CHAPTER 2

99 13 1
                                    

"Ayyan, kamu nak kemana awal awal ni? office start pukul 9 kan?" tanya Raja Zarifah yang pelik dengan sikap anak sulungnya yang tiba-tiba keluar awal pagi.

"Ah, Ayyan ingat nak amik half day and balik tengahari ni. Itu yang Ayyan gerak awal." balas Tengku Ayyan sambil mengikat jam di pergelangan tangannya.

"Apa kata kamu hantar Aisyah ke universiti dia tu, senang sikit tak ada lah asyik ayah kamu yang hantarkan. kan aisyah kan?" kata Raja Zarifah sambil menyiku anak perempuanya.

"Aisyah tak kisah asalkan dapat pergi class submit assignment." Tengku Ayyan terus menjeling Tengku Aisyah dari ekor mata.

Bodek aku je kerja tak kesudah.

Tengku Aisyah mula dekati Tengku Ayyan sambil memeluk dan menarik tangan Tengku Ayyan. Tengku Ayyan memandang Tengku Aisyah atas bawah lalu menjulingkan mata. Tengku Aisyah hanya menayangkan senyuman yang lebar terhadap Tengku Ayyan.

Ala sekali sekala je bukan selalu minta tolong hantarkan.

"Tak payah, universiti kau tu jauh nanti karang aku pula yang lambat bukan kau." kata Tengku Ayyan dengan rasa rimas.

"Mana ada jauh. Dekat aje dengan Sunway Pyramid. Bolehlah abang~" bodek Tengku Aisyah lagi.

"Tak boleh."

"Bolehkan lah"

"Tak boleh."

"Boleh jugak."

"Eyy  tak boleh, tak boleh lah."

Degil.

Sumpah degil.

"Ayyan bagilah adik kamu tu tumpang sekali, kamu tu kan boss. kalau kamu lewat tiada siapa pun yang nak marah kamu nanti."

"Baiklah Ummi, Aisyah pergi naik kereta abang dulu." kata Tengku Ayyan sambil mengeluh memandang adik perempuannya yang dari tadi mengusik dirinya.

Nasiblah darah daging sendiri. Kalau tak memang aku campak masuk tasik perdana.



Tepat jam pukul 3 petang pada hari Jumaat, Tengku Ayyan sudah mula bersiap sedia untuk pulang balik ke rumah selesai sudah dia membuat kerja nya.

"Iris, kosongkan jadual pekerja lain tengahari hari Jumaat juga ya. Lepas itu, saya nak awak pastikan lelaki islam di syarikat ini berada di Masjid sebelum pukul 12:40." arah Tengku Ayyan kepada Iris.

"Baik Tengku, saya akan hantar arahan ni kat setiap deparment."

"Awak boleh pergi. Saya balik dulu." Tengku Ayyan mula menekan butang lif kecil di tepi bilik kerja nya.

"Baik Tengku."

Iris mula membongkokkan tubuhnya lalu kembali ke tempat kerja nya.




"Awal abang balik? " soal Tengku Izan yang tersedar akan kehadiran abang sulungnya di pintu utama.

"oh aku nak ziarah kubur nenda dengan kubur pak lang lepas solat Jumaat. Itu yang awal sikit harini." balas Tengku Ayyan.

"oh kebetulan Izan nak pergi sana juga. Izan ikut along boleh kan?" tanya Tengku Izan sambil mengelipkan matanya.

"Naik kereta kaulah kalau macam tu." Tengku Ayyan berpaling ke arah Tengku Izan.

"Boleh je bro." angguk Tengku Izan.

"Get ready sekarang." Arah Tengku Ayyan.

Mereka berdua terus bergerak ke arah bilik tidur mereka dan menukar pakaian ke baju jubah solat bersama kopiah di kepala dan sandal di kaki.

Mereka kemudian mula bergerak ke arah kereta milik Tengku Izan iaitu kereta sedan 'Mazda6' lalu memulakan pemanduan ke arah masjid.




"Sadakallahul'azim" Wana Irdina menamatkan surah-surah itu selepas membaca Surah Yassin di depan kubur Tokma Sal, Ibu kepada bonda Wana Irdina.

Selesai sudah semua itu, Wana Irdina mula berangkat pergi ke tempat parkir kereta.

Dahinya mula terasa panas dan hati terasa tidak sedap di dalam bahkan dia rasa seperti pengsan. Badannya yang lemah hampir rebah disitu namun, dia masih mencuba untuk bergerak ke arah keretanya.

Tolonglah! Sikit je lagi. Bisiknya pada hati.

Dia meletakkan tanganya dia bahagian dada bagi meyakinkan dia mungkin mampu bertahan sampai di dalam kereta.

GEDEBUK!!

Tubuh Wana Irdina jatuh tersembam di tengah-tengah jalan tanah perkuburan. Beg di tangan terlepas dari tangan, dan buku Yasin yang dibacakan tadi juga jatuh ke lantai.

"Allahuakbar Astaghfirullahalazim."

Serentak dua orang jejaka yang terkejut melihat seseorang wanita tiba-tiba jatuh pengsan di tengah-tengah itu. Mereka berdua mula berlari ke arah Wanita muda itu dan mula cuak.

"Cik, cik bangun cik. cik okay tak?" kata Tengku Izan sambil meletakkan dua jari di bahagian pergelangan tangan wanita itu. "Alhamdulillah nadi dia bergerak lagi." tambahnya lagi.

Tengku Ayyan mengeluarkan telefon dari poket kecil di tepi jubah melayu miliknya. Dia terus mendial masuk 999 nombor perkhidmatan awam.

Tengku Izan menggoncangkan sedikit tubuh perempuan yang berada di tanganya itu lalu meletakkan kekura tangan di atas dahi milik perempuan itu.  Mukanya berkerut sedikit apabila dia dapat merasakan kepanasan di dahi wanita itu.

Tengku Izan memusingkan kepalanya terhadap Tengku Ayyan.

"Along macam ni?, dahi dia panas, nadi dia masih bergerak. Izan rasa dia pengsan." soal Tengku Izan kepada Tengku Ayyan yang dari tadi duk call 999 dan memikirkan tentang keadaan wanita itu.

Tengku Ayyan mendecit geram. Tangan masih menekan nombor 999 lalu menekan butang hijau Lagi dan lagi. "Pick up the damn the call." katanya lagi sambil menggigit bibirnya dengan geram.

"Kita bawak dia balik rumah dulu. No one seems to pick up the phone call, call banyak kali pun takde siapa yang angkat. Jadah betul." bidas Tengku Ayyan yang bengang dengan perkhidmatan awam yang sepatutnya menjawab panggilan kecemasan darinya.

"Bawak balik rumah? nak bawak balik macam mana? kita ni bukan muhrim dia along. Kita tak boleh sentuh dia sesuka hati." balas Tengku Izan

"Dah kalau darurat macam mana? tak kan kita nak biar dia baring atas jalan macam orang tak bernyawa? Asalkan niat kita ni masih nak menolong bukan membuat perkara tak senonoh yang lain Izan." tambahnya lagi.

Tengku Ayyan mula mengangkat tubuh yang lemah itu ke dalam kereta lalu membaringkan tubuh kecil itu di atas kerusi .Dia tidak lupa mengambil sekali beg dan buku yasin milik wanita itu di atas lantai yang berselerak sewaktu mereka menjumpainya tadi.

"Kau drive, aku jaga dia." katanya.

Pada mulanya Tengku Izan tidak setuju dengan keputusan abangnya. Cuma selepas berfikir berapa banyak kali, hanya itu sahaja langkah yang mereka dapat lakukan buat masa sekarang.

Tengku Izan meluncurkan keretanya di atas jalan raya lalu membawa kereta ke arah rumah mereka.

Tengku Ayyan menelefon adiknya Tengku Aisyah supaya dia dapat tolong menyiapkan bilik untuk mereka meletakkan tubuh yang masih lemah itu. Tengku Aisyah turut bekerjasama dengan pembantu rumah bagi menyediakan bilik Tengku Ayyan.






"Ya Allah. Bawak dia naik atas terus abang." tanya Tengku Aisyah dengan kerisauan.

Tengku Aisyah terhuru-hara memandang dua abangnya yang bergegas lari naik ke bahagian tingkat atas sambil membawa seseorang wanita yang kelihatan agak lemah.





stay safe and im sorry for the poor story explaination. do help me if you saw any some typos and confusing storyline. do vote this book if you can^^ !

His Love Proposal | Re-Write Where stories live. Discover now