"Okay" Tariq juga tidak ketinggalan dalam mengikuti 'lawatan' mereka. Dia membawa peranan besar dalam mengenali selok-belok 'permainan' tempat itu. Pengalaman dikurung dan diguna-guna oleh Dato' Mahmud suatu ketika dahulu tidak dapat dilupakan. Puas dia melihat lelaki itu kecewa kerana hanya mendapat sedikit harta dari bahagiannya. Kunci segala yang dia mahu hanya Ayra.

Cucu sulung, anak sulung dan watak paling penting dalam ceritera keluarga mereka. Hanya tahu dan tidak tahu sahaja.

•••

Mereka tiba di sebuah rumah agam yang mewah bak jstana. Cuma warnanya gelap segelap hati penghuninya yang gian berdendam.
Pelitup separuh muka diberi kepada Theo dan Tariq. Tidak mahu wajah mereka dikesan dan membawa kesan yang buruk kepada hal-hal lain. Paling mudah, dia kalau boleh tidak mahu lelaki berdua itu terlibat, tetapi kerana mereka berkeras, dia harus berhati-hati dalam membawa masuk dua lelaki itu. Tidak mahu indentitas mereka terjejas.

"Pakai ni" Tariq dan Theo sambut pelitup muka itu dengan wajah keliru. Namun, mereka tidak pula mempersoalkan arahan Farhan itu.

Mereka bergerak secara berempat, barisan pertahanan abangnya sedia menunggu diluar, ditempat yang tersorok. Ikut pelan asal, perkara bakal menjadi mudah. Berunding secara sihat, dia serahkan apa yang lelaki itu mahu, mungkin bukan semua kerana dia hanya mampu serahkan wang darinya dan bukan harta Ayra dimahukan lelaki itu.

"Kau serius nak bagi dia semua duit kau?" Theo menyoal dari belakang.

"Gila ke nak bagi semua. Kopaklah aku, anak bini aku nak bagi makan apa" perut sahabatnya itu disiku.

"Habis tu?"

"Tak delah semua. Kita buat tawaran pada dia. Aku tak boleh nak bagi harta Ayra macam itu je, kita tak ada persetujuan Ayra dan aku pun tak kan Suka hati suruh Ayra setuju" Theo mengangguk sahaja. Walaupun, dia sebenarnya kurang faham dengan apa yang Farhan cuba sampaikan. Tapi dia anggukan sahaja.

Haji Anuar diam sahaja disebelah mereka. Entah apa yang berada difikiran lelaki itu. Mungkin risaukan anaknya atau merisaukan nasib yang bakal mengungkit kembali sejarah gelapnya. Antara keduanya atau mungkin salah satunya.

Dua orang pengawal bertubuh sasa menjaga pintu hadapan. Melihatkan wajah Farhan yang muncul dihadapan mereka, tidak banyak kata dan terus pintu dibuka.

"Boss, your guest"

Dari jauh, kelibat Zahrin berpakaian hitam megah turun dari tangga besar lagi gah itu menyapa mata. Rahang terketap rapat. Mata meliar ke sekelilling rumah agam itu, cuba mencari jejak Tiara dan isterinya.

"Cari buah hati ke Encik Farhan" suara garau itu menjengah telinganya. Pandangan diangkat ke hadapan. Senyum sinis Zahrin yang menapak ke arah mereka menyapa mata. Rahang diketap rapat.

"Mana isteri aku?"

"Tak nak duduk-duduk dulu ke?" Zahrin melabuhkan duduknya di sebuah sofa mewah diiringi orang kiri dan kanannya yang menyambut kot hitam pada tubuhnya.

"Mana Ayra?" Suaranya tertahan.

"Have a sit first" dengan paksa dan relanya, dia melabuhkan juga duduknya di sofa berhadapan lelaki itu. Tariq dan Theo setia berdiri dibelakangnya. Tangan yang tersorok disebalik kot hitam ligat menekan butang pada cincin perak yang dipakainya dijari. Bertujuan memberi isyarat rahsia kepada dua orang lelaki itu.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now