12: titik pengakhiran dendam

200 50 9
                                    

Aku mengorak langkah ke bahagian paling bawah bangunan ini. Amat tersorok tempatnya, satu bilik paling hujung menjadi arah tujuku. Ada seorang lelaki yang badannya agak sasa menjaga pintu, aku seluk tangan ke dalam saku seluar. Pisau lipat kecil dikeluarkan,

"Tak boleh masuk Astar." Dia bersuara, justeru itu aku acukan pisau tersebut pada lehernya. Dia telan air liur sambil angkat tangan bersama riaksi takut, "jangan sampai bos tahu." pintu besi itu dibuka olehnya, aku melangkah masuk dan menutup pintu itu kembali.

Mata aku dijamu dengan isi bilik ini, aku lepaskan satu keluhan berat. Dan mendekati sekujur tubuh yang ada di penjuru bilik. Satu badannya diikat dengan tali yang nampak amat tidak selesa. Aku berhenti melangkah bila dia seakan sedar akan kehadiranku. Mata kami bertaut, laju kepalaku dikalih ke arah yang lain. Aku tanggalkan sweater hitam yang sedangku pakai, masih lagi tidak mahu melihat wajahnya; aku letakkan sweater itu di atas bahu perempuan itu. Kepala sweater juga aku tarik dan menutupi rambutnya yang kelihatan. Celaka budak bangsat buat kerja, perlu ke tanggalkan tudung dia? Selesai semua itu, aku duduk bersebelahan dia. Ada lebih kurang 1 meter jarak antara kami.

"Aku minta maaf." Itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku. Sengaja aku tidak buka pita yang menutup mulutnya, tidak mahu dia mencantas percakapanku sebentar lagi. Aku dongak memandang siling bilik bawah tanah ini, "Mits ada sampaikan pasal ni dekat korang?"

Perempuan itu angguk lemah. "Esok aku settle semuanya, aku nak tebus semua dosa aku. Percayakan aku boleh?"

Aku mendekati dia, dutch tape yang menutup mulutnya itu aku tarik separuh sehingga mulutnya terpapar.

"Mana angah?" Soalan pertama yang keluar dari mulutnya itu. Membuatkan aku tersentap sendiri, aku diam sejenak. Peluh dingin mula membasahi dahi dan jatuh ke dagu, "Astar, mana angah?"

"Dia dah mati lima tahun lepas." Riaksi dia nampak amat terkejut, aku alih kepala dari menatap wajahnya.

"Astar..."

"Aldari yang bunuh. Bukan aku, bukan aku Farhah." Farhah tunduk, seakan menahan teriak. Begitu juga aku,

"Kenapa kau ambil jalan ni Astar? Kau boleh pilih kami." Dia bertanya. Aku diam sejenak sambil menatap matanya yang memberi ketenangan padaku itu,

"Aku dengar kata Farhan. Dia arahkan aku untuk jaga Aldari, tapi aku gagal." Aku balas, "aku sendiri terpaksa Farhah, aku tak bodoh nak sakitkan siapa yang tolong aku dulu. Percaya aku boleh?"

Farhah diam,

"Apa jadi pada Nazmi?"

"Dia tenat. Biarlah dia rehat." Soalanku dibalas dengan mudah sekali, "10 tahun dia hidup penuh seksa, kau puncanya bukan?"

Aku kelu sendiri, "aku terpaksa Farhah."

"Kau boleh hentikan diorang, kenapa kau pilih untuk akur arahan syaitan tu semua?"

"Aku sayangkan nyawa Aldari."

"Nyawa kami? Nyawa kami tiada harga untuk engkau?"

Terdiam sekali lagi,

"Peluru kau terbenam dalam kepala dia, kuasa tuhan, dia mampu hidup lagi. Tapi tak lama. Kau puas sekarang?" Aku tutup kembali mulut Farhah. Tidak mahu dengar apa-apa lagi, aku tak sanggup mahu mendengarnya. Hati aku sakit dipenuhi kesilapan.

"Hutang nyawa dibalas nyawa. Banyak hutang aku pada korang, aku akan gunakan nyawa aku sebagai tebusan atas segala nadi orang yang telah berhenti angkara aku." Aku berdiri, "buat masa ni, tolong percayakan aku."

Aku mengorak langkah untuk keluar. Sehari lagi, untuk semuanya selesai. Harapnya seksa dunia akan tamat di sini.










---










Harinya telah tiba, Aldari heret aku untuk sertainya sekali. Bila tanya apa yang aku perlu buat, dia tidak mahu membalas. Katanya tunggu sahaja arahannya nanti. Aku pandang Farhah pula, dia kini berada antara dua orang lelaki suruhan Aldari. Kami sedang menunggu kehadiran Farhan, aku tahu Farhan tidak akan mudah lepas tangan begitu sahaja jikalau ia perihal keluarga. Dalam diam aku sebenarnya sedikit teruja juga, bagaimanakah dia sekarang? Sama seperti dahulu kah?

Bunyi derapan tapak kaki kedengaran mendekati ruang yang kami sedang duduki. Aku sedut nafas sedalam yang mungkin, risaukan sesuatu yang buruk berlaku. Aku toleh belakang, ini kawasan bangunan terbiar, bangunannya juga separuh siap. Kami duduk di bahagian tengah bangunan. Tingkapnya tiada, nampak langit yang gelap tandanya waktu malam.

Pintu bilik ini dibuka dari luar, ada seorang lelaki memakai pelitup muka melangkah masuk ke dalam ini. Dia berdiri di tengah bilik dan memeluk tubuh,

"Ingat aku bodoh? Mana Farhan?!" Aldari acukan pistol arah lelaki itu. Lantas lelaki itu angkat tangannya gaya pesalah yang sedang diburu polis,

"Chill." Pistol di tangan Aldari aku tolak ke bawah, "jangan terburu-buru."

"Tak payah memekaklah." Dia angkat pistol kembali, "sial, mana Farhan? Kau siapa?"

Lelaki itu diam sejenak, tangannya masih diangkat paras bahu sambil mata memerhati bahagian luar bangunan -- belakang kami -- dan itu membuatkan Aldari bertambah berang, dia mula aktifkan pistol. Lelaki itu masih berdiri kaku. Tiba-tiba tangannya menunding arah Aldari,

"Apa?"

"Belakang." Katanya sepatah. Serentak kami menoleh,

"Jumpa lagi kita, Tengku Aldari."

Aldari jatuh tersungkur selepas kepalanya disepak kuat dari belakang,

Farhan,

Kau datang juga.




Leal: Astar ©Where stories live. Discover now