"Baru lagi kan mayat ni?" Fakrul mencangkung sedikit. Mata memincing kecil. Mengamati keadaan mayat itu dengan lebih tekun. Darah yang mengalir di sekeliling rumput rumput taman permainan itu masih kelihatan baru. Masih basah.

"Iya, mangsa baru sahaja dibunuh sebelum dijumpai oleh saksi"

"Haih, macam mana dengan cctv? Ada tak?" Kepala didongak pula keatas dan sekeliling tempat itu.

"Tiada tuan" balasan Hariz mendapat keluhan panjang daripada Fakrul.

"Kamera dashb-"

"Pun tiada" sampuk Hariz laju seakan tahu apa yang ingin ditanya oleh Fakrul.

"Takkan tak ada satu kereta pun lalu sini?"

"Tiada tuan. Masa kami sampai pun, tempat ni lapang dan tiada sebiji kereta sekalipun"

Fakrul mengusutkan rambut sendiri. Dapat membayangkan yang kes ini akan menjadi satu kes yang sulit. Nafas dilepas berat. Seketika kemudian datang pasukan ahli forensik mengambil gambar dan bukti tempat kejadian.

"Takpalah kalau macam tu" baru sahaja Fakrul ingin melangkah pergi, lengannya ditarik semula.

"Apa lagi?"

"Tuan, pembunuhan ni dilakukan oleh orang yang sama"

Dahi berkerut. Wajah Hariz dipandang dengan pandangan aneh. Keliru dengan ayat yang baru dituturkan olehnya tadi.

"Apa maksud kau?"

Tak berkata banyak Hariz terus menarik lengan Fakrul. Mayat tadi didekati semula.

"Tu, tuan tengok betul betul dekat kaki dia" kata Hariz, jari telunjuknya dihala kearah jari kaki mayat itu. Fakrul akur. Mata dihala kearah yang sama. Tak lama sebelum terbuntang luas, sedikit ternganga.

"I-itukan..."

"Iya, benang merah yang diikat reben. Tanda tu mirip dengan tanda si pembunuh bersiri Q" muka Hariz dilihat dengan mata yang membulat besar.

"Ni kerja Q! Si pembunuh bersiri tu!" Kata Fakrul sedikit kuat.

"Ini pembunuhan dia yang ke 13"

"Tak guna! Patutlah kejam semacam. Kerja dia rupanya" amuk Fakrul geram. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan si pembunuh  bersiri, Q. Itu bukan nama sebenar. Q adalah nama panggilan yang dibuat oleh pihak polis. Memandangkan pembunuh bersiri itu tidak pernah berjaya untuk dijejak dan identiti dia sehingga kini masih kekal rahsia. Maka pihak polis terpaksa memanggil dia dengan panggilan Q.

Bukan itu sahaja, Q juga sudah termasuk dalam senarai hitam dan penjenayah yang paling dikehendaki. Setakat ini sudah 12 pembunuhan yang dilakukan oleh dia. Dan kesemuanya diikatkan dengan benang merah pada kaki mangsa. Tidak tahu apa tujuan sebenar dia berbuat sedekimian. Namun pihak polis menganggap itu sebagai simbol kejayaan bagi Q setiap kali dia berjaya membunuh mangsa.

Dan andai kata kes ini juga dilakukan oleh dia. Maka jumlah pembunuhan yang dibuat oleh Q sudah mencecah angka 13.

Fakrul kusutkan rambut sendiri. Buntu apabila dikaitkan dengan si penjenayah gila itu. Bukan apa, mereka seolah olah mengejar hantu. Semua kes pembunuhan yang dilakukan oleh Q sangat kemas dan teliti sehingga tiada langsung jejak atau bukti untuk mendedahkan identitinya.

Mereka tahu pembunuh itu duduk di kawasan bandar ini. Namun, begitu pihak polis masih lagi gagal merungkaikan siapa identiti sebenar Q. Tidak tahu sama ada dia lelaki ataupun perempuan. Malah umur, ketinggian, muka, suara, semua. Kesemuanya masih zero. Dan itu menyebabkan kerisauan oleh penduduk sekeliling. Risau jika mereka adalah mangsa seterusnya. Yang mereka tahu cuma satu. Q ialah seorang pembunuh psychopath yang gila.

Hampir kesemua mayat yang dibunuh oleh Q terseksa sangat teruk. Malah kadang kadang tampak seolah olah dia 'menghias' mangsa yang dia bunuh. Dan jejak yang dia tinggalkan cuma satu, benang merah pada ibu jari kaki mangsa.

"Nak buat macam mana ni tuan? Bukan ke General Malik dah bising pasal hal ni? Pihak media pun tak habis habis menyalahkan pihak polis tentang kegagalan kita menjejak Q? Ini kalau sampai ke pihak media esok. Masak kita semua" kata Hariz kembali.

Fakrul hela nafas panjang lagi.

"Haish, tak tahulah aku. Tapi yang aku tahu kes pasal si pembunuh Q dah disenarai hitamkan. Tak silap aku minggu depan akan ada satu unit khas yang ditugaskan untuk menangkap Q"

"Unit khas?" Dahi Hariz berlapis. Wajah kusut Fakrul dipandang dengan perasaan tertanya-tanya.

"Aah unit khas. Diorang detektif kode Black" jelas Fakrul mendatar.

"Kode black! Detektif yang hebat hebat tu ke?!" Terkejut. Wajah Fakrul dipandang tak percaya.

"Iya, baru pagi tadi pihak atasan bincangkan pasal kes Q. Tak apa ni nanti diorang yang ambik alih. Keterangan saksi tadi kita serahkan pada diorang" kata Fakrul semula.

Hariz tersenyum, lebih kepada lega. Siapa sahaja yang tidak kenal detektif unit kode black. Walaupun mereka terdiri hanya dari 5 ahli sahaja. Namun setakat ini tidak pernah ada kes atau jenayah yang tidak dapat diselesaikan oleh mereka. Kesemua ahlinya sangat teliti, tajam dan mempunyai kelebihan kelebihan sendiri dalam menyelesaikan tugas. Bukan itu sahaja, mereka tidak pernah pilih kasih, walau penjenayah itu dari kalangan orang ternama sekalipun. Kes terakhir yang mereka selesaikan adalah berkaitan penyeludupan dadah dalam kalangan menteri.

Nafas lega dilepas, setidak-tidaknya kes ini sudah nampak sinar jalan penyelesaian jika unit itu yang mengambil alih.

Tanpa mereka berdua sedar. Seorang lelaki berhoodie hitam memakai penutup mulut daripada tadi memerhati kearah Fakrul dan juga Hariz sebelum dia terus meninggalkan tempat kejadian dengan amarah yang membuak-buak.

BOOK 10 | Psycho Madman [EBOOK] Where stories live. Discover now