CHAPTER I

1.1K 140 31
                                    

@ S W E E T I E C U P C A K E E 2021

GELAS diletakkan di atasmeja usai minum. Tudung berwarna putih dikemaskan agar tidak senget. Hari inihari Isnin. Badanku yang bersarung uniform sekolah digosok dengan tangan agartidak kedut dan kelihatan kemas. Bibir aku terukir senyuman pada pagi hari. 

Kelibat Bikma menghampiri membuatkan aku cepat-cepat membawa mangkuk dan gelas ke sinki. Setiap pagi pasti ada sahaja drama berebut pinggan dan gelas oleh kami berdua. Aku tak suka susahkan Bikma. Lagipun hanya sedikit saja yang perlu dicuci.

"Aduhai, princess. Bikma kan udah bilang jangan dicuci itu pinggan. Itu tugas bikma, sayang." 

Aku hanya pamer barisan gigi ke arah wanita yang banyak menolong aku dan keluarga. Sudah lama Bikma berkerja di sini dan sudah dianggap seperti keluarga.

"Princess pergi dulu ke sekolah, Bikma. Jangan rindu princess, okey? Kalau rindu, tengok gambar lama-lama." Mata dikenyitkan. Tangan Bikma aku capai untuk bersalam.

"Haish budak ini. Jaga diri, princess." Tubuh wanita ini aku peluk sekilas sebelum sepasang kaki berlari ke ruang hadapan.

"Ceria betul muka anak dara yang seorang ini. Hati-hati nak melintas jalan nanti." Pesanan yang aku selalu dengar dari mummy. Wajah wanita yang aku sayang ditatap lama usai bersalaman.

"Yes, princess tahulah... princess sayang mummy!" Aku memeluk erat tubuh manusia yang berkorban lahirkan aku. Tidak pernah kurang pun kasih sayang dicurahkan seikhlas hati. Aku bersyukur dikurniakan rezeki kekeluargaan seperti ini.

"Mummy pun sayangkan satunya anak kesayangan mummy dan daddy. Jangan nakal dalam sekolah. Jangan susahkan Zafrel."

Aku hanya berdecit, sedikit tidak puas hati. Susahkan Zaff? Dia yang menyusahkan hidup anak mummy sebenarnya.

Usai bersalam dengan mummy, aku berlari ke arah kereta daddy. Pagi yang segar dan indah. Bayu angin rasa nyaman. Sepasang mata aku merenung ke luar tingkap saat roda kereta bergerak, berdasarkan kehidupan aku dari pagi hari hingga ke lewat malam... ya, aku seorang yang ceria. Aku, Puteri Arabella binti Dato' Arman.

Hampir berumur 17 tahun dan status masih single mingle tringle pringle. Entah apa perkataan yang aku sumbat pun tidak tahu. Walaupun single tapi Alhamdulillah hidup aku tak sendu sesendu sudu! Sebab?

Kehadiran dia bagai pena yang menulis dalam kertas hidup aku.

Tayar kereta berhenti bergerak. Mata aku membulat saat melihat seseorang berbaju biru dengan kemas sedang berdiri di hadapan tembok pagar sekolah. Tergopoh-gopoh aku bersalam dan memeluk daddy untuk segera keluar.

"Alahai budak yang sorang ini. Itu baru jumpa kawan baik. Kalau jumpa bakal menantu nanti, habis diterkam menantu daddy." Pipi aku kena cubit! Namun bibir aku masih tersenyum. Bukan terlebih semangat tapi Zaff janji nak belanja makan hari ini.

"Sebab itu daddy kena nasihat bakal menantu daddy. Nanti sakit jantung pula tengok perangai princess."

Encik Arman hanya menggeleng tidak patut dengan perangai anak tunggalnya. Pintu kereta ditutup setelah mengucapkan kata-kata jangan rindu pada aku lagi. Entah kenapa dah memang jadi habit aku agaknya untuk meminta orang rindu. Padahal aku langsung tidak suka berjauhan dari orang yang aku sayang.

"Good morning, Bell." Suara garau itu menegur sebaik sahaja kaki aku berdiri di hadapan dia. Zaff ini tinggi orangnya. Dia berkulit cerah, berambut coklat kegelapan dan senyuman dia manis. Dia nakal dan suka membuli orang. Kadang-kadang aku sampai menyampah tengok muka kononnya idola sekolah ini.

Memori Sekeping HatiWhere stories live. Discover now