ثلاثة

39.5K 4.4K 3.5K
                                    

"saat dia melihat seluruh semesta di matanya."

ESYA berdiri di hadapan kelas dengan beg yang terisi harta harta Ryza

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ESYA berdiri di hadapan kelas dengan beg yang terisi harta harta Ryza. walaupun tidak pernah rasmi berpacaran, lelaki itu suka menghabiskan wang demi wanita yang kononnya 'dicintai' itu.

tangannya mengenggam tali beg dengan sabar, angin pada petang itu sedikit sebanyak menenangkan hati Esya yang masih terluka.

sudah hampir 10 minit dia menunggu, kelibat Ryza masih tidak kelihatan.

setelah 5 minit berlalu, tahulah dia bahawa dia dipermainkan sekali lagi oleh Ryza. Esya mengetap bibir.

baru sahaja si gadis itu mahu mengorak langkah, namanya dipanggil oleh seseorang.

"Busya!" jerit Qasy, berlari lari ke arah kakaknya yang seorang. disisinya kelihatan seorang jejaka yang menunduk ke bawah, menjaga pandangannya dari melihat ajnabi.

Esya terhenti, sekaligus memusingkan badannya. matanya jatuh melihat Im yang tidak dikenalinya itu.

"Qasy? asal kau kat sini?"

Qasy yang masih termengah mengah itu sempat menarik nafas. setelah beberapa ketika, akhirnya dia bersuara dengan stabil.

"Abang Im nak jumpa Busya." masih menggunakan nama panggilan yang dipakai dari lahir, Qasy menarik lengan Im perlahan.

dan ketika itu, pasangan bulan dan matahari bersua.

kedua duanya membisu, masing masing menunggu siapa yang ingin membuka bicara.

akhirnya, Im mengangkat mukanya, mata hazel sepet milik lelaki itu tertatap dengan Esya.

saat itu, sumpah, Demi Allah, dia melihat seluruh semesta di mata gadis itu.

cahaya matahari yang menyinari wajah Nazim, menampakkan struktur muka yang sempurna ; bulu mata yang lentik serta hidung yang mancung. semuanya begitu teratur, sangat indah dipandang sesiapa sahaja.

berbandingkan Esya yang lebih manis disinari bulan, sedikit sebanyak cahaya itu membelakagi wajah putih mulus Esya. seolah olah semua cahaya itu hanya milik Im, seperti 'spotlight' kepada Im.

tak kurang dari lima saat—atau terasa lebih lama?—
Im mengalihkan pandangannya ke arah lain.

ke mana sahaja, asalkan bukan pada mata Esya yang memukau itu, yang meluluhkan iman kuat Im itu.

"Assalamualaikum."

Subhanallah. suara. gak kuat, gak kuat.

"W-waalaikumsalam." Esya hampir tergagap. seketika ingin dihentuk hentuk kepalanya itu, ingin dia mengeluarkan hatinya yang sedang gementar tanpa sebab itu dari rib gadis itu.

"jadi, tujuan saya ke sini... Ryza kirimkan saya. bertemu kamu, Esya bukan?"

bohong, Allah yang kirim kamu ke saya.

"ya. aku Esya." tidak mahu berformal dengan jejaka yang baru ditemuinya itu, Esya respon dengan agak kasar. tambah tambah bila nama Ryza keluar dari bibir lelaki itu.

"maaf ya, kacau waktu senggang kamu. Ryza tak boleh datang.. um.. jadi dia suruh kamu bagi barangnya kepada saya saja." Im menggaru leher belakangnya yang tak gatal. matanya masih memandang kasut sukannya.

Esya memandang Im pelik.

"suka betul kasut kau, asyik pandang tu je dari tadi. awek kasi ke?" si gadis makin lantang berbicara. Im tersenyum nipis dari bawah.

"bukan.." tuturnya perlahan, selembut mungkin.

"takpela. nah." disuakan beg yang hanya dijinjing dari tadi. tidak mahu berlama lama.

bukan kerana tak suka.

kerana takut suka.

Im menyambut dengan hati hati, mencuba tidak menyentuh jari jemari Esya yang merangkumi sepenuhnya tali pemegang beg itu.

seusai pemindahan barang, Esya langsung ingin beredar dari situ. dikerlingkan matanya ke arah Qasy dan tentunya, Im, sekali untuk menghadam serta merakam wajah lelaki itu.

Im mendongak sekali lagi, menghadiahkan senyuman manis ke arah Esya, sebelum mengucapkan kata kata yang gadis itu tidak tahu akan memberikan impak yang mendalam, yang akan tercatat dalam diari, yang akan mengubah nasib percintaan seorang Esya.


" Esya , همسة في أي شيء "

> Hamasah, Fi Ayi Syay, Esya.
= "semangat dalam apa jua, Esya."

_____

[ 2:47 petang ]

[ 2:47 petang ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
القمر [bulan] Where stories live. Discover now