PROLOG

576 80 20
                                    

BISMILLAH. ASSALAMUALAIKUM. MEMORI SEKEPING HATI REWRITE<3

ALUNAN dan irama dari gitar akustik itu sedang menjadi penghawa telinga yang cukup tenang. Sepasang mata hitam gelap itu tidak berhenti merenung ke arah aku. Danial... sepupu jauh si dia.

"Saya nak tenangkan awak. And the most important thing is I want you to make you happy." Jari-jemari dia semakin lincah bermain. Garisan senyuman yang terukir indah. Danial langsung tidak pernah berhenti menunggu aku sejak dari kecil. Cuma aku... terlalu keras kepala. Hati aku terlalu sayangkan Zafreal Iskandar.

Akan tetapi... aku sudah terima yang dia bukan milik aku lagi. Senyum, Bell. Kau dah janji nak berubah. Kau janji kau tak akan kurung diri dalam bilik dan menangis lagi kan? Jadi, senyum. Terima yang semua ini sudah ditakdirkan. Lagipun kehidupan tiga bulan di Itali sana terlalu indah. Tujuan aku pulang ke sini untuk berjumpa mummy dan daddy. Ingat itu, Puteri Arabella. Lupakan apa yang terjadi hari semalam.

Pergerakan Danial yang tiba-tiba bangun dari kerusi terus kejutkan aku dari tenggelam dalam lautan fikiran sendiri. Tisu yang digulungkan dihulur ke arah aku seperti ingin aku mengikut dia ke suatu arah. Atau boleh aku gelar ke pentas kecil di restoran ini? Ada sebuah piano besar berwarna hitam dan dilengkapi lampu sedikit malap.

Bangku bersaiz panjang dan besar itu menjadi tempat duduk. Jarak kami agak jauh. Jari-jemari Danial terus lincah menari di atas alat musik ini hingga keluar bunyi yang sungguh tenang. Lebih tenang dan perlahan dari gitar tadi.

"Cheer up, princess. You know that I'm always with you." Suara garau dia menyapa di telinga. Ya, Danial selalu ada ke mana pun aku pergi. Alasannya untuk menjaga dan aku langsung tidak rimas. Dia yang selama ini menjaga aku di negara Itali.

"Walaupun saya tak akan terima awak dalam hati saya?" Aku menyoal lagi. Danial sukakan aku. Dari dulu sehingga sekarang. Akan tetapi, dia tidak pernah memaksa dan aku pula tidak pernah berniat nak memberi harapan palsu. Sejak kecil lagi, aku sudah memberitahu dia yang Zaff pernah jadi cinta hati aku dalam diam.

"It's okay, princess. Awak kenal saya kan?" Sebelah mata dikenyit ke arah aku. "I just want you to be happy. Saya... nak buat awak gembira sebab saya sayangkan awak tapi tak bermaksud awak perlu terima. Saya sentiasa hormat keputusan awak." Semakin lebar lagi senyumannya.

"Boleh saya nyanyikan lagu untuk awak?" Aku angguk. Danial tahu ubat untuk tenangkan hati aku. Memori sewaktu kami masih kecil mula berlayar seusai sahaja dia mula bernyanyi dengan alunan piano.

"Do you remember

When we were young you were always with your friends

Wanted to grab your hand and run away from them

I knew that it was time to tell you how I feel..."

Danial semakin tertunduk. Ya, dia tersenyum. Barangkali turut ingat memori sewaktu kecil juga.

"I want you to know

I love you the most

I'll always be there right by your side

'Cause baby, you're always in my mind

Just give me your forever."

Terkedu. Entah kenapa suaranya memang kedengaran ikhlas dari hati.

"Saya suka awak, princess." Kata-katanya yang pernah diucapkan suatu ketika dahulu bermain dalam kotak memori aku. Sekarang... timbul lagi keraguan dalam diri. Sekali lagi, Bell. Perkara ini terjadi... dan kau ingat tak apa yang jadi dulu? Apa yang berlaku bila kau pilih guna hati? Aku semakin gigih menyoal diri sendiri.

"I never knew

It would be possible

For you to be with me

'Cause you loved someone else back in '73..."

Ya, dulu aku sayangkan Zaff. Entah apa yang Danial rasa kan? Tapi dia langsung tidak pernah merungut dan seolah reda.

"I was so jealous seeing you with him

Oh, baby, I know that I can treat you better back in those nights

Oh, you wouldn't cry from his stupid lies

Oh, baby, I was there watching wishing you to be mine..."

His stupid lies... bibirku tersenyum dalam pilu. Tak sangka Zaff buat aku macam ini atau semua ini salah aku? Berhenti salahkan diri kau, Bell. Kau dah janji tak nak jadi Bell yang dulu kan?

Aku helah nafas, cuba bawa bertenang. Terima hakikat yang Zaff sudah lama lepaskan aku pergi. Terima realiti yang aku dan Zaff sudah tidak ada apa-apa kaitan.

Danial terus bernyanyi sehingga habis bait liriknya. Namun, jari-jemarinya masih tidak berhenti

"Princess, saya nak cuba melamar awak malam ini." Baru aku tersedar ada sejambak bunga bersama sekotak cincin di atas piano. "Tapi awak tak perlu gelabah. Saya hanya mencuba. Awak tahu kan, saya hormat keputusan awak. Saya langsung tak akan terasa hati. Saya janji." Tenang dan lembut nadanya berbisik di sebelah.

"Kalau awak macam nak buka hati sikit atau terniat nak berfikir, awak cakap okey. Sebab saya nak melutut. Kalau tak, cakap aje. Nanti malu saya kalau awak reject lagi dekat sini." Sempat lagi dia ketawa kecil.

Mungkin... tidak salah kalau aku cuba terima Danial. Lagipun sudah berbelasan tahun dia tidak pernah lupakan aku.

"Saya nak cuba, Danial."

"Oh, yes! Ready, princess!" Semangat. Mungkin ini kali pertama aku buat keputusan. Dia spontan berhenti bermain. Sejambak bunga dan kotak cincin diambil dengan tidak membuang masa lagi. Seperti yang Danial katakan, dia pantas melutut sebelah kakinya di sebelah bangku.

"Will you be my beautiful wife, Puteri Arabella?" Aku berdebar. Bukan hanya perbuatan kami jadi bahan tontonan di bawah pentas tetapi renungan Danial yang penuh makna. Dia sudah lama ikhlas dan sayangkan kau, Bell. Hati aku berbisik sendiri.

"Puteri Arabella! Tunggu!" Suara... Zaff? Aku panggung kepala ke arah pintu masuk. Dek terkejut, aku sampaikan terbangun dari bangku dan bergerak berdekatan dengan tangga pentas untuk lihat dengan lebih dekat lagi.

"Aku minta maaf, Bell. Tolong... aku dah sedar..." Jadi memang dia. Apa dia buat dekat sini? Kenapa boleh jadi drama swasta pula dekat sini? Aku alih kepala ke arah Danial. Dia hanya tersenyum tawar sambil membuat isyarat mata untuk aku turun.

"Bukan tak sayang. Sebab sayang lah, saya lepaskan dan terima yang hati awak untuk dia, princess. Apa pun demi awak gembira, saya sanggup. Andai suatu hari nanti, awak perlu pilih antara dia dan saya lagi... buatlah untuk kebahagiaan awak. Sebab kalau awak bahagia, saya bahagia."

Suara Danial sewaktu kami di Itali dulu mula bermain dalam pita memori aku lagi.

Aku pandang Zafreal Iskandar. Kemudian, aku pandang Danial... aku mesti pilih. Nafas ditarik dan dihembus. Memori yang membawa banyak perasaan kini menjadi jawapan. Pilihan aku ialah...

TO BE CONTINUED

Zaff atau Danial🤔 Maybe dengan teruskan bab seterusnya korang akan tahu apa yang terjadi sebelum bab di atas😼

Thank you baca :3

Memori Sekeping HatiWhere stories live. Discover now