5: titik permulaan kehancuran

240 52 13
                                    

"Ibu mana ada suami." Medina bersuara tenang. Kepalanya diangkat memandang langit. Tiada secalit riak sedihpun di wajahnya, tenang sahaja gayanya. Sama seperti si 'dia' dahulu.

"Dia tak pernah kahwin?"

"Tak pernah, tapi dia kata dulu dia ada buat kesilapan besar."

"Maksud kau?" Medina diam, matanya dialihkan memandangku yang ada di sebelahnya sekilas. Rambut yang berterbangan dek tiupan angin itu dia selitkan ke belakang telinga.

"Dulu dia ada anak."

"Luar nikah?"

"Ya, tapi boyfriend dia masa tu jual anak tu dekat orang. Sampai sekarang ibu tak kahwin, sebab tu dia ambil anak angkat."

"Oh, ibu tu baik?" Medina angguk. Nampak teruja.

"Baik, dia jaga aku tanpa bantuan sesiapa. Semua makan minum aku terjaga rapi. Ibu sayang aku, dia tak bagi aku bercinta tau. Dia anti-lelaki." Tertawa dia lepas menyebut perkataan itu. Aku cuma senyum segaris. Tak kelakar, tapi bila lihat perempuan di sebelah ini gembira; ia buat aku turut serta.

"Eh, kenapa ibu okay je dengan aku?"

"Entah-entah kau perempuan tak?" Dia menyakat, sempat dia siku bahu aku perlahan. Medina sambung ketawa.

"Aku selalu cerita pasal kau dekat dia, mungkin sebab tu dia okay je. Kalau tak, dia garang macam singa. Padahal aku dah besar panjang. Tak apa lah, aku pun tak fikir pasal cinta sangat." Kami sambung berdiam diri. Ya, aku pasti susah bagi dia untuk terima lelaki. Lagi-lagi kisah silam hidup dia yang begitu rupa, entah ada lagi ke tidak lelaki yang baik hati memahami dirinya jikalau dia jujur akan perkara itu.

Kalau aku, mungkin aku faham.

Lelaki lain? Aku toleh kepala arah Medina, dia seronok memerhati bintang di langit.

Astar, jujur. Kau tunggu apa dalam hidup ini? Tunggu benda yang sudah pasti bukan milik engkau? Ah, lembap dan naif sekali diri kau ni Muhammad Astar.

Dia tak akan pandang kau, waima benci melihat engkau Astar. Lepas apa yang kau dah lakukan, kau fikir si dia akan terima kau? Ah, bodoh. Bodoh yang teramat. Kalau dia pandang kau seperti kau pandang dia, lelaki yang ditunanginya sekarang sudah pasti engkau.

Aku pandang Medina sekali lagi,

"Kau kenapa pandang aku macam tu?"

"Jom kawan sampai mati?"




---




Bang!

"Aldari!" Teriakku kuat. Aldari diam tidak membalas, dia tatapnya wajah aku yang nampak terkejut. Mukanya yang ada percikkan darah itu dilapnya pakai lengan baju.

"Buang mayat sial ni sejauh boleh. Kalau boleh pi bagi makan anjing. Jangan tinggal kesan." Suasana yang sunyi akibat masing-masing terkejut itu mula hidup kembali. Dalam lima orang terkial-kial angkat mayat lelaki yang Aldari baru bunuh tadi. Aku masih terkesima, dia sanggup buat semua ni?

"Aldari kau bodoh ke?!" Aldari jungkitkan bahunya, mayat yang ada di atas kerusi mewah itu dialihkan. Dia ambil tempat di kerusi berkenaan. Dia ketawa. Ketawa kemenangan.

"Aku Aldari, ketua korang mulai sekarang."  Ramai -- ke semua orang di dalam bilik ini -- menunduk 90° darjah arah Aldari, tunduk hormat. Kecuali aku. Aku masih terkejut, kepala menoleh arah mayat lelaki yang baru ditembak Aldari tadi.

Hazril atau Taiju,

Dia yang bawa Aldari masuk ke sarang neraka ini, dia juga yang memaksa Aldari bermacam-macam perkara sehingga melibatkan aku. Dialah yang menikam belakang keluarga dia sendiri. Semuanya bermula dari dia, dia lah punca huru-hara ini.

"Dia dah seksa aku, lima tahun ni Astar. Kau memekak apa lagi?"

"Kau tak ada hak nak bunuh dia! Kau sendiri yang masuk dalam sangkar ni Aldari." Aldari ketawa. Ah, dia mesti sedang mabuk lagi. Aku pandang mayat Hazril atau abang kepada Farhan itu. Walaupun dia jahat sebegitu rupa, aku pasti keluarganya tidak membenci dirinya.

Sudah pasti Farhan berang jikalau tahu, apatah lagi Hezrel yang suci hatinya itu.

Paling penting, Farhah.

Perempuan naif yang pentingkan orang lain selain dirinya.

"Aku tuhan."  Aku urut dada, terkejut. Aldari sambung ketawa, cawan yang yang sudah pasti berisi kencing setan itu dibawa ke bibirnya. Dia meneguk air itu rakus sebelum campak cawan kaca itu sejauh yang boleh.

"Semua orang kena dengar cakap tuhan!"

Sial. Aldari sial.






Memori lima tahun lepas itu berulang kembali. Terasa seperti ia berlaku semalam, segala butir kejadian yang berlaku aku ingat. Semua kata-kata Aldari seakan terpahat di kepalaku. Benci.

Lima tahun sudah Aldari mengetuai Geng kongsi gelap itu. Apa yang aku boleh simpulkan, dia lagi teruk berbanding Taiju.

Ini ya maksud kau Farhan? Aldari bahaya?

Mulai saat itu, aku sedar.

Aldari bukan lagi Aldari yang aku kenal.

Maafkan aku Farhan, aku gagal. Hidup aku memang penuh dengan kegagalan, betul bukan?

Leal: Astar ©Where stories live. Discover now