Mahu mengelak dari menjawab semua soalan itu, Aira hanya menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. Dia menafikan semua itu kerana dirinya.

Sukar untuk dipercayai Hani, dia memandang ke arah Adrian yang dudjk diam di tempatnya dengan Airpods pada kedua-dua cuping telinga.

Syaf melihat kereta Adrian laju meluncur meninggalkan kawasan sekolah. Dia hanya melihat melalui cermin pandang belakang sementara menunggu Aira di bahu jalan tidak jauh dari pintu pagar utama sekolah kakaknya.

"Laju betul" gumam Syaf.

Pada masa yang sama, Aira kelihatan sedang berjalan ke arah keretanya sambil melihat keadaan sekelilingnya, risau ada pelajar lain yang ternampak.

Cepat-cepat dirinya masuk ke dalam kereta. Takut ada yang memerhati dari jauh tanpa sedar.

"Laju betul Adrian tadi" ujar Syaf sambil menukar gear. Aira di sebelah sudah membuang kaca matanya dan getah rambut.

"Hah" tidak dapat menangkap apa yang dikatakan Syaf sebentar tadi.

"I said Adrian" tutur Syaf sepatah demi sepatah. Jika gadis itu tidak memahaminya, nampaknya dia perlu la pula mendaftar Aira ke kelas belajar membaca.

"Why? Kenapa dengan dia?" Soal Aira tidak mengerti.

"Haih kau ni. Tak ada apa-apa la. Macam cakap dengan dinding"

"Yah!" serentak tangan Aira naik memulas telinga Syaf.

"Woi!" terkejut Syaf dibuatnya lalu segera merayu untuk dilepaskan. Dengan keadaan dia sedang memandu, haih mulutnya memang menempah maut. 

"Lain kali cakap lagi macam tu cakap lagi" perli Aira memulas kuat telinga si adik lalu melepaskannya. Puas dia melepaskan geramnya. 

Syaf kembali memandu dalam keadaan tenang walaupun telinga kelihatan merah padam. Manakala Aira tenang bermain dengan telefon pintarnya selepas mencederakan telinga si adik tanpa rasa bersalah. 

'Nasib je kau kakak aku tahu tak'

"I hear you Shafiq Edwin. Don't curse me in silence"  tutur Aira mengerling Syaf melalui ekor matanya. Tersentak Syaf dibuatnya. Mungkin kerana mereka merupakan kembar jadi mereka mempunyai pemikiran yang serupa. 

Kereta diberhentikan di bawah garaj kereta berbumbung. Adrian keluar dari keretanya lalu menutup pintu.  Datin Khaleeda yang sedang menyiram pokok bunga melihat anak terunanya sedang berjalan masuk ke halaman utama di hadapan rumah mereka. 

"Isyraf" panggil Datin Khaleeda lalu meletakkan watering can di atas meja. 

"Yes mom" balas Adrian menukar arahnya, menghampiri Datin Khaleeda. 

"Malam ni ikut mom and dad pergi dinner dekat rumah kawan, okay?" tutur Datin Khaleeda dengan harapan anaknya bersetuju untuk mengikuti mereka pada malam ini.

Adrian berfikir sejenak.

"Hrm— okay" balas Adrian memandangkan dia tidak ke mana-mana pada malam ini. 

"Okay honey, thank you" tutur Datin Khaleeda senang. 

"Sya, Syaf!" laung Puan Sri Ara dari ruang bawah kerana dia tahu anak kembarnya sedang lepak di gaming room mereka di hall tingkat tiga. 

Aira yang sedang duduk di atas sofa yang terletak di tepi dinding kaca yang membolehkan dia melihat Puan Sri Ara menjenguk mama-nya di bawah. 

"Yes, ma" balas Aira. 

"Malam ni jangan keluar pergi mana-mana. Kawan mama nak datang dinner sekali" pesan Puan Sri Ara sekeligus memberi peringatan kepada anak kembarnya. 

"Okay, ma" balas Aira.

"Syaf mana tak jawab mama pun" 

Syaf yang sedang duduk bermain di hadapan computer terus menjawab. Manakala Aira sudah tersenyum mengejek. Memang menjadi kebiasaan dari kecil lagi mama mereka akan menyuruh mereka memberi respond jika disoal walaupun mereka memberikan jawapan yang serupa. 

"Okay mama!" balasnya kuat lalu memberikan perhatiannya semula pada game play-nya. 

"Good job twins"  berpuas hati dengan jawapan anak-anaknya dia kembali masuk ke dapur bagi menyediakan bahan-bahan memasak untuk makan malam mereka bersama tetamu. 

"Siapalah yang mama ajak tu?" soal Aira yang sedang baring sambil melihat telefon pintarnya. 

Syaf melihat si kakak melalui ekor matanya lalu menjongket bahu. 

"Jarang-jarang mama jemput kawan dia sebab papa selalu outstation" balas Syaf mengingatkan kembali yang jarang ada orang di rumah mereka kerana orang tua mereka selalu sibuk bekerja manakala Syaf pula tinggal di asrama meninggalkan Aira sahaja di rumah bersama pembantu dan pemandu mereka. 

Tunggu sahaja siapa tetamu misteri mereka yang bakal tiba pada malam ini. 

TO BE CONTINUED

The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now