10: Muhammad Astar, ahli keluarga baru kita.

221 50 4
                                    

Aku jatuh terduduk. Penat. Kepala aku berdarah akibat dibaling dengan batu tadi. Tapi aku tak boleh tertangkap di sini. Aku kena lari selamatkan diri. Semua kawan-kawan bergantung harapan pada aku. Aku tak boleh rosakkan harapan yang satu ini. Aku kembali berdiri, tangan ditekan pada tanah untuk alihkan graviti sepenuhnya pada kaki bagi membantu aku bangun kembali. Pandangan mata mula samar, aku pasti aku boleh jatuh pengasn bila-bila masa sahaja. Aku sambung lari merentasi semak samun ini. Kali pertama aku keluar dari neraka itu, jadi aku sebenarnya tiada arah tuju. Yang aku tahu, lari jangan sampai ditangkap sesiapa.

Malam berganti siang, aku masih lagi berlari. Aku tak tahu apa yang aku patut lakukan. Seakan mencari bantuan itu cumalah harapan kosong. Harapan yang aku pasti tiada gunanya. Aku jatuh. Kali ini sudah tidak berdaya untuk berdiri lagi. Tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi tapak kaki. Menyebabkan aku kembali kegelisahan. Dengan kudrat yang masih berbaki, aku mengesot untuk berjalan ke mana-mana tempat persembunyian. Tolong aku. Aku tak mahu mati, aku mahu selamatkan kawan-kawan yang lain.

"Orang ke tu!?" Suara seorang budak lelaki kedengaran. Aku angkat tangan dan melambai-lambai ke udara. Cuba untuk meminta bantuan,

"Tolong." Kataku dengan tenaga yang masih ada. Bunyi tapak kaki itu seakan sedang menghampiri,

"Uish, kau kenapa ni? Sini bangun. Aku tolong." Budak lelaki itu angkat aku yang sedang terbaring dengan cara piggyback. Aku letak kepala di atas bahunya. Melepaskan penat yang teramat. Dia berlari merentasi hutan ini seakan sudah fasih dengan selok-belok yang ada di sini. Staminanya juga tinggi, kelajuannya tidak pernah berkurangan.

"Mama!" Dia menjerit, "Paan jumpa orang dalam hutan! Dia sakit!"

"Kenapa sayang? Jom sini mama tolong." Nadan kecilku berubah tangan, dari budak lelaki kepada seorang wanita. Wanita itu mengendong aku ke suatu tempat yang aku tidak tahu apa namanya. Cuma yang aku tahu, aku sudah selamat.

Mereka dua beranak membantu aku. Mulanya aku takut kerana risau mereka merupakan orang jahat yang mahu gunakan aku bagi memuaskan nafsu. Namun, mereka merupakan seorang penyiasat dan juga polis. Aku diambil sebagai anak angkat oleh Sarjan Faiha; ibu kepada Farhan. Kami berkawan dan menjalani sesi berlatih sebagai seorang polis muda. Farhan juga bertemu dengan aku kerana dia sedang menjalani latihan buat waktu itu. Sarjan Faiha memberi identiti baru pada aku, iaitu; Muhammad Astar. Dan dari latihan dan pengalaman silam aku yang perit, mereka telah berjaya melahirkan seorang manusia yang tangkas dan tiada perasaan dalam bermain senjata.

Ya, akulah orangnya; Astar.











---











"Lelaki tu..." Aku menunduk. Tak mahu ingat akan satu bendapun perkara silam yang perit itu. Tangan memukul kepala bertalu-talu, suruh otak berhenti memainkan pita rakaman yang aku mahu buang selama aku hidup di dunia.

"Kau yang bunuh dia kan sial?! Kau patut hidup macam ni, kira baiklah aku bagi kau hidup dekat dunia yang serupa neraka dari aku hantar kau balik neraka!" Aldari sepak bahu aku kuat. Disebabkan diri aku sedang lemah yang teramat sekarang, aku jatuh kebelakang. Aku tutup telinga. Tak mahu dengar. Aku benci masa silam. Jangan ungkit, tolong. Aldari tarik kolar baju aku sehinggakan aku mulai mendongak, dia goncang badanku berkali-kali.

"Jadi sebab tu, kau kena kerja dengan aku sampai aku cabut nyawa kau. Faham?" Aku lemah. Tidak berdaya mahu melawan selepas mengetahui semua benda ini. Sial. Aldari menang lagi kali ini. Apa nasib aku? Kenapa diri seorang Astar ini begitu penuh dengan malapetaka? Aku tunduk memandang lantai. Lantai yang ada darah mengalir ke arahku. Ia membuatkan aku bertambah lemah.

Medina,

Maafkan aku. Aku tidak sepatutnya berkawan dengan kau. Ego untuk bercinta aku telah mengakibatkan engkau turut terjerumus di dalam neraka dunia ini sekali. Aku patut ingat yang hidup aku tidak pernah sekalipun bahagia. Kenapa aku masih mencari kebahagiaan? Aku tampar muka aku sekuat yang boleh,

Kepala itu pecah di hadapan mataku. Aku tak sempat melawan hatta membantah, ia berlaku dengan sekelip mata. Aku lupa akan Aldari. Dia gila, rasa kemanusiaan di dalam dirinya sudah pudar. Kenapa aku lambat ambil tindakkan?

Aku menunduk sambil menekan dada. Dada aku sakit. Terasa seperti ditusuk dengan pisau berkali-kali. Seperti nyawa dipangkal penamat. Bunuh sahaja aku. Kenapa aku masih hidup di dunia ini? Ketersiksaan aku amat berat sehinggakan aku hilang harapan pada dunia. Kenapa? Kenapa aku? Kenapa aku juga yang diuji sebegini sekali? Aku capai pistol di tangan, diacukan pistol tersebut pada kepala. Aku tak mahu sedut oksigen dunia yang kejam ini lagi. Tak larat.

"Jangan." Samar-samar suara itu kedengaran, "jangan Astar."

Air mata semakin deras mengalir. Aku jatuhkan kembali pistol dan meraup wajah kasar.

Ya Medina,

Aku akan terus hidup untuk engkau.

Leal: Astar ©Where stories live. Discover now