tidak henti - henti memberikan kata - kata semangat kepada Aira.

Tangan kanan Danial laju mengelap peluh di dahi isterinya itu. Isterinya itu tampak pucat dan penat sekali bertarung nyawa demi melahirkan bayi kembar mereka berdua.

"Okay push lagi. Push lagi puan. Sikit je lagi." ucap Doktor dan jururawat yang bertugas itu serentak sejurus mereka mula melihat timbulnya kepala kecil seorang bayi.

"Puan boleh buat. InshaAllah. Puan kuat." nasihat doktor dan jururawat itu lagi.

Cengkaman kuku Aira di lengan Danial semakin dikuatkan.

"Sa.....sakit daaa. Daddy.." jerit Aira sedari tadi.

Air mata mula mengalir membasahi pipinya.

"Mummy jangan lemah semangat. Mummy kuat. Dah nampak dah kepala anak kita. Sikit je lagi mummy." ucap Danial lembut sambil tangan kanannya tidak henti - henti mengelap peluh yang mengalir di dahi isterinya itu.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now