Chapter IV

147 12 0
                                    

SONGKHLA, THAILAND. Hari pertama, kami dibawa ke Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) di Klong Hae, yang terletak di antara bandar Hat Yai dan bandar Songkhla.
Di situlah kami akad nikah tadi dan dalam tempoh tidak lebih dua jam, MAIS menyerahkan surat nikah dan surat pengesahan nikah untuk ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla pada esok hari.

Sejujurnya, sangat penat. Aku tidak sangka kahwin express seperti ini pun boleh buatkan aku terlelap sebaik saja tiba di bilik hotel.

Mungkin juga kerana kami terus bertolak ke MAIS, sebaik sahaja tiba di sini. Sudahlah selesai berurusan, aku dan Zaff terus bersiar-siar dan membeli-belah di Hat Yai. Kesudahannya, malam baru balik selepas singgah solat isyak di masjid.

Tangan diangkat dan belakang tapak tangan dipandang sekilas. Sebentuk cincin yang disarungkan Zaff tadi direnung, lama. Aku dan dia sudah sah menjadi suami isteri walaupun berkahwin di sini. Hanya sah di sisi agama dan belum sah di sisi undang-undang mahkamah Malaysia. Pulang ke Malaysia nanti, kami perlu daftarkan pernikahan di sana pula.
Banyak urusan dan surat-menyurat sedang menanti tetapi apa pun aku rela untuk miliki seorang lelaki bernama Syed Zafreal Iskandar.

Namun, segembira mana pun aku sekarang, wajah ibu bapaku akan sentiasa bermain dalam kotak fikiran. Mereka pasti kecewa dengan aku kan?

Mummy... daddy... maafkan, princess. Princess kejar kebahagiaan ini kerana princess percaya Zaff satu-satunya orang yang princess sayang.

Mereka terlalu baik dan menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh. Aku berjanji akan bahagiakan mereka juga bermula dari hari ini. Semoga mereka dapat menerima perkahwinan kami.
Ralit tenggelam dalam lautan fikiran, aku baru sedar Zaff menghilang. Dan bilik terasa sangat sunyi seolah-olah hanya ada aku di sini.

"Zaff?"
Tiada sahutan.
"Kau dekat balkoni ke?"
Masih tiada jawapan.

Zaff keluar ke? Rasa macam aku terlelap sebentar saja tadi. Bunyi pintu diketuk dan ditolak mengejutkan aku yang masih berbaring. Wajah Syed Zafreal Iskandar tersembul keluar dari muka pintu. Dia betul-betul keluar, lagi.

"Assalamualaikum, cik isteri." Senyuman manis dilemparkan ke arahku. Liur ditelan. Panggilan cik isteri masih dilekang dari bibirnya sejak akad nikah tadi. Kaki Zaff melangkah masuk ke dalam bilik hotel yang kami tempah.

"Waalaikumsalam, encik suami." Laju-laju aku bangunkan badan dari pembaringan. Jadi malu- malu biawak pula bila Zaff tengok aku baring. Aduhai, punyalah gugup sampai aku baru sedar tudung selendang masih membalut di kepala.

"Hmmm? Tak mandi lagi?" Zaff yang berkemeja putih bersama seluar slack fit itu menyoal buat aku tersengih sekilas. Nampaknya Zaff sudah mandi sebelum keluar tadi.

"Baru sangat je bangun." Liur ditelan bila jari- jemari aku terkial-kial mencari jarum di kepala. Aduh, perut aku rasa tidak selesa. Mual, mungkin kerana terlalu gementar. Kali terakhir Zaff nampak rambut aku mungkin sewaktu kami berusia enam tahun.

"Ke tunggu aku mandikan, hmm? Untuk kau, aku boleh aje mandi lagi sekali." Jari runcing Zaff membuka tiga butang teratas. Birai katil jadi tempat duduk dia.

Duduk berdua-duan dengan dia dalam bilik yang tertutup buat aku rasa sangat janggal! Terbeliak mata aku sambil rasa nafas yang tercekik! Dia tengah mengusik aku ke?!

"Tak! Tak payah! Aku boleh mandi sendiri!" Mata dijengkilkan dengan garang. Ya Allah, aku malu dengan Zaff. Aduhai, Bell... nak buka tudung pun aje pun, bukan kau buka baju depan dia.

"Betul ni?"
"Betul lah!"
Zaff menggeleng perlahan, tanda tidak patut.
Jari telunjuk runcing itu dibawa ke arah bibirku, tanda isyarat diam.

"Bukan macam ini nak bercakap dengan encik suami. Cuba cakap lembut-lembut macam aku guna sekarang," tegur Zaff dengan sopan. Namun jari dia tidak sopan! Sempat lagi dia tekan-tekan pada bibirku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Memori Sekeping HatiWhere stories live. Discover now