3: Terima kasih kembali, Medina.

239 47 0
                                    







Aku perhatikan dari jauh sahaja. Sebuah keluarga yang bahagia nampaknya. Tanganku mengetuk halus steering kereta mengikut rentak irama muzik yang terpasang di radio.

Bila tengok orang yang aku sayang gembira, sudah cukup membuatku turut serta merasa bahagia itu. Tapi soalannya,

Sampai bila? Sampai bila aku nak hidup begini? Hidup menjadi pelarian yang tidak sudah. Lari dari benda yang diri sendiri tidak pasti.

Malam yang aku memilih antara Farhan dan Aldari, malam yang aku kalau boleh mahu putarkan semula. Tapi nasi sudahpun menjadi bubur, kuasa apa yang aku ada untuk ubah masa?

Aku hembus nafas berat.

Farhan, kau fahamkan jalan yang aku ambil ni?

Kau fahamkan? Kenapa aku pilih dia dan bukannya engkau?

Harapnya engkau faham. Aku tak ada sesiapa lagi dekat dunia ni selain kau dan Aldari.

Lainlah kau, masih ada keluarga.

Getaran di peha mematikan lamunanku. Talifon di tangan aku pandang, ada mesej masuk. Dari Medina,

Jom teman aku lunch? Kau free?

Tangan laju menaip balasan,

Free. Dekat mana? Send location.

Satu lagi masalah. Aku tahu kalau persahabatan kami ini diketahui sesiapa, sudah pasti nyawa Medina dalam bahaya. Jadi,

Muhammad Astar; langkah apa yang kau nak ambil kali ni?


---


"Sedap?" Medina bersuara dengan mulut yang penuh. Tindakan tidak senonohnya itu mendatangkan tamparan perlahan dariku di tangannya. Air limau ais dekat sebelah aku hulurkan padanya. Suruh minum.

"Sedap. Kau selalu makan sini ke?" Aku menyoal, Medina angguk kepala.

"Ni lah kedai keluarga angkat aku. Nak jumpa mak aku? Dia ada dekat dalam."

"Boleh, lepas makan nanti."

Hampir seminggu juga pertemuan kami. Medina sibuk orangnya, tapi selalulah juga dia mesej aku tanya hari-hari dan ceritakan hari dia di tempat kerja. Aku kerling sedikit dia yang sedang makan,

Angun dan nampak bergaya. Dia memakai baju uniform polis bersama make up yang tidaklah tebal mana. Mungkin dia sendiri tahu yang dirinya sedia berupa. Melihat butang di bahunya itu, pangkatnya kini mungkin inspektor. Lagi tinggi dari arwah mama.

"Kau inspektor?" Aku menyoal. Medina alih kepala pandang bahunya. Melihat butang pangkat, dia kemudian angguk kepala sambil tersengih lebar.

"Haah. Baru naik bulan lepas, sampai situ je kot. Aku malas nak naik lagi, cukuplah ni." Gayanya sangat teruja bila bercerita. Mesti dia bangga dengan dirinya yang sekarang,

"Kau? Kau kerja apa?" Tersentak aku mendengar soalannya, aku? Kerja apa yang aku buat?

Kalau sepuluh tahun yang sudah; ya, aku seorang polis di bawah sebuah agensi penyelamat yang ditubuhkan oleh arwah mama.

Sekarang?

Aku diam sejenak, memikirkan jawapan bagi soalan tersebut.

"Freelancer." Jawabku ringkas. Medina nampak seakan faham, dia tidak sambung bertanya. Malah leka mengunyah makanan.

Kes dulu dah tutup lima tahun lepas,

Kalau mereka buka balik,

Mati. Aku mati.

"Kau dah habis makan ke? Jom lah pergi belakang. Nak jumpa mak aku tak?"  Medina selesai makan. Dia membasuh tangan di teko aluminium emas yang ada di atas meja. Aku buat perkara yang sama.

Dia bangkit dari duduk, dan jalan memasuki perut kedai. Aku cuma membuntuti dia sahaja tanpa banyak soal. Kedai ni pun ramai orang, kenalah juga dengan makanannya yang enak belaka dan tema kedai yang terasa vibes zaman kegemilangan Melayu Melaka. Klasik.

"Ibu!" Medina menyergah seorang perempuan yang berumur dalam lingkungan 30-an. Melatah teruk perempuan itu akibat disergah,

"Medina! Ibu tengah masak ni!" Ibunya sedikit menjerit, tetapi tiada langsung nada marah di dalam suaranya. Medina tertawa, geli hati.

"Ni ibu, kawan Med yang Med selalu cerita tu." Ibunya kalih kepala memandangku yang diam sedari tadi. Mata kami berpaut. Aku hadiahkan sebuah senyum segaris, begitu juga ibunya itu.

"Niel tu?"

"Panggil dia Astar, ibu lupa ke? Kan kelmarin Med dah cerita." Ibunya itu menepuk dahi, mereka berdua tertawa sesama sendiri. Aku cuma diam memerhatikan makcik tersebut, mukanya nampak terlalu muda, tapi bila fikirkan balik; umurnya mesti dah masuk ke lingkuangan 50-an paling palingpun.

Cantik, serupa Medina. Walaupun mereka bukannya anak dan ibu kandung. Bertudung kemas dan kulitnya putih, kecil sahaja badannya masih nampak seperti umurnya muda.

"Muka korang samalah." Ayat yang keluar dari ulas bibir Medina mematikan lamunanku. Aku menunduk sedikit, tertawa perlahan.

"Macam mak dengan anakpun ada." Ujar wanita itu lagi,

Ibu Medina memukul lembut bahu anaknya, "semua orang anak ibu. Astar kalau ada masa datang je sini. Harapkan si Med ni, dia sibuk je dekat pejabat sana."

Aku angguk, "baik makcik."

"Apa panggil makcik ni? Panggil ibu, kita muda lagi ya. Sweet seventeen." Ibu berseloroh, dia memukul lenganku perlahan sambil ketawa. Aku cuma diam tidak membalas,

Jiwa kosong bila diisi rasa kasih,

Terima kasih kembali, Medina.

Leal: Astar ©Donde viven las historias. Descúbrelo ahora