S.E.B.I.C.M.4️⃣7️⃣

Start from the beginning
                                    

Lagi terkejut apabila tubuhnya yang tidak berbaju itu dipeluk kemas oleh susuk tubuh tadi. Pintu rumah juga tak semena mena tertutup tanpa sengaja.

"Izara! Lepaskan I la!! Apa you buat kat sini?! Keluar!!" Marahnya seraya menolak kuat tubuh Izara agar jauh darinya.

Namun, ianya hanya sia sia apabila Izara semakin menguatkan pelukan dengan esakan yang semakin menggila.

"Please! Bagi I stay dengan you, Fariqi! I takut!"

Fariqi masih lagi mencuba untuk menjauhkan dirinya dari Izara, namun pergerakkannya serta merta terhenti apabila sekali lagi pintu rumah diketuk.

Dia menolak kuat badan Izara darinya lalu menyuruh Izara untuk berdiam diri. Wanita itu mengangguk perlahan. Tersungging senyuman sinis apabila 7 orang pihak JAIS berdiri di hadapan pintu.

"Ye encik, cari siapa?" Soal Fariqi.

"Kami dapat aduan ada orang berbuat maksiat di dalam rumah ni. Boleh encik dan cik ikut kami ke pejabat?" Kata salah seorang dari mereka.

Bagai dijampi, tubuh Fariqi terkaku dihadapan pintu.

Mata mereka bertujuh bergerak kearah seorang wanita dibelakang Fariqi yang berpakaian terdedah menampakkan lurah dada dan singkat paras atas lutut.

"Astagfirullahal azim. Encik tolong suruh wanita encik untuk menutup aurat terlebih dahulu. Encik pun, sila pakai baju. Takkan nak pergi pejabat agama dengan tak pakai baju." Tegur seorang lelaki lain berbaur sindiran.

Dengan akur, Fariqi naik mengenakan baju tshirt berkolar dengan seluar track yang telah disarungnya. Sempat dia menjeling tajam kearah Izara.

Apron hello kitty yang dipakainya tadi, diambil lalu dicampakkan ke muka Izara.

"Kau pakai la apron tu, tak tergamak rasanya nak bagi tudung isteri aku kat kau untuk tutup aurat sendiri. Kesian isteri aku bila pakaian dia tersentuh dengan kulit jijik lagikan hina milik kau ni." Hina Fariqi terhadap Izara.

Izara mendengus geram seraya mencampakkan apron tadi ke lantai rumah.

End flashback

Bella diam menghadam kata kata Fariqi. Masa keluar rumah pagi tadi memang dia nampak ada sebuah kereta hitam yang tak jauh dari rumah diorang, tapi buat tu dia tak tahu la.

"Why not kita check CCTV rumah jiran." Cadang Bella.

Fariqi pantas mengangguk tanpa membantah. Laju saja langkah pasangan suami isteri itu melangkah keluar dari rumah menuju ke rumah jiran mereka.

TOK

TOK

TOK

"Assalamualaikum." Serentak mereka berdua.

KLAK

Bunyi pintu rumah terbuka. Serta merta terjengul kepala seorang lelaki dalam lingkungan 40-an dari celah pintu rumah.

Cermin mata yang melorot ke bawah, ditolak naik keatas.

"Waalaikumsalam, Puan Bella dan Tuan Fariqi. Mari masuk dulu, sila sila." Pelawanya seraya membuka pintu.

Sebaik saja mereka berdua melangkah masuk, dengan penuh tertib dia memanggil si isteri untuk membancuhkan air buat tetamu.

Kemudian, dia berjalan mendekati Fariqi dan Bella yang sedang duduk diatas sofa setelah dipelawa.

"Boleh saya tahu apa hajat tuan dan puan datang rumah saya?" Soalnya dengan hormat.

"Macam ni encik Sanusi, saya dengan husband saya ada masalah sikit. Jadi memandangkan kawasan kejiranan kita ni disediakan sebuah CCTV untuk tujuan keselamatan, boleh tak kalau kami nak tengok rakaman CCTV rumah encik Sanusi." Kata Bella dengan hormat.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now