Cerpen > Qayyed

16 4 6
                                    

Tittttt.........

"Innalillah, masa kematian 2.48 pagi, hari Rabu kerana kegagalan perentak senoatrial."

Tunduk Qayyed sambil mengungkap ayat yang amat perit itu kepada jururawat dan pembantunya di dalam dewan bedah 3 Hospital Awam As-syifa.

Sayup-sayup dalam sunyi koridor hospital di tengah malam kedengaran teriakan puteri kecil apabila melihat figura kaku batang tubuh ayahandanya yang kalah dalam peperangan bilik bedah tadi. Sang bonda memeluk puterinya sambil menitikan sebutir dua mutiara jernihnya tanpa sedar berharap supaya dapat menenangkan teriak tangis puterinya. Qayyed hanya perhati jauh tanpa sekelumit perasaan di wajahnya.

Qayyed seorang introvert tetapi sangat ramah dengan kucing. Wajah kacak Qayyed yang cerah, bertubuh tinggi dan anak mata hijaunya jelas menampakkan dia berdarah kacukan Inggeris. Namun, jalan hidupnya jauh lebih sukar daripada yang disangka. Dia dahulu juga seorang anak remaja yang nakal dan memberontak di rumah kebajikan anak yatim sebelum di ambil sebagai anak angkat oleh Encik Azri dan Puan Asmah semasa berusia 15 tahun. Mengasuh, mendidik dan membentuk semula Qayyed pada usia remaja sangat susah bagi pasangan ini tapi semuanya dibuat dengan penuh kasih sayang. Lalu, mencairkan hati keras seorang Qayyed yang dulunya degil dan kuat memberontak.

Qayyed membuang pandangannya ke luar jendela biliknya lalu dicicip seteguk kopi Americano panas membasah tekak. Dia hanya berehat sebentar sebelum kembali ke dalam kekalutan dunia kerjayanya iaitu doktor. Bertugas lebih daripada 12 jam sudah menjadi rutinnya kerana baginya kerjaya adalah hidupnya. Setiap hari dia hanya merawat orang dan terus melakukan benda yang sama setiap hari. Tiada life bukan? Ya, itulah hakikatnya.

Jangan jadi macam Qayyed, cari sebab utama anda hidup dan ciptalah sebanyak mana kebahagiaan anda sendiri. Terus berjuang ya cantik dan hensem <3

Dari kejauhan Qayyed ternampak sebuah figura yang amat dikenalinya, puan asmah, isteri kepada Encik Azri. Teringat suatu ketika dahulu Encik Azri pernah menaja Qayyed untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan. Qayyed berasal daripada rumah kebajikan anak yatim kerana kedua ibu bapanya telah terkorban dalam gempa bumi semasa mereka tinggal di Jepun. Namun, Qayyed hidup sebatang kara, ia telah mengajar Qayyed untuk hidup berdikari tanpa mengharapkan sesiapa dan hatinya sangat kering ketandusan kasih sayang daripada ibu bapanya. Ibarat cahaya rembulan di kegelapan malam, Encik Azri dan Puan Asmah telah membawa nilai kasih sayang dan cahaya dalam kegelapan hatinya persis balang kaca kosong yang berdebu.

Berlinang air mata Puan Asmah di hadapan pintu masuk wad peribadi en azri. Hadi terus mendekati Puan Asmah dan bertanya akan soalan-soalan yang berselirat di benaknya. Terpempan lagi dirinya apabila Encik Azri disahkan mengalami kegagalan kedua buah pinggangnya. Terus Qayyed menggali maklumat tentang pesakit yang ibarat ayahnya. Kebetulan, rakan baiknya, doktor Raden ditugaskan merawat Encik Azri. "Raden, aku nak handle pesakit kau yang Encik Azri tu boleh tak, dia kan ayah angkat aku ?". Raden hanya mengoyakkan senyum sambil mengangguk tanda setuju. Senyuman manisnya lengkap dengan lekuk lesung pipit di kedua belah pipinya memaniskan lagi wajah tampannya, berbadan tinggi dan seorang yang ramah dengan kanak-kanak menjadikan Raden lebih mudah menawan hati gadis-gadis di luar sana.

Qayyed ingin membalas jasa Encik Azri yang telah memdidiknya pada usia remaja dahulu dan membiayai yuran pengajiannya. Jikalau tiada Encik Azri, Qayyed tidak akan dapat mengubah hidupnya yang kosong mendambakan kasih sayang dan membantunya berusaha untuk mendapatkan gelaran doktor di hadapan namanya, Dr. Qayyed Affan bin Muhammad Adam Grays.

Qayyed sedaya upaya mencari penderma buah pinggang untuk Encik Azri. Banyak hospital yang telah dihubungi tapi sangat mengecewakan kerana buah pinggang antara organ yang penting dalam system badan manusia. Qayyed terdetik dalam buah fikirannya ingin mendermakan buah pinggangnya. Lalu, dia terus menjalankan ujian tisu bagi memastikan buah pinggangnya serasi dengan Encik Azri. tidak semena-mena, buah pinggang Qayyed amat sesuai dengan buah pinggang Encik Azri. ia telah memberi sinar hidup baharu kepada Encik Azri.

Telah tibanya, hari pembedahan pemindahan organ mereka. Qayyed sangat bersedia dan bertekad dalam tindakannya yang ini. Seorang doktor daripada Pusat Perubatan Swasta Addin yang terkenal akan kepakarannya dalam pelbagai bidang telah dibayar bagi mengendalikan pembedahan ini jadi surut jugalah gundah seorang Qayyed.

5 jam telah berlalu tapi masih tiada khabar berita daripada doktor yang bertugas dan ia menambahkan lagi resah Puan Asmah dan Raden.

Ktakk......

Bunyi pintu bilik bedah di buka pantas oleh doktor daripada Pusat Perubatan Swasta Addin menerjah fokus Puan Asmahkepada suami tercintanya dan Qayyed.

"Sebentar tadi berlaku beberapa komplikasi melibatkan Qayyed tapi mereka berdua okey cuma masih tidak sedarkan diri sahaja." Ujar doktor yang mengetuai pembedahan Qayyed dan Encik Azri dengan ekspresi yang serius tanpa secalit senyum. "Alhamdulillah, syukur Raden mereka berdua selamat" lafaz kalimah syukur ke hadrat Ilahi dilafazkan oleh Puan Asmah.

"Berapa lama lagi mereka akan koma doktor ?" terungkap jua soalan yang masih bermain di minda Raden.

"Itu saya tak pasti, ia bergantung kepada pesakit itu sendiri, mungkin dalam dua ke tiga hari..." jawap doktor itu dengan penuh karisma dan yakin.

Seminggu berlalu dan masih tiada khabar daripada Qayyed tetapi Encik Azri ada menunjukkan tanda-tanda akan sedar tak lama lagi. Mereka semua saling kerisauan dan gundah-gulana bila memikirkan keadaan Qayyed. Namun tak seperti jangkaan keesokan harinya, Qayyed menghembuskan nafas terakhirnya dalam tidak sedar. Dalam hari yang sama, Encik Azri sedar daripada lena lamanya. Hati mereka semua saling bertukar-tukar perasaan antara sedih, kecewa dan syukur. Begitu sadis pengakhiran hidup pemuda yang berhati murni pergi buat selamanya.

Teresak bersama juraian air mata menzahirkan kesedihan hati tua Puan Asmah sekembalinya Qayyed menghadap Ilahi. Encik Azri yang hanya mampu melihat Qayyed dikebumikan melalui video call turut terdiam tanpa kutik. Terkejutnya dia akan berita ini dan sungguh dia sayu akan pemergian insan yang sudah seperti anaknya itu.

Namun begitu, Raden tahu bahawa jauh di sudut hati Qayyed, dia amat gembira kerana akhirnya mampu membalas jasa Encik Azri yang suatu ketika dahulu memberinya cahaya semula dalam kehidupannya. Qayyed juga telah membayar bil dan kos perubatan Encik Azri.

"Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan jasa, Terima Kasih tanpa noktah, Qayyed."

Monolog hati tua seorang Azri yang syukur masih dapat menghirup udara segar di setiap paginya.

comment your review okey, and what you learn from my story <3


QAYYEDWhere stories live. Discover now